Nak buat chocolate cookies atau biskut choc chip ni, adalah paling senang sekali. Campurkan semua, mix sehingga sebati, bakar dan siap!

Anak-anak mesti suka dengan resipi biskut ini kerana rasanya sama seperti chocolate cookies ala famous amos.

Resipi yang dikongsikan Norita Farish Indah ini, boleh dihidangkan buat keluarga sebagai kudapan petang. Jika nak kurangkan manis, boleh kurangkan kuantiti gulanya.

 

CHOCOLATE COOKIES ALA AMOS

Cara Buat Choc Cookies Paling Senang, Rasanya Rangup Sekali 

Ads

BAHAN-BAHAN:

250gm unsalted pure butter (mesti sejuk tapi lembut) – beli online di sini
140gm minyak jagung – beli online di sini
1 sudu teh garam halus
330gm gula perang (saya guna 250gm) – beli online di sini
2 biji telur B
1 sudu teh esen vanilla
½ sudu teh emulco coffee (pilihan)
3 sudu besar susu tepung full cream
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar susu cair – beli online di sini
50gm serbuk badam (kalau ada letak, kalau tak ada tak payah, boleh kisar badam biasa tu)
500gm tepung gandum (saya guna baker choice) – beli online di sini
2 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
1 sudu teh soda bicarbonat
1 cawan almond nips
1 cawan chocolate chip (saya guna milk comp choc) | dipotong dadu

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan unsalted pure butter, minyak jagung, garam halus dan gula perang. Putar sehingga gula hancur.
2. Kemudian, masukkan telur, esen vanilla dan emulco coffee. Putar lagi.

Cara Buat Choc Cookies Paling Senang, Rasanya Rangup Sekali 
3. Masukkan susu tepung full cream, serbuk koko, susu cair dan serbuk badam. Putar lagi sehingga sebati.
4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum, tepung jagung, soda bicarbonate, almond nips dan chocolate chip/milk comp choc.

Cara Buat Choc Cookies Paling Senang, Rasanya Rangup Sekali 
5. Mixer asal sebati ja tapi jangan putar lebih lama.
6. Alas baking paper atau guna alas macaroon tu lagi senang. Guna piping bag, pipe ikut selera.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Cara Buat Choc Cookies Paling Senang, Rasanya Rangup Sekali 
7. Saya buat yang ni buat besar-besar juga, dapat dalam 200 keping.
8. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 140C selama 25 minit.

Ads

Kredit resipi: Norita Farish Indah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Buat Sendiri Ayam Madu Sira, Memang Sedap Menjilat Jari! 

Cara Masak Gulai Lemak Kuning Telur Itik, Senang Sangat!

Ads

Cara Buat Mango Float Cair Di Mulut & Sedap Ala Aiskrim

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI