Selalu hidangan churros ini didapati dalam bentuk jejari tapi sebenarnya boleh juga jika dijadikan bulat atau bebola. Lagi mudah menikmatinya. Hidang pula dengan sos coklat pekat likat, tambah sedap.
Cara buat churros bulat dengan sos likat
Bahan-bahan
200 g tepung gandum
400 g air
35 g butter Anchor
2 biji telur
1 1/2 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam
Bahan sos coklat likat
300 g susu cair
3 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
80 g milk choc Beryls (dark pun boleh)
Cara membuat:
1. Dalam kuali , satukan air, butter, garam & gula. Masak hingga mendidih.
2. Kecilkan api, masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang sebati.
Ads
3. Alihkan doh ke dalam bekas , masukkan 2 biji telur dan mix hingga sebati (boleh guna mixer). Kalau nak sebatikan guna senduk pun boleh, cuma memerlukan lebih tenaga.
4. Dah sebati, masukkan dalam piping bag. Guna Nozzle 9 F untuk hasilkan bentuk bebola.
5. Jika nak guna nozzle lain pun boleh . Jika nozzle kecil, churros akan jadi memanjang tapi rangup. Jika nozzle besar, churros akan jadi montok, rangup di luar, lembut berongga di dalam.
Ads
6. Guna api sederhana Bila minyak dah panas, paipkan adunan sepanjang 1 inci & potong dengan gunting. Buat sampai penuh kuali.
7. Pastikan minyak tidak terlalu panas ketika mula paip. Supaya churros tidak overcooked kat luar, dalam tak masak. Churros juga akan “pecah” jika suhu awal terlalu panas.
Selain hidangan utama dan bermacam jenis biskut dan cookies, pastri seperti tart, pai dan denish juga menjadi pilihan sebagai hidangan meraikan tetamu untuk minum petang yang istimewa. Kalau korang suka, bolehlah cuba beberapa jenis pastri, pemanis mulut yang sedap dan mudah disediakan ini ye…
STRAWBERRY TART
BAHAN-BAHAN:
KULIT TART:
340gm butter
100gm gula Icing
2 biji telur gred C
580 gm tepung
1 sudu kecil vanila
BAHAN INTI:
250gm susu
50gm gula
40gm tepung Jagung
4 biji telur kuning
100gm non dairy whipping cream
Buah strawberi | hiris untuk hiasan
CARA MEMASAK:
. Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
Canaikan dan masukkan dalam acuan.
Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak atau kulit tat kekuningan.
Untuk menyediakan filing kastard, satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padam api, tambah mentega dan esen vanla, kacau rata dan biar sejuk.
Tuangkan dalam kulit tart, kemudian hias dengan buah strawberi dan rasberi di atasnya.
CHOCOLATE BUTTERSCOTCH TART
BAHAN-BAHAN:
KULIT TART:
340gm butter
100gm gula Icing
2 biji telur gred C
580 gm tepung
1 sudu kecil vanila
BAHAN INTI CHOCOLATE BUTTERSCOTCH
30ml krim tenusu
30ml susu
150gm chocolate butterscotch
BAHAN INTI DARK CHOCOLATE:
50ml krim tenusu
50ml susu
250gm coklat gelap
1 sudu makan mentega
BAHAN HIASAN:
Sedikit parutan Butterscotch
Sedikit hirisan buah Tin sega
CARA MEMASAK:
Gaul bersama mentega, tepung, gula ising, serbuk koko dan coklat emulco.
Masukkan telur dan uli hingga sebati.
Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
Canaikan dan masukkan dalam acuan.
Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat inti chocolate butterscotch dan inti dark chocolate, campurkan semua bahan inti dalam periuk.
Kacau atas api perlahan selama lima minit sehingga semua bahan sudah sebati.
Biarkan mereneh seketika.
Tutup api dan biarkan sejuk, baru masukkan dalam kulit tart.
Simpan dalam peti sejuk.
Sebelum hidang, hias di atasnya dengan hirisan Butterscotch dan buah Tin.
BLUEBERRY CHEESE TART
BAHAN-BAHAN:
KULIT TART:
340gm butter
100gm gula Icing
2 biji telur gred C
580 gm tepung
1 sudu kecil vanilla
BAHAN INTI:
200gm cream cheese
40gm gula icing
20gm mentega
1 sudu makan jus lemon
70gm non dairy whipping cream
Buah Blueberry | hiasan di atas
CARA MEMASAK:
Gaul bersama mentega, tepung, gula ising, serbuk koko dan coklat emulco.
Masukkan telur dan uli hingga sebati.
Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
Canaikan dan masukkan dalam acuan.
Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
Untuk menyediakan Inti, Putar krim keju bersama sama gula kastor sehingga kembang.
Masukkan telur dan vanilla dan puri mangga, pukul lagi hinggga kembang dan sebati.
Tuangkan ke dalam kulit tart yang telah dibakar.
Bakar lagi pada suhu 160C sehingga masak.
Hiasan di atasnya dengan hirisan mangga
MANGGO CHEESE TART
BAHAN-BAHAN:
CENGKERANG TART:
580gm tepung gandum
340gm mentega
100gm gula ising
2 biji telur gred C
1 sudu teh vanilla
BAHAN INTI:
250g krim keju
50g gula kastor
1 biji telur gred B
1/2 sudu teh esen vanila
2 sudu makan puri mangga
BAHAN HIASAN:
1 biji mangga harum manis | dadu kecil
1 biji buah kiwi | hiris
CARA MEMASAK:
Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
Canaikan dan masukkan dalam acuan.
Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak atau kulit tat kekuningan.
Untuk menyediakan Inti, Putar krim keju bersama sama gula kastor sehingga kembang.
Masukkan telur dan vanilla dan puri mangga, pukul lagi hinggga kembang dan sebati.
Tuangkan ke dalam kulit tart yang telah dibakar.
Bakar lagi pada suhu 160C sehingga masak.
Hiasan di atasnya dengan hirisan mangga
RASPBERRY PUFF
BAHAN-BAHAN:
1 paket pastry puff segera
Jam strawberri secukupnya
Krim keju segera
Buah Raspberry secukupnya | untuk hiasan
1 biji kuning telur
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Pastri puff di potong segi empat
Kemudian letakkan jam raspberry di tengah sebelum di lipat.
Susun dalam dulang pembakar, kemudian sapukan di atasnya dengan kuning telur yang dicampurkan satu sudu kecil air).
Masukkan dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan. Bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.
Setelah masak, hias atasnya dengan krim keju dan buah raspberry segar.
Puff sedia dihidangkan.
PEACH COBBLER PUFF
BAHAN-BAHAN:
1 paket pastry puff segera
Krim keju segera
Buah peach | untuk hiasan
1 biji kuning telur
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Pastri puff di potong segi empat kemudian belah empat kemudian lipatkan bertentangan supaya membentuk seperti kipas.
Susun dalam dulang pembakar, kemudian sapukan di atasnya dengan kuning telur yang dicampurkan satu sudu kecil air).
Masukkan dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan. Bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.
Setelah masak, hias atasnya dengan krim keju dan buah peach.
Resipi mudah dan ringkas. Boleh cuba hidangkan buat keluarga tercinta.
BAHAN-BAHAN:
6 cawan tepung gandum
1 ½ cawan susu suam
2 sudu makan pes keladi
¾ cawan gula
11gm yis
3 biji telur (saiz A)
¼ cawan mentega
Sedikit cucu cair untuk sapuan
Sedikit kelapa parut kering
CARA MEMASAK:
Campurkan yis, pes keladi dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda. Gris susu cair di atas permukaan doh dan tabur kelapa parut.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.