
Siapa suka makan salad macam ni angkat tangan sikit. Hidangan ini sangat simple dan sesuai untuk anda yang menjaga diet. Lagi lama ayam ini diperap lagi enak rasanya. Nak lebih juicy rasanya, grill sekejap saja. Bila dah sedap macam ni rasa nak makan hari-hari.Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Nabihah Azhar.
Chicken Salad

Bahan-bahan:
Isi ayam
Paprika
Black pepper-beli online di sini
Cajun
Tomato ceri
Telur rebus
Kewpie dressing
Cara membuat:
1.Ambil isi ayam. Potong kecil-kecil ikut suka hati bentuk apa pun.

2.Perap ayam dengan paprika, black pepper & cajun.
3.Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut citarasa masing-masing.
4.Hidang ayam grill tadi atas salad.
5.Tabur tomato ceri.
6.Letak telur rebus.
(cara rebus telur: biar air mendidih. Rebus selama 10 minit)

7.Akhir sekali, dressing dengan Kewpie dressing.
Kredit : Nabihah Azhar

Klik sini
Buat Sendiri Air Vitagen, Cukup Rasa Confirm Berulang Kali Minum
Chocolate Crinkle Cookies. Sedap Sampai Tak Boleh Henti Mengunyah
Resepi Quiche Ayam Sedap & Menyelerakan. 1 Adunan Ni Dapat 2 Biji
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Solok Lada Guna Resipi Bonda, Memang Sedap Terangkat!


Buat penggemar nasi kerabu, pasti biasa tengok menu solok lada hijau ini. Solok lada ini adalah sejenis lauk sayuran dari Kelantan yang melengkapi hidangan nasi kerabu.
Solok lada hanya berintikan kelapa parut dan juga isi ikan, sangat sedap dimakan ketika panas. Pemilihan lada yang digunakan juga main peranan.
Apa kata jom kita buat menu mudah ini daripada Saripah Che Mat.
SOLOK LADA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:

10-12 tangkai cili hijau besar
5-6 ekor ikan sardin/kembung/pelaling mentah (ikut berapa banyak ikan nak diguna)
1 cawan kelapa parut (bahagian putih saja)
2-3 batang serai – beli online di sini
½ inci halia – beli online di sini
3-4 ulas bawang merah atau ½ biji bawang besar
1-2 ulas bawang putih
1 kotak kecil santan – beli online di sini
Gula
Garam
Cuka (jika tak suka, boleh gunakan jus limau kasturi)
CARA-CARA:
1. Cili hijau dipotong tengah sampai ke hujung, namun jangan sampai putus ye. Keluarkan biji di dalamnya. Basuh dan toskan. Ketepikan.

2. Tumbuk serai dan halia hingga hancur. Kemudian, masukkan bawang merah/besar, bawang putih, tumbuk lagi. Akhir sekali, masukkan kelapa dan tumbuk lagi.



3. Buang kulit ikan dan rata atau leperkan isi ikan tersebut. Kemudian, masukkan ikan ke dalam bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan sedikit demi sedikit. Tumbuk sehingga hancur. (letak banyak isi ikan dan kelapa sikit saja pun tak apa. Rasa lebih sedap)


4. Selepas semua siap ditumbuk, alihkan ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan gula, garam, serbuk lada hitam dan cuka. Gaul bagi sebati, biar ada rasa masam, manis masin, pedas. Pendek kata, inti itu menjadi sesedap rasa ikut selera masing-masing.


5. Kemudian, sumbat inti tadi ke dalam cili hijau besar yang sudah dibelah. Isi inti sedang-sedang saja.

6. Susun dalam periuk. Tuangkan santan sehingga cili itu separuh tenggelam. Jangan tambah air ye, hanya gunakan santan saja.

7. Letak periuk atas dapur. Pastikan periuk ditutup supaya apabila mendidih, santan semua menutupi cili. Api jangan terlalu kuat, biarkan sederhana atau perlahan kerana tidak mahu santan cepat kering.

8. Selalu periksa dengan buka tutup periuk, tengok takut santan kering sangat. Bila santan tinggal sikit, tutuplah api. Solok lada dikira masak apabila cili dah bertukar warna.

Kredit resipi & foto: Saripah Che Mat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
20 Resipi Kukus & Rebus Istimewa Sempena Ulang Tahun RASA Ke 20
Lagi Jimat Buat Sendiri, Resipi Ayam Tandoori Sama Seperti Di Kedai Mamak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Ayam Cili Kering, Lauk Paling ‘Ngam’ Makan Dengan Nasi Panas

Ayam Cili Kering, resipi yang wajib anda masuk dalam senarai menu minggu ini. Ayam yang digoreng garing, disalut dengan kuah rempah pedas ni memang heaven bila makan dengan nasi putih panas-panas. Bau tumisan dia pun dah buat perut berkeroncong! Sesuai dimakan seisi keluarga. Jom cuba.
AYAM CILI KERING

Bahan-bahan:
- 1 ekor Ayam | digoreng bersama kunyit dan garam
- 1 biji Bawang Besar | dihiris
- 1 inci Halia | dihiris
- 2 sudu besar Chili Flakes
- 2 sudu besar Rempah Kari
- 3 sudu besar Sos Cili
- 2 sudu besar Sos Tiram
- 2 sudu besar Kicap Manis
- 100ml Santan Cair
- 1 sudu besar Serbuk Cili
- Daun Ketumbar
- 2 biji Buah Tomato | dipotong dadu
- Sedikit garam
Bahan Kisar:
- 1 biji Bawang Besar
- 6 ulas Bawang Putih
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, kemudian masukkan daun kari. Bila dah naik bau, masukkan bawang besar lalu tumis hingga naik bau dan garing.
2. Kisar bawang merah dan bawang putih. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus.
3. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga garing.
4. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan chili flakes. Gaul sebati.
5. Kemudian masukkan tomato dan tambahkan sedikit air dari blender tadi. Tumis dua tiga kali untuk pastikan rempah masak elok.
6. Masukkan sos cili, sos tiram dan gaul sebati.
7. Masukkan sedikit air dan tambahkan garam.
8. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata.
9. Tambahkan kicap manis dan santan cair. Gaul dan biarkan mendidih.
10. Masukkan halia dan gaul rata.
11. Kemudian boleh taburkan daun ketumbar.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh. Comfirm Berjurai Air Mata!
Rendang Ayam Mudah & Ringkas,Tak Pandai Masak Pun Gerenti Jadi.
Tambah Susu Tepung. Ini Rahsia Hasilkan Donat Pandan Yang Sedap & Gebu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Jom Ikut Gaya Mok Teh Merendang. Resipi Asli Warisan Ibu Mertuanya.

Jika anda singgah ke Pusat Bandar Wangsa Maju, jangan lupa cuba sajian di Restoran Mok Teh. Menu istimewanya sajian Terengganu, tapi pemiliknya Mok Teh pun hebat masak sajian nogori warisan dari ibu mertuanya.
Rendang air tangannya sedap tak terperi, ala nogori. Istimewanya bahannya ringkas aje. Jom semak, boleh masak hujung minggu ni…
1.RENDANG AYAM CILI API

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam| dipotong 12
- 1 kilo santan
BAHAN A
- 30 biji cili api
- 2 inci kunyit hidup
BAHAN B
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 7 batang serai |diketuk
- 2 asam keping
- 3 helai daun kunyit
- 1 sudu kerisik
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ayam dibersihkan dan dipotong 12.
2. Bahan A dikisar dan dimasukkan kedalam kuali bersama ayam.
3. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Lengkuas dihiris nipis.
4. Kesemuanya dimasukkan ke dalam bersama ayam tadi.
5. Apabila agak kering air, kemudian dimasukkan santan,serai, asam keping dan garam.
6. Masak sehingga agak kering, masukkan daun kunyit yang dihirs halus.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
2.RENDANG ITIK

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor itik salai |dpotong 12
- 1 kilo santan
BAHAN A
- 20 biji cili api
- 5 sudu cili boh
- 2 inci kunyit hidup
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 5 batang serai
BAHAN B
- 5 batang serai |diketuk
- 2 asam keping
- 3 helai daun kunyit |dicarik carikkan
- 1 sudu makan kerisik
- Garam secukup rasa
- Gula merah secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Daging itik dipotong 12 dan dimasukkan kedalam kuali.
2. Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali.
3. Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik carikkan.
4. Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan B yang lain.
5. Masak sehingga agak kering.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
Anggaran kos: RM30
3.RENDANG PUCUK UBI MAK LONG

BAHAN-BAHAN :
- 2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
- 2 kilo santan
- Segenggam ikan bilis
- Segenggam cili api
- 3 inci kunyit
- 5 ulas bawang merah |dihiris nipis
- 5 batang serai | dititik
- Garam
- Asam keping
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis.
2. Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak.
4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan
INFO : Terpulang kepada anda, sekiranya suka makan yang garing boleh masak sehingga garing.
Saiz hidangan: 10 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
4. RENDANG CAMPUR MAMA

BAHAN A – CUCI DAN TOS
- 250gm daging
- 250gm paru paru
- 250gm limpa
- 250gm jantung
- 250gm hati
BAHAN B – KISAR
- 250gm bawang merah
- 100 gm bawang putih
- 10 batang serai
- 50 gm halia
- 75gm lengkuas
- 50gm kunyit
- 100g cili api | ikut kepedasan yang diingini
- 100g cili boh| ikut kepedasan yang diingini
- 2 kilo santan
- 2 sudu makan kerisik
- 5 batang serai |diketuk
- Garam secukup rasa
- 2 keping asam keping
- Sedikit gula merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A, B dan santan ke dalam kuali dan panaskan
2.B ila sudah mendidih, masukkan kerisik, asam keping, serai ketuk dan kerisik.
3. Kemudian masukkan garam dan gula merah. Masak sehingga kering, gunakan api perlahan dan sering kacau.
4. Rendang siap dihidang.
Saiz hidangan: 10 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
RESIPI : Zunita Adibah bt Mohamed Adib @ Mok Teh
TERIMA KASIH : Restoran Mok Teh Nasi Dagang
Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

