Anak-anak sangat sukakan snek. Jika beli yang ready made atau sejuk beku, kandungan yang terkandung ada kalanya tinggi lemak, garam serta punya MSG. Jom belajar buat Cheesy Ball secara homemade. Lebih sihat, sedap dan bersih. Kandungan garam pun puan-puan boleh kawal.
Sekali sekala tekak mesti teringin nak makan kudapan barat. Keju dan kentang adalah dua gandingan serasi yang cukup menyelerakan. Tapi jangan selalu sangat, maklumlah berlemak dan berkrim. Nanti naik berat badan pula. Sajian ini sungguh mengenyangkan malah boleh sahaja dinikmati sebagai sarapan atau makan malam. Sesuai juga dijadikan brunch. Bahan-bahan untuk hasilkan hidangan ini pun ringkas sahaja. Jom kita cuba buat sendiri Cheesy Potato Bake. Anda pasti suka.
CHEESY POTATO BAKE
BAHAN-BAHAN:
60gm mentega
1/4 cawan tepung gandum
21/3 cawan susu segar
2 cawan parutan keju
1.2 kg kentang, dikupas dan dihiris nipis-nipis
Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Ambil loyang pembakar segi empat dan griskan dengan sedikit mentega. Ketepikan.
Cairkan mentega dalam periuk saucepan menggunakan api sederhana. Masukkan tepung, masak dan kacau secara kerap selama dua minit atau hingga sebati.
Alihkan periuk dari api @ padamkan api. Perlahan-lahan masukkan susu dan kacau dengan kerap hingga menjadi campuran yang benar-benar sebati.
Kemudian letak kembali di atas api. Masak dan kacau sehingga sos mendidih.
Masukkan pula 1 1/2 cawan parutan keju dan kacau hingga sebati.
Susun 1/3 hirisan kentang, biarkan ia sedikit bertindan di dalam loyang pembakar, taburkan garam dan lada hitam.
Sudukan satu pertiga daripada sos keju tadi sehingga menutupi lapisan kentang. Ulang sebanyak dua kali. Jadikan dua lapisan. Taburkan lebihan parutan keju di permukaan.
Bakar di dalam ketuhar selama satu jam atau hingga kentang empuk dan perang keemasan.
Jika permukaan keju menjadi terlalu perang sebelum sampai waktunya, tutup dengan kertas aluminium foil bagi mengelakkan lapisan keju menjadi terlalu hangus.
Kali ini, RASA ingin kongsikan resipi kerang goreng berempah. Rasanya sangat sedap sebab ada rasa rempah kari dan juga sos yang dijadikan bahan perapan.
Jom kita cuba buat!
KERANG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang besar (hiris nipis dan halus)
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 inci halia (dihiris nipis)
2 batang serai (diketuk)
5 sudu besar serbuk kari (dicampur sedikit air jadikan pes)
10 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
2 tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
1 cawan air
2 kg kerang (cuci bersih dan toskan)
3 sudu kecik sos ikan
Daun ketumbar
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan pes serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, daun kari, daun limau purut dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan kerang dan gaul rata. Tutup kuali seketika. Besarkan api. Kemudian renjiskan dengan sos ikan. Gaul rata lagi keseluruhan. 5. Taburkan daun ketumbar dan gaul lagi. Tutup api.
TIP: Kerang kurang sedap kalau terlalu lama dimasak. Jika lama sangat dimasak, isi kerang akan jadi kecut dan keras.
Mee Kuah Daging perkongsian saudara Are Peaceni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Bagi anda yang menggemari sajian berkuah, bolehlah cuba menu ini. Ia juga sesuai dijadikan menu rumah terbuka ataupun disajikan di sebarang majlis keraian. Pasti mengenyangkan. Jom cuba!
CARA MASAK MEE KUAH DAGING YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Mee kuning 1kg daging lembu – rebus sampai empuk dan hiris nipis
BAHAN KUAH: 1 kg ubi keledek merah – kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk. Toskan. 1 cawan udang kering – kisar – beli online disini 10 ulas bawang merah – kisar – beli online disini 5 ulas bawang putih – kisar – beli online disini 1 inci halia – kisar – beli online disini 1 inci lengkuas – kisar 3 biji tomato – kisar 2 batang serai – titik 1 pek sup bunjut tulang – beli online disini 1 pek kecil rempah kari daging – beli online disini 1 cawan cili kisar – beli online disini 1 cawan sos cili – beli online disini 1 cawan sos tiram – beli online disini 1/2 cawan minyak untuk menumis 5 liter air (termasuk air rebusan daging tadi) 2 sudu besar tepung jagung – dibancuh dengan 1 cawan air – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Hiris nipis bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia dan kisar halus. 2. Masukkan keledek ke dalam pengisar bersama air. Kisar halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan. 3. Masukkan pula udang kering bersama air ke dalam pengisar. Kisar halus juga. 4. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga keperangan dan berbau wangi. 5. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak dan masukan serbuk kari. Kacau dan gunakan api sederhana. 6. Masukkan air rebusan daging ke dalam periuk. Masukkan juga, keledek yang telah dikisar, sos cili, sos tomato, udang kering kisar dan tambahkan air secukupnya. 7. Masukan tomato yang telah dikisar tadi. Biarkan mendidih dengan api sederhana. 8. Tambahkan bancuhan tepung jagung. Kacau sekali-sekali. 9. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah mesti ada rasa pedas, manis dan masin secukupnya. 10. Apabila kuah mendidh dan nampak pekat, boleh matikan api dan taburkan daun bawang dan sedikit bawang goreng. 11. Sedia dihidang bersama mee kuning dan bahan taburan.
BAHAN-BAHAN TABUR: Tauge Telur rebus Tomato – hiris nipis Bawang goreng – beli online disini Cili merah Daun sup dan bawang Tauhu – digoreng potong nipis Limau kasturi – dibelah 2 Fishball – goreng
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.