Cara Buat Cheese Tart Buncit. Puas Makan & Boleh Buat Jualan

Share

Ada yang menggemari tart yang penuh dengan filling sebegini? Memang puas makan. Ada yang nak jimatkan masa atau nak jimatkan masa dengan membelinya. Lebih elok buat sendiri bagi memenuhi cita rasa. Untuk filling boleh pelbagainya mengikut tekak masing-masing.

Resepi Shell Tart
Bahan-bahan:
125gm majerin/butter
150gm gula kastor
1 biji telur saiz B
400gm tepung gandum
Esen Vanilla

Cara buat:
1.Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan.
2.Kemudian masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.


3.Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.
4.Bulat-bulatkan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.
5.Cucuk-cucuk sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan.
6.Setelah masak.Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.
7.Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

BAHAN FILLING CHEESE :
500gm cream cheese dari peti sejuk
100gm gula kastor -BELI ONLINE DI SINI
6 sudu besar telur yang telah dipukul sedikit
2 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon-BELI ONLINE DI SINI

INTI :
Apa-apa filling kegemaran.
Cara buat:
1.Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.
2.Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.
3.Masukkan vanilla dan adun hingga sebati.
4.Masukkan dalam piping bag.
5.Picitkan sedikit filling dalam shell dan baru paipkan cheese ke dalam shell.


6.Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa menggerakkan piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.
7.Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betulkan sedikit.
8.Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yang diwarnakan.
9.Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit .Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering

Kredit : roshidah abu bakar

INGIN MENDAPATKAN HOME APPLIANCES, LIHAT DI SINI.

Published by
Putri Adila Saari