Makan

Cara Buat Cendol Homemade. Resipi Asli Orang Dulu-Dulu

Share

Sedapnya kalau dapat makan Cendol tradisi asli sejuk-sejuk terutamanya dikala cuaca panas. Mudah sahaja caranya untuk membuat minuman ini secara homemade. Cendolnya diperbuat daripada kisaran daun pandan asli tanpa pewarna tiruan. Memang lebih sedap rasanya. Berbaloi untuk buat sendiri. Dapatlah makan puas-puas. Saudari Ida Alina Salleh ada kongsikan caranya. Jom cuba resipi Cendol mudah ni. Pasti puas hati dengan rasanya.

RESIPI CENDOL ASLI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
50gm tepung beras beli online disini
50gm tepung jagung beli online disini
1 sudu besar air kapur
450gm air pandan (8 helai daun pandan dikisar halus dengan 450 ml air)
CARA MEMASAK:
1.Ambil 8 helai daun pandan dan masukkan ke dalam blender bersama 450ml air. Kisar halus.
2. Timbang kisaran air pandan tadi dan ambil 450gm. Ketepikan.
3. Dalam periuk yang bersesuaian, satukan tepung beras, tepung jagung, air kapur dan air pandan tadi. Kacau hingga sebati.
4. Buka api dan masak. Guna whisk untuk kacau adunan supaya tidak berbintil.
5. Bila adunan menjadi pekat, kacai guna spatula. Masak lagi hingga pekat dan adunan jadi berkilat.
6. Angkat adunan dan segera tuang ke dalam acuan murukku atau ke dalam piping bagi.
7. Tekan adunan cendol ke dalam mangkuk berisi air ais. Lakukan hingga habis.
8. Cendol homemade sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ida Alina Salleh

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur