Makan

Cara Buat Churros Bulat Montok Yang Rangup Bersama Sos Coklat Pekat Likat

Share

Selalu hidangan churros ini didapati dalam bentuk jejari tapi sebenarnya boleh juga jika dijadikan bulat atau bebola. Lagi mudah menikmatinya. Hidang pula dengan sos coklat pekat likat, tambah sedap.

Cara buat churros bulat dengan sos likat

Bahan-bahan

200 g tepung gandum
400 g air
35 g butter Anchor
2 biji telur
1 1/2 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam

Bahan sos coklat likat

300 g susu cair
3 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
80 g milk choc Beryls (dark pun boleh)

Cara membuat:

1. Dalam kuali , satukan air, butter, garam & gula. Masak hingga mendidih.

2. Kecilkan api, masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang sebati.

3. Alihkan doh ke dalam bekas , masukkan 2 biji telur dan mix hingga sebati (boleh guna mixer). Kalau nak sebatikan guna senduk pun boleh, cuma memerlukan lebih tenaga.

4. Dah sebati, masukkan dalam piping bag. Guna Nozzle 9 F untuk hasilkan bentuk bebola.

5. Jika nak guna nozzle lain pun boleh . Jika nozzle kecil, churros akan jadi memanjang tapi rangup. Jika nozzle besar, churros akan jadi montok, rangup di luar, lembut berongga di dalam.

6. Guna api sederhana Bila minyak dah panas, paipkan adunan sepanjang 1 inci & potong dengan gunting. Buat sampai penuh kuali.

7. Pastikan minyak tidak terlalu panas ketika mula paip. Supaya churros tidak overcooked kat luar, dalam tak masak. Churros juga akan “pecah” jika suhu awal terlalu panas.

8. Goreng hingga kuning keemasan. Toskan.

Cara membuat sos coklat

1. Satukan susu cair, serbuk koko, tepung jagung & gula (kecuali coklat)

2. Nyalakan api. Guna api sederhana. Kacau hingga sebati, pekat & meletup letup.

3. Masukkan coklat , kacau hingga coklat cair & sebati. Padam api. Sejukkan & sedia digunakan.

Resipi: Shima Bakar

 

IKLAN