
Dekat nak bulan puasa teringin pula nak makan bubur lambuk. Apa yang menyebabkan bubur lambuk berbeza dari bubur biasa kerana bahan-bahannya terdiri dari pelbagai antaranya daun kesom, daun kadok, pucuk paku hijau dan daun kunyit.
BAHAN-BAHAN:
- 5 ulas bawang merah
- 2cm halia
- 1 sudu besar lada hitam
- 2 cawan beras | rebus biar jadi bubur
- 3 daun ulat bulu
- 4 tangkai daun kesom
- 2 tangkai daun kadok
- 1 ikat pucuk paku hijau
- 1 ikat daun paku merah (pucuk midin)
- 5 tangkai daun cekur manis
- 5 tangkai pucuk ubi
- 1 cawan ikan bilis
- 2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi
- Kaki, tengkuk ayam (tak ada pun tak apa)
- 1 helai daun kunyit
- 5 tangkai pucuk lada
- Lada burung (ikut tahap kepedasan masing-masing. Jangan potong. Masuk sebiji-sebiji.)
- Budu sesedap rasa (rahsia bubur lambuk)
- Air secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat. Setelah itu masukkan bawang merah, halia dan isi ikan. Tumbuk lagi sehingga lumat.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bubur nasi.
4. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayuran & garam secukupnya. Kacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6. Angkat dan hidangkan.
Kredit resipi & gambar: Hasmalizani Mustapha via MAHN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasi Goreng Lada Kering. Mudah, Cepat, Dan Sedap

Isi Kandungan
ToggleNasi goreng lada kering. Mudah dimasak tapi sedap dan gerenti buat akan makan bertambah. Nasi goreng antara masakan yang mudah dan cepat disediakan.
Bahkan, ia jadi alternatif tepat sekiranya dah kebuntuan nak masak lauk apa.Kadangkala, bagi ibu bekerja, balik kerja dah penat. Tengok bekalan barang basah pun dah habis. Nak senang, masak nasi goreng. Sedap dan cepat. Tak perlu masak lauk lain dah.
Kali ini, dikongsikan resipi nasi goreng lada kering. Bolehlah masak untuk makan malam atau untuk sarapan pun boleh. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Har Ryea ini ye.
Nasi Goreng Lada Kering
Bahan-bahan:
Nasi sejuk
Bawang merah – boleh beli online di sini
Bawang putih – boleh beli online di sini
Sedikit ikan bilis – boleh beli online di sini
Lada kering (rebus sekejap) – boleh beli online di sini
Telur
Sedikit serbuk perasa – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada kering dan ikan bilis hingga lumat.
Nasi di dalam periuk digemburkan dulu.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga terbit bau wangi dan agak garing.
Tambah garam dan serbuk perasa. Pecahkan telur dan gaul sebati.
Masukkan nasi dan gaul-gaul rata dan serbati semuanya. Gaul sampai berwap sedikit.
Siap! Mudah, cepat dan sedap! Rugi tak cuba!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Nasi Daging, Air Asam Kerisik Bawang Dan Rendang Telur, Trio Padu!
Tak Cukup Bahan Nak Buat Nasi Beriani, Jadilah Nasi Wangi. Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Nasi Kari, Makan Tanpa Lauk Lain Pun Dah Sedap

Isi Kandungan
ToggleNasi kari, pernah makan atau masak tak nasi ni? Masakan ini penuh aroma dan berperisa. dah sedap makan tanpa lauk lain pun dah sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nur Amalyna ini ye.
Nasi Kari Ayam
Bahan-bahan Tumis (hiris):
Bawang putih – boleh beli online di sini
Bawang merah – boleh beli online di sini
Halia – boleh beli online di sini
Rempah 4 sekawan
Bahan lain:
6 pot beras – cuci dan toskan
Sedikit isi ayam – potong kecil
Serbuk kari ayam atau daging (campur air untuk jadikan pes) – boleh beli online di sini
Daun kari (optional je. Ada guna, taka da tak payah) – boleh beli online di sini
Air
Garam – boleh beli online di sini
Minyak masak- boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Tumis semua bahan tumis hingga sampai naik bau. Kalau guna pressure cooker, set pada stir fry selama 4 minit ye.
Setelah bahan tumis sudah masak elok, masukkan pula serbuk kari yang kita bancuh tadi. Kacau lagi sampai pecah minyak. Wanginya harum semerbak satu rumah bau.
Bila dah pecah minyak, masukkan ayam. Atau kalau nak gunakan daging pun boleh, lagi sedap sebenarnya. Tapi ayam pun dah sedap.
Setelah itu, perasakan dengan sedikit garam. Kacau rata.
Kemudian bolehlah masukkan beras yang dicuci. Tips tanak nasi guna pressure cooker; 6 pot nasi : 6 pot air. Nasi akan masak dengan sempurna dan cantik. Tutup periuk dan tekan rice. Auto dia set 7 minit.
Sebaliknya, kalau guna periuk biasa, tanak je macam biasa. Lepas itu tunggu hingg nasi masak.
Siap! Makan nasi saja pun dah sedap. Makan dengan kuah, sambal lada, ayam goreng lagi umphh! Terpulanglah pada selera masing-masing ye. Selamat mencuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Nasi goreng Cili Padi Simple Tapi Padu. Konfim Makan bertambah
Buboq Kanji Daging Berempah Hot & Spicy, Dapat Semangkuk Pasti Kenyang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Resipi Nasi Minyak Istimewa Yang Harus Dicuba, Aromanya Memang Wangi!

