
Burger Malaysia merupakan antara kuih kegemaran ramai. Kegebuan roti dan kepedasan sambal ikan bilis itu pasti akan buat kita teringat-ingat. Sedap melekat! Jika anda teringin makan burger Malaysia ni, boleh cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi Hidayati Hana.
RESIPI BURGER MALAYSIA
RESIPI DOH:
Bahan A:
- 200ml air suam
- 1 sudu besar yis
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar susu pekat
Bahan B:
- 2 cawan tepung
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 sudu besar butter
- Secubit garam
Bahan Lain:
- Sambal Tumis Ikan bilis
- Timun
- Salad
CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan semua bahan A dan kacau sebati.
2. Biarkan sampai yis berbuih.
3. Campurkan bahan B dalam mangkuk yang lain dan masukkan bahan A sedikit demi sedikit.
4. Uli hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
5. Perap selama 1 jam dan tekan angin doh, bentukkan bulat-bulat.
6. Bila doh dah kembang, goreng menggunakan api sederhana sekali balik saja.
7. Ambil bun tadi dan belahkan kepada dua bahagian.
8. Letakkan sambal ikan bilis dan timun.
9. Letakkn salad jika suka.
10. Sedia untuk dimakan.
Jika anda memerlukan FOOD STEAMER baru, boleh cari DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: HIDAYATI HANA
CUBA RESIPI INI: RESIPI SAMBAL KETUK MUDAH & SEDAP
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Nasi Mandy Ayam Sedap Sempena Hari Ibu

Bagi peminat Nasi Mandy, sajian dari Timur Tengah ini pastinya sentiasa dirindui. Ramai yang menggemari hidangan ini tidak kira tua atau muda. Keluarga anda pun suka? Ha…Inilah masanya nak belajar masak sendiri guna resipi mudah ni. Saudari Nik Imana ada kongsikan resipi Nasi Mandy Ayam yang mudah dan sedap. Jom cuba!
RESIPI NASI MANDY AYAM SEDAP & SIMPLE
BAHAN AYAM:
2 keping ayam whole leg
1 batang kulit kayu manis – beli online disini
1/2 sudu lada hitam – beli online disini
1/2 jintan manis – beli online disini
1/2 sudu jintan putih – beli online disini
1/2 sudu ketumbar – beli online disini
1 kiub pati ayam – beli online disini
Sedikit garam
1 biji tomato
1 biji cili hijau – dipotong.
CARA MEMASAK:
1.Rebus ayam bersama kulit kayu manis, lada hitam, jintan manis, jintan putih, ketumbar, kiub pati ayam, sedikit garam, tomato & cili hijau.
2. Rebus beberapa ketika supaya ayam masak di bahagian dalam.
3. Kemudian toskan ayam. Rempah dalam rebusan into jika tidak suka tergigit, boleh kisar halus.
BAHAN PERAPAN AYAM:
Sedikit madu– beli online disini
Serbuk perasa
Serbuk kunyit – beli online disini
Serbuk cili – beli online disini
Hirisan lemon
CARA MEMASAK:
1.Ayam yang ditoskan tadi disapu dengan bahan perapan ayam dengan secukupnya.
2. Kemudian letak hirisan lemon dan panggang dalam air fryer/ketuhar sehingga perang keemasan.
3. Jika nak masak ayam letak dalam nasi pun boleh tapi empunya resipi suka ayam yang dipanggang.
BAHAN NASI
3 pot beras basmathi – beli online disini
1 sudu planta/minyak sapi – beli online disini
Secubit biji ketumbar
Secubit lada hitam – beli online disini
Secubit jintan manis
Secubit jintan putih
Daun bay – beli online disini
Air rebusan ayam
Sedikit garam
Daun ketumbar
Pewarna kuning – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Untuk masak nasi, cuci beras basmathi dan rendam setengah jam. Kalau guna beras biasa, tidak perlu rendam.
2. Panaskan planta/minyak sapi, tumiskan sedikit (anggaran secubit)biji ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih (kalau takut tergigit boleh kisar halus) & daun bay.
3. Tumis semua sampai naik bau kemudian masukkan beras tadi. Goreng sekejap.
4. Kemudian masukkan air rebusan ayam ikut sukatan biasa yang anda letak untuk masak nasi dan juga sedikit garam.
5. Bila nasi sudah kering, taburkan daun ketumbar & buat sedikit lubang dekat nasi untuk letak pewarna kuning. Biarkan sampai nasi masak.
BAHAN SALATAH:
Bawang holland – beli online disini
Timun
Tomato
Perah lemon / cuka
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Potong bawang holland, timun dan tomato kecik-kecil. Kemudian perah lemon serta masukkan garam dan gula dengan secukupnya. Kacau. Jika tiada lemon, boleh gantikan dengan cuka.
BAHAN SAMBAL NASI ARAB:
Cili merah
Tomato
Daun ketumbar
Garam & perahan lemon
CARA MEMASAK:
1.Kisar cili merah, tomato dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam serta perahan lemon.
BAHAN SUP:
Lebihan air rebusan ayam
Akar daun ketumbar
Garam & serbuk kunyit untuk nampak kuning
CARA MEMASAK:
1.Untuk sup, lebihan air rebusan ayam ditambah dengan akar daun ketumbar. Kemudian perasakan dengan garam & serbuk kunyit untuk nampak kuning.
2. Kemudian hidangkan bersana Nasi Mandy, ayam, Salatah dan sambal.
Kredit resipi & foto: Nik Imana
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kongsi Resipi Mertua. Ayam Percik Kuah Putih Ni Memang Sedap Giler
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Gulai Kurma Ayam Kelantan, Kuah Pekat Memang Puas Hati Makan

Gulai kurma ayam bila dimakan dengan nasi minyak memang sedap. Hidangan ni sering menjadi lauk kenduri. Nak dapatkan gulai kurma yang pekat dan harum baunya, penggunaan rempah ratus terpilih digunakan.
Boleh cuba buat resepi gulai kurma ayam Kelantan yang dimasak cikgu Afy AL Habibi. Memang terliur dibuatnya.
GULAI KURMA AYAM
Bahan-bahan:
5 ketul ayam
1 biji kentang | dipotong
4 sekawan
3 sudu besar rempah kurma
1 mangkuk air asam jawa (semangkuk air + secubit dua asam jawa)
½ keping nisse
½ sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
Secubit dua perasa
150ml santan kotak
1 sudu besar gula perang
1/3 sudu kecil garam
Bahan kisar:
2 ½ biji bawang merah (saiz syiling 50 sen lama)
1 ulas bawang putih
Sehiris halia
Bahan hiasan:
Cili merah hijau
Daun kari
Cili kering
Bawang Holland
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak. Tumis 4 sekawan.
2.Tuang bahan kisar tadi sehingga wangi. Kemudian masukkan 3 sudu besar rempah kurma (jangan penuh membukit sangat setiap sudu ya).
3.Kacau dalam api paling perlahan sehingga terbit minyaknya.
4.Masukkan semangkuk air asam jawa. Perasakan peringkat pertama dengan nisse, gula perang, garam dan secubit dua perasa.
5.Tutup periuk dulu untuk proses pes menjadi pecah minyak. Masih dalam api perlahan.
6.Biar jadi rupa seperti dalam gambar, barulah gulai akan menjadi wangi dan elok kejadiannya.
7.Kemudian masukkan ayam dan kentang. Saya dah tak tambah air sebab nanti lepas ayam mengecut, airnya akan keluar lagi.
8.Kacau rata sebelum ditutup dengan tudung periuk.
9.Proses ‘palo awah’ ni mengambil masa 20-25 minit untuk memastikan pes meresap dengan baik dan ayam masak sempurna. Gunakan api paling kecil. Kacau sesekali.
10.Seterusnya masukkan santan. Saya guna lebih kurang 150ml (atau ikut kuantiti kuah yang diingini). Saya dah tak tambah air sebab air ayam masih banyak.
11.Seterusnya masukkan perasa peringkat kedua iaitu 1 sudu besar gula perang dan 1/3 sudu kecil garam. Sukatan mengikut citarasa masing-masing.
12.Selepas kuah mula mendidih, masukkan bahan hiasan. Semua bahan boleh digoreng seketika sebelum dicampur sekali. Dah siap.
Kredit : Afy AL Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resepi Ikan Siakap Stim Yang Mudah Dan Sedap!

IKAN SIAKAP STIM LIMAU
Bahan-Bahan:
5 ulas bawang putih
Stok ayam ( kalau tidak ada, guna 1 kiub pati ayam kacau dgn 1/2 cawan air panas)
Cili api merah
Daun limau
Serai
Halia
Daun ketumbar
Limau nipis
Sos ikan ( 5 sudu besar)
Garam (tak letak pun takpe)
Gula secukup rasa
Cara-caranya:
1. Seekor ikan siakap cuci bersih dan kelarkan.
2. Sediakan bekas yang sesuai mengikut size ikan dan letak dalam pengukus. Sekiranya mahu lebih cepat, boleh gunakan magic pan. Lagi cepat masak!
3. Serai dikerat serong kasar, daun limau koyak-koyakkan. Selepas itu, sumbat semua serai, daun limau dan halia dalam perut ikan.
4. Kiub ayam tadi larutkan dengan air panas, curahkan atas ikan dan biarkan masak dalam magic pan dalam 20 – 25 minit, check hingga ikan betul-betul masak.
5. Masukkan bawang putih yang dah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan, garam dan gula dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati. Tolong rasa dulu ye. Adjust sampai puas hati. Ketepikan.
6. Ok, bila ikan dah masak boleh keluarkan dan letak dalam pinggan besar.
7. Last sekali, curahkan dengan bahan-bahan (No.5) yang dah dicampurkan dengan daun ketumbar tadi. Dah siap!
Jom try! Mudah, sedap dan cepat!
Kredit Resepi : marina ismail via mahn