Teringin chicken pie seperti di kafe? Boleh buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan ini. Intinya daripada cendawan dan ayam. Sangat sedap dan nak buat pun mudah je. Kalau nak buat jualan, memang laku keras.
CHICKEN PIE
Bahan-bahan:
200gm isi ayam
Black pepper
Garam secukupnya
2 sudu besar butter
1/2 biji bawang Holland (potong dadu)
2 biji bawang putih (cincang)
3 sudu teh tepung gandum
Sedikit air
1 cawan kentang
Lobak merah
Shitake mushroom
Mixed herbs
Chicken Stock
Kacang peas
1/2 cawan cooking cream/whipping cream/fresh milk
Cara memasak inti:
1.Panaskan minyak,masukkan 200gm isi ayam,black pepper, garam dan angkat. 2.Panaskan 2 sudu besar butter, masukkan ½ biji bawang Holland potong dadu, 2 biji bawang putih cincang, 3 sudu teh tepung gandum dan air sikit. 3. Masukkan 1 cawan kentang , lobak merah, shiitake mushroom dan air, mixed herbs ,black pepper ,garam, chicken stock, kacang peas, 1/2 cawan cooking cream/whipping cream/fresh milk. 4) Masukkan ayam tadi.
Bahan-bahan:
1 1/2 tepung gandum
1 sudu besar gula icing
200 gram butter
1 biji telur gred A
4 sudu besar air sejuk (dari peti sejuk)
Cara membuat:
1.Gaul rata tepung gandum dan gula icing .
2.Masukkan butter sejuk dan gaul rata.
3.Adunan akan menjadi macam ni. Kemudian masukkan telur. 4.Apabila dah gaul telur, masukkan air sejuk.
5.Adunan akan jadi macam ni tak melekat dekat tangan. Tutup dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam sebelum dicanai.
6.Kemudian canai kulit pie macam ni. Bulatan tu boleh guna cawan.
7.Masukkan dalam cup dan ratakan.
8.Isikan inti yang dibuat tadi.
9.Tutupkan bahagian atas. Tepi-tepi yang lebih tu kemaskan dan potong dengan pisau.
10. Tepi-tepi tu boleh kelim dengan garfu je.
11. Sebelum dimasukkan ke dalam oven.Sapu kuning telur tabur mixed herbs sikit. Suhu 200 darjah dalam masa 20 minit. Kredit:Muliaidayu Ahmad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Parmesan Pastry Bites, hidangan yang mudah untuk disediakan. Malah, ia begitu enak dimakan ketika panas-panas. Tak sedar habis sepinggan. Memang tak jemu makan. Paling penting, gunakan Keju Perfect Italiano Parmesan untuk menambah rasa hidangan ini. Bertambah enak dibuatnya. Anda boleh cuba hidangan ini. Pasti puas hati.
PARMESAN PASTRY BITES
BAHAN-BAHAN:
3-4 keping puff pastry segera
100gram Perfect Italiano Parmesan
1 sudu teh serbuk paprika
Cincangan parsli kering secukupnya
1 biji telur – pukul dengan garfu
CARA MEMASAK:
Potong puff pastry mengikut saiz yang disukai.
Berus dengan telur di sekeliling pastri.
Letak 1 sudu makan Perfect Italiano Parmesan di bahagian tengah. Tabur serbuk paprika dan parsli kering secukupnya.
Susun puff pastri di dalam dulang pembakar.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 10-15 minit atau hingga pastri keperang-perangan. Hidangkan panas.
Minum petang dengan hidangan roti memang enak. Tambah pula jika baru dimasak. Hari ini jom kita buat roti kukus. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap. Buat roti ni, kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus. Nanti semasa kukus ia akan mengembang lagi. Loyang jangan dibalut ketat sangat semasa kukus. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.
ROTI KUKUS
Bahan-bahan:
150g tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula dan butter yang dicairkan untuk topping
Cara membuat:
1.Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.
2.Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin. Perap sampai doh naik dua kali ganda.
3.Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
4.Bulatkan dengan tangan.
5.Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang dua kali ganda.
6.Kukus dengan api sederhana 35-40 minit. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.
7.Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/butter cair.
8.Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.
Roti buttermilk rasanya lemak dan manis. Teksturnya pula lembut dan apabila dimasak, baunya harum semerbak menyelerakan. Roti ini mempunyai inti berupa mentega dan susu tepung menjadikan rasanya amat sedap.
Jom kita lihat resipinya.
ROTI BUTTERMILK
BAHAN A
230 gram air suam
60 gram gula
1 sudu besar yis
BAHAN B
500 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil pelembut roti
2 sudu besar susu tepung
BAHAN INTI BUTTERMILK
250 gram mentega
170 gram gula aising
170 gram susu tepung
100 – 150 gram tepung gandum
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, satukan BAHAN A dan gaul sebati.
2. Biarkan 15 minit atau sehingga yis mengembang. Ketepikan.
3. Sementara itu, di dalam bekas lain, satukan pula BAHAN B. Ramas-ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan BAHAN A ke dalam BAHAN B sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan menjadi doh. Uli doh sehingga lembut dan ringan.
5. Bulatkan doh. Sapukan keliling dan permukaan doh dengan minyak masak. Tutupkan dengan plastik atau kain lembap. Perap doh selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda. Ketepikan.
6. Sementara itu, kita sediakan pula BAHAN INTI BUTTERMILK. Dalam bekas, satukan mentega dan gula aising. Pukul sebati.
7. Kemudian masukkan susu tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan pula tepung gandum. Gaul lagi.
8. Adunan inti mestilah tidak melekat di tangan dan boleh dibentuk.
9. Bulat-bulatkan inti dan simpan seketika di dalam peti sejuk.
10. Kembali kepada doh yang diperap tadi (rujuk langkah 5). Tumbuk-tumbukkan doh yang telah mengembang dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Timbang setiap doh seberat 30 gram.
11. Ambil satu doh dan leperkan. Masukkan inti dan tutupkan doh dengan kemas. Ulang langkah ini sehingga siap semua doh dan inti.
12. Susunkan doh yang siap diisi inti di atas loyang yang telah disapukan sedikit mentega atau minyak masak.
13. Rehatkan doh selama 40 minit atau sehingga mengembang. Kemudian sapukan susu atau air pada permukaan doh sebelum bakar.
14. Panaskan oven dan bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
15. Setelah masak, sapukan permukaan doh dengan marjerin. Sejukkan sebelum dihidang.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.