Nasi minyak merupakan hidangan yang berasal dari Palembang, yang nasinya dimasak dengan minyak samin dan rempah.
Di negara kita, nasi minyak sering dikaitkan dengan hidangan nasi kenduri. Pelbagai resipi muncul bagi menjadikan rasanya sangat sedap dan istimewa.
Perkongsian daripada Afy AL Habibi, kelihatan sangat menggiurkan dan menyelerakan. Tengok pun dah terasa lapar. Jom kita cuba buat!
NASI MINYAK ISTIMEWA
BAHAN UNTUK NASI MINYAK
1 pot beras Basmathi
2 sudu besar marjerin Pelangi
Rempah 3 sekawan
1 helai daun pandan
1 biji bawang merah |dimayang halus
1 ulas bawang putih | dimayang halus
1 hiris halia | dimayang halus
1/3 cawan susu cair
Garam
Pewarna
Segenggam kismis
Kacang gajus (optional)
CARA-CARA:
1. Masukkan marjerin. Tumis 3 sekawan. Masukkan daun pandan.
2. Tumis pula bawang merah, bawang putih dan halia sehingga sedikit garing.
3. Seterusnya tuang susu cair. Perasakan dengan secubit dua garam.
4. Masukkan beras basmathi yang sudah dibersihkan. Kacau perlahan dengan senduk kayu sekitar 1-2 minit. Tutup api.
5. Pindahkan beras tadi ke dalam periuk nasi. Tambah air mengikut sukatan biasa beras yang digunakan.
6. Selepas nasi siap masak, titiskan sedikit pewarna merah jambu, kuning dan hijau beberapa tempat atas nasi.
7. Gemburkan selepas beberapa minit secara perlahan-lahan untuk mengelakkan butir nasi patah.
8. Tabur juga segenggam kismis. Nak letak kacang gajus lagi sedap.
9. Untuk hidangan, hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng. Siap
BAHAN KUAH
6-7 ketul ayam
3 sekawan
1 tangkai daun kari – beli online di sini
Sehelai daun pandan
1 biji kentang | dibelah empat
3 sudu besar Rempah Khemok
1 sudu besar (tak menimbun ya) serbuk cili Baba’s
1 biji tomato kecil
1 sudip santan – beli online di sini
1 sudu kismis
BAHAN KISAR:
2 biji bawang merah saiz bola pingpong – beli online di sini
1 ulas bawang putih – beli online di sini
Sehiris nipis halia – beli online di sini
Sehiris nipis serai – beli online di sini
BAHAN PERISA (PERINGKAT PERTAMA)
1/2 relung kecil manisan kelantan @ gula melaka – beli online di sini
1 sudu kecil garam
secubit dua perasa
BAHAN TAMBAHAN:
3 biji bawang merah saiz bola pingpong | dihiris nipis
1 ulas bawang putih | dihiris nipis
1 tangkai daun kari
4 biji cili merah & hijau | dipotong
Cili kering | dipotong
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Masukkan 3 sekawan, daun kari dan daun pandan untuk aroma wangi tersendiri. Kemudian tumis bahan kisar di atas sehingga garing.
2. Masukkan pula Rempah Khemok dan serbuk cili Baba’s. Tumis dalam api perlahan.
3. Selepas rempah mula terbit minyak, masukkan pula tomato. Saya gantikan rasa masam dari asam jawa untuk memaksimumkan manfaat tomato yang dimasak. Balik-balikkan.
4. Kemudian tuangkan segelas air. Masukkan perisa peringkat pertama. Kacau. Biarkan pes pecah minyak.
5. Proses pecah minyak memakan masa lebih kurang 5-8 minit dalam api perlahan. Kacau sesekali. Barulah gulai yang cantik boleh terhasil.
6. Masukkan ayam yang telah dibersihkan dan dikelar. Tambahkan juga kentang. Kacau rata.
7.Sementara itu, di dalam kuali lain, goreng bawang merah dan bawang putih sehingga garing. Ketepikan.
8. Kemudian goreng pula daun kari, cili merah dan hijau serta cili kering seketika. Bahan-bahan ini digunakan sebagai bahan yang perlu dicampur untuk rasa yang lebih istimewa.
9. Masukkan bawang goreng. Tinggalkan sedikit untuk hiasan. Lain-lain bahan yang digoreng tadi simpan untuk langkah seterusnya. Balik-balikkan.
10. Kemudian biarkan ayam empuk kira-kira 20-25 minit. Boleh ditutup kualinya.
11. Kemudian tambahkan santan. Tambahkan air sedikit jika perlu. Saya tak tambah dah sebab ikut air yang berbaki cun-cun dengan kepekatan yang diingini.
12. Resepi asal guna susu cair. Ikutlah. Terpulang kepada citarasa sendiri.
13. Masukkan pula sedikit kerisik. Tambahkan perasa peringkat kedua iaitu garam dan gula ikut citarasa sendiri. Biarkan semua rasa sebati dan santan mendidih beberapa kali dalam api perlahan.
14. Akhir sekali, masukkan baki bahan gorengan tadi serta kismis jika suka. Tutup api dan siap.
Kredit resipi: Afy AL Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedap Tapi Tak Ramai Yang Tahu, Ini Resipi Lauk Masak Lada Ikan Pari
Cara Buat Samosa Potato Pinwheels, Inti Padat & Mengenyangkan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: