Cara Buat Cekodok Pisang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Pasti Tak Cukup Satu

Share

Kalau memang berjiwa ibu ni, dari malam sudah fikir apa menu sarapan yang disukai keluarga. Resipi cucur ni jarang kali tidak laku kalau dibuat. Gerenti berebut makan nanti. Cekodok pisang antara yang digemari. Macam mana nak buat cekodok yang rangup di luar, lembut di dalam, inilah caranya.

Cekodok Pisang
Bahan-bahan:
10 biji pisang (macam dalam gambar di bawah. Kalau buah pisang yang besar kurang kan. Dilenyek dan ketepikan.
2 sudu besar planta
4 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil soda bikarbonat-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil garam
2 cawan lebih sikit tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI

Cara buat:
1.Semua bahan di atas masukkan ke dalam bekas kecuali tepung gandum.


2.Gaul sebati jangan dikisar yer nanti tak sedap.


3.Kemudian masukkan tepung gandum.
4.Perap selama 1/2 jam.


5.Goreng dalam minyak yang panas api sederhana saja.

Kredit:Noriza Awang Hamat

INGIN MENUKAR BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

Published by
Putri Adila Saari