Ikan cencaru adalah antara ikan yang sedap kalau dimasak sumbat dengan cita rasa pedas. Kalau dibakar pun sedap dimakan dengan air asam. Tapi kali ni RASA nak kongsikan cara masak ikan cencaru yang disumbat dan kemudian digoreng.
CENCARU SUMBAT PEDAS
Pedas dan sedap dimakan dengan nasi panas-panas..
BAHAN-BAHAN
• 4 ekor ikan cencaru
• 20 biji cili merah dan hijau
• 1 labu bawang besar
• 3 biji tomato
• 6 biji bawang putih
• Belacan
• 1 biji air perahan limau kasturi
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 labu bawang besar (dihiris bulat)
• Minyak masak untuk menggoreng
Ads
CARA MEMBUAT
1. Belah belakang ikan cencaru diketepikan.
2. Kisar cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, bawang putih dan belacan. Jangan hancur sangat.
3. Kalau suka masam tambahkan air perahanan limau kasturi.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masukan bawang besar yang belah di hiris membulat, kacau sebati.
6. Sumbat ke dalam ikan cencaru. Biarkan selama 25 minit.
7. Siap sedia untuk goreng.
8. Pastikan goreng dengan menggunakan minyak masak yang banyak dan api perlahan.
9. Pastikan ikan betul-betul masak baru terbalikkan. Ini supaya ikan tidak hancur.
Selamat mencuba.
Ads
Resipi Oleh Aishah Toke Kek dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Jangan kata susah ye buat kek lapis Marrie Masam Manis ni, kena gaya sangat senang. Cuma perlu sedikit kerajinan je, kalau beli pun harga kek ini boleh tahan. Jadi buatlah sendiri, bahan mudah, sukat pun guna cawan je, sesuailah kalau anda yang baru nak mencuba. Ini resipinya ye..
KEK LAPIS MARRIE MASAM MANIS BAHAN-BAHAN:-
2 cawan biskut marrie kisar | kisar halus
1 cawan gula kastor
1 cawan marjerin pelangi
5 biji telur | gred c je
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Asam manis Haw flakes
2 pewarna | hijau dan kuning
CARA MEMBUAT:
Putar marjerin dengan gula hingga sebati atau hingga putih.
Kemudian masukkan telur sebiji sebiji dan putar lagi hingga kembang.
Seterusnya masukkan biskut marrie yang sudah dikisar halus diikuti susu pekat, baking powder dan esen vanila.. Gaul guna spatula.
Setelah sebati bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan dengan satu hijau dan satu kuning. Sedia dikukus.
Saya gunakan pekas plastik tahan panas saiz 6X6.
Sudukan 5 sudu makan setiap lapisan dan kukus dalam pengukus yang sedia dipanaskan. Letakkan warna hijau dahulu, ratakan dan susun asam manis di atasnya.
Kukus setiap lapisan 5 minit. Terus melapis hingga adunan habis.
Akhir sekali kukus lagi lebih kurang 25-30 minit.
Setelah masak, buka pengukus, biarkan wapnya hilang dan angkat.
Biasa kalau beli cucur udang tak kan dapat rasa sebagaimana yang diingini. Ada yang terlalu berminyak, keras dan sebagainya. Senang aja, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras.Kalau ada yang teringin nak makan, boleh buat untuk minum petang nanti.
Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh) Udang kecil Ikan bilis – segenggam – BELI ONLINE DI SINI 3 ulas bawang merah dimayang nipis Daun kucai Serbuk kunyit Garam Air Minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Udang saiz sederhana dibuang kulit dan dipotong-Potong. 2. Udang kecil dibuang kepala. 3. Kemudian ambil satu mangkuk besar. 4. Masukkan kesemua tepung gandum dan tepung beras. 5. Masukkan garam / serbuk pati ayam 6. Gaul-gaulkan (kering tanpa air) 7. Kemudian masukkan kedua-dua jenis udang & ikan bilis 8. Masukkan juga serbuk kunyit 9. Masukkan pula bawang dan daun kucai 10. Masukkan air ( jangan terlalu lembik) 11. Gaul-gaul biar sekata (warna dan bahannya) 12. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. 13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan itu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper dan jadi nipis.
Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang.
Kredit : Farah Farhana
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR TERBARU UNTUK MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI.
Pulut Pagi atau juga dikenali dengan nama Pulut Manis adalah salah satu menu tradisional orang dulu-dulu. Di sesetengah tempat seperti di negeri-negeri Pantai Timur, sajian ini mudah didapati dan dimakan sewaktu sarapan.
Beras pulut bila dimasak, biasanya akan melekat di periuk dan meninggalkan kerak. Memang rugi. Bagi anda yang nak masak Pulut Pagi ni, tipnya adalah dengan mengukus pulut. Memang lembut, sedap malah tak membazir. Ha…Dah tahu petua, pasti rasa nak cuba masak Pulut Pagi resipi Opah Mas Cotek ni kan? Begini cara-caranya.
CARA MASAK PULUT PAGI / PULUT MANIS YANG LEMBUT & SEDAP
CARA MEMASAK: 1. Satukan air, gula kerek, gula pasir dan daun pandan. Masak hingga gula larut. 2. Sejukkan air gula kemudian tapis. Ketepikan seketika. 3. Kukus beras pulut hingga masak. Anggaran masa lebih kurang 25 minit.(beli PERIUK KUKUSAN MURAH disini) 4. Angkat pulut dan arun dengan air gula tadi hingga rata. Kukus lagi selama 10 minit. 5. Angkat pulut dan hidangkan bersama kelapa parut.