Sesetengah dari kita ada yang alah terhadap cuka buatan / tiruan. Asal makan je, pasti perut rasa sakit. Jadi, cuba resipi Cili Jeruk homemade perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni. Menurut beliau, resipi cili jeruk ni menggunakan bahan organik seperti cuka epaldan madu sahaja. Malah boleh juga ganti dengan cuka delima. Hasilnya, cili jeruk yang dihasilkan mempunya rasa lebih sedap, rangup dan peram dalam 5 jam sahaja dah boleh makan. Malah jika simpan selama beberapa hari pun, tekstur cili jeruk masih rangup dan sedap. Best kan? Jom cuba!
CILI JERUK HOMEMADE TANPA GUNA CUKA TIRUAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masak air dalam cerek hingga mendidih. Pada masa yang sama, potong cili ikut bentuk yang dikehendaki.
2. Letak cili dalam bakul berlubang dan basuh. Alirkan air supaya biji cili boleh keluar.
3. Masukkan potongan cili ke dalam mangkuk atau bekas dan tuang air panas. Biar terendam dalam 10-15 minit. Toskan.
4. Dalam botol kaca atau bekas bersesuaian, bancuh madu bersama cuka epal. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan hirisan cili hijau yang telah direndam air panas tadi. Mampatkan.
6. Tambah air suam anggaran 1/4 dari kandungan botol. Tambahkan juga secubit garam asli/Himalaya/pink. Tabur dalam botol atau bekas berisi cili tadi.
7. Tutup botol dan goncang untuk melarutkan garam.
8. Biar selama 5 jam dan bolehlah dinikmati.
Kredit resipi & foto: Norashikin Bt Hasan