Cara Buat Cheesekut Tiramisu Sedap Tanpa Guna Nescafe

Share

Jom buat Cheesekut Tiramisu yang sedap ni. Istimewa resipi ini tidak menggunakan nescafe. Sesuai sangat bagi anda yang menggemari Cheesekut dan juga Tiramisu. Jika boleh menikmati keduanya sekaligus, kenpa perlu pilih kan? Hom cuba resipu perkongsian saudari Nur Haziqah ni. Pasti puas hati.

 

RESIPI CHEESEKUT TIRAMISU TANPA NESCAFE YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1.Satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Kisar sehingga sebati.

2.Celup biskut dalam susu segar selama 2-3 saat kemudian terus angkat.

3. Kemudian lapiskan dengan keju. Setiap lapisan keju, taburkn pula serbuk koko. Lakukan hingga habis.

4. Simpan Cheesekut Tiramisu dalam peti ais selama 1 atau 2 jam kemudian barulah boleh dinikmati.

NOTA:

  • Jika nak potong Cheesekut, pastikan bekas dilapik dengan plastik terlebih dahulu supaya mudah dikeluarkan.
  • Jika nak buat Cheesekut cheese leleh, setiap lapisan perlu keju yang banyak dan kurangkan jumlah biskut.
  • Kalau taknak cheese leleh, nipiskan lapisan cheese dan lebihkan lapisan biskut.

 

Kredit resipi & foto: Nur Haziqah

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur