Cili kisar ni, mak mertua yang ajar. Dia dulu seorang peniaga nasi berlauk dan mi yang dijual di kedai makan di Singapura. Memang wangi aroma tumisan cili ni bila dimasak,senang, ringkas dan mudah bila-bila masa nak guna. Bila dah ada cili kisar macam ni,nak buat lauk jenis sambal,masak kicap, rendang,jenis-jenis bergoreng seperti mi, semua jadi mudah. Cili kisar ni boleh tahan selama satu bulan,tidak berbau,ia juga kurang pedas.Dekat sini saya sharekan caranya dan rahsia masak sambal sotong yang sedap.
BAHAN-BAHAN:
150gram cili kering kerinting
2 labu bawang putih
5 biji bawang besar
2 cm halia
1 batang serai
1 cm kunyit
4 sudu besar minyak masak
TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
CARANYA:
1)Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut.
2)Apabila sudah lembut,tos airnya dan bilas cili yang telah direbus tadi.(sebab dekat cili kering kadang-kadang ada warna-warna hitam,serbuk-serbuk putih,kadang-kadang pun ada ulat.
3)Kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar
4)Masukkan kesemua bahan,kisar dengan sedikit air dan minyak.Kisar sehingga lumat.
*(kenapa letak minyak?membantu cili kisar tahan lama,tidak berbau dan bila kisar,cilinya tidak berbiji serta cilinya betul-betul hancur.
5)Simpan ke dalam bekas Dan masukkan dalam peti sejuk.
Cara Masak Sambal Sotong Agar Tak Kecut
1.Didihkan air ,masukkan sotong.Masak 4-5 minit.
Angkat Dan toskan sotong. Saya Guna 500gram sotong.
2.Masukkan satu senduk cili kisar tadi.Masak sehingga pecah minyak dan sehingga cilinya masak. Semasa masak cili ni,memang bau tumisan tu harum saja.
3.Apabila sudah pecah minyak,masukkan sehelai daun limau purut, satu sudu perahan air asam jawa.
4.Masukkan gula,garam,serbuk belacan dan Knorr.Gaul sebati.
5.Masukkan sotong dan dua sudu besar santan.
Kenapa masukkan santan?sebab nanti sambalnya akan rasa berlemak dan sedap.
6.Siap untuk dihidang.
Sumber : Nurul Ateekah