
Sedapnya Cinnamon Roll ni. Biasanya kalau teringin nak makan, kenalah beli. Tapi menerusi perkongsian saudara Adri Oppa ni, puan-puan boleh buat sendiri. Lebih istimewa lagi resipi ini sangat mudah dan tak perlu adun guna mixer pun. Guna tangan je. Hasilnya? Tentulah gebu. Memang berbaloi.
CINNAMON ROLL SEDAP & MUDAH. ULI GUNA TANGAN JE
BAHAN A:
- 3 1/2 cawan tepung gandum / tepung roti
- 1/4 cawan gula halus
- 2 sudu teh yis
- 1 biji telur A
- 1/4 cawan mentega
- 1 1/4 cawan susu segar
- 1-2 cubit garam
BAHAN-BAHAN LAIN:
- 1 cawan kismis/buah campuran – dicincang
- 1 cawan gula merah + 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1/2 cawan mentega cair
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, gula halus, garam dan mentega. Gaul guna hujung jari (kaedah ‘finger tip’) sampai mentega bergaul rata dengan tepung. Masukkan yis.
2. Masukkan telur dan susu segar. Adun dan uli dengan tangan hingga jadi doh dan tidak melekat pada mangkuk.
3. Rehatkan doh selama 30 minit kemudian leperkan doh menjadi bentuk petak. Pastikan doh tidak terlalu nipis.
4. Sapukan mentega cair diatas doh dan tabur gula merah yang telah digaul dengan serbuk kayu manis. Ratakan.
5. Taburkan juga kismis/buah campuran. Gulung doh seperti membuat kek gulung.
6. Kelim @ matikan bahagian hujung doh. Potong doh dengan ketebalan yang sekata.
7. Susun doh di atas loyang dan letak seperti dalam gambar di bawah.
8. Rehatkan doh sehingga kembang seperti dalam gambar.
9. Bakar doh pada suhu 180C selama 25-30 minit sehingga keperangan atau sedikit kecoklatan.
10. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Adri Oppa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Roti Pelbagai Perisa Tidak Menjemukan

Alangkah enaknya jika dapat menikmati roti dan ban bersama keluarga. Lebih-lebih lagi jika ia hasil air tangan sendiri. Kali ini RASA kongsikan enam jenis roti dan ban untuk anda cuba sendiri di rumah.
ROTI SERUNDING AYAM
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
300gm chicken floss (bahan inti)
BAHAN SAPUAN PADA ROTI:
1 sudu makan susu cair
1 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali chicken floss. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
- Tabur kata chicken floss di atas doh. Gulung doh dan potong sepanjang 3 inci.
- Ambil loyang dan oleskan sedikit mentega. Susun doh-doh yang telah dipotong tadi. Biarkan seketika hingga roti tadi mengembang.
- Untuk membuat sapuan di atas roti; satukan susu cair dan kuning telur dan kacau sekata. Sebelum bakar, sapu sedikit campuran kuning telur dan susu cair tadi pada bahagian atas roti.
- Bakar selama 15 minit pada suhu 170C (bergantung pada oven masing-masing).
- Keluarkan dan sedia dinikmati panas-panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Lemak roti dan chicken floss yang seimbang
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM14
Info chef: Sapuan pada roti adalah untuk mencantikkan roti setelah dibakar nanti.
ROTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
BAHAN-BAHAN (INTI):
150gm kacang merah |direndam
100gm gula pasir
20ml minyak masak
CARA MEMASAK:
- Rebus kacang merah yang telah direndam tadi sehingga hancur (lembut)
- Masukkan gula dan minyak masak. Tutup api dan sejukkan. Ketepikan.
- Campurkan kesemua bahan untuk roti. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
- Bulatkan inti kacang merah tadi sekitar 40gm setiap satu.
- Ambil doh roti kira-kira 50gm setiap satu dan masukkan inti kacang merah ke dalam doh roti. Canai memanjang dan toreh memanjang pada doh tadi.
- Kemudian gulung dan letakkan di atas loyang. Ulangi langkah hingga selesai.
- Biarkan seketika sehingga doh mengembang sekata.
- Sapukan kuning telur di atas permukaan roti dan tabur bijan sebagai hiasan jika mahu.
- Bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan: Keenakan inti kacang merah
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Rebus dan bakar
Anggaran kos: RM13
Info chef: Jika mahu inti kacang merah lebih manis, boleh tambah lebih gula.
ROTI BUTTERSCOTCH DWI WARNA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
Sedikit pewarna ungu
BAHAN UNTUK BUTTERSCOTCH:
200ml krim putar
150gm gula perang
10gm mentega
- Campurkan kesemua bahan untuk roti. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
- Bahagikan doh roti kepada dua bahagian. Warnakan ungu pada satu bahagian.
- Masukkan adunan berwarna ke dalam adunan tanpa warna. Leperkan setebal 1 inci. Kemudian gunting tetapi jangan sampai putus untuk mendapatkan bentuk roti.
- Setelah doh roti kembang, bakar roti selama 10 minit pada suhu 170C.
- Angkat dan keluarkan. Sapukan mentega pada bahagian atas roti yang panas. Ketepikan.
- Untuk membuat sos butterscotch; cairkan gula perang, perlahankan api. Masukkan krim putar ke dalam gula perang tadi. Kacau sebati, dan tutup api. Kemudian masukkan mentega.
- Sedia dihidangkan bersama roti.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Sos butterscotch yang sedap
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Reneh dan bakar
Anggaran kos: RM15
Info chef: Anda boleh gunakan pewarna yang anda sukai.
ROTI KEJU
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
4 keping keju
1 biji kuning telur |sapu di atas roti
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
- Bahagikan doh kepada 50gram setiap satu.
- Setelah itu, lipat kepingan keju kepada empat. Masukkan keju ke tengah-tengah roti.
- Leperkan setebal ½ inci dan letakkan ke dalam acuan yang telah dilapik kertas kek cawan. Ulangi langkah hingga doh selesai.
- Biarkan doh mengembang. Sapu kuning telur pada doh roti dan bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
- Keluarkan dan sedia dihidangkan panas.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Lemak keju
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah lebih keju jika suka.
CHICKEN SLICE ROSE
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
Kepingan ayam secukupnya |potong bentuk tiga segi
Sedikit mentega
1 biji kuning telur |sapu di atas roti
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
- Bahagikan adunan kepada 30gram setiap satu.
- Gentel doh tadi jadi memanjang dan lebar 1 inci. Susun lima kepingan kecil kepingan ayam tadi di atas doh.
- Lipat doh dan susun di dalam loyang yang telah dioles sedikit mentega.
- Ulangi langkah hingga selesai.
- Biarkan doh mengembang dan sapu kuning telur dan bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
- Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Kepingan ayam tambah kesedapan roti
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM13
Info chef: Enak dimakan bersama sos cili atau sos tomato.
BAN SOSEJ
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
UNTUK ANYAMAN:
2 batang sosej |belah tiga
UNTUK SAPUAN DI ATAS ROTI:
1 biji kuning telur
Sedikit mentega
Sedikit serbuk oregano
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
- Toreh doh kepada tujuh bahagian. Sulam sosej seperti membuat anyaman.
- Biarkan doh mengembang. Sapukan kuning telur di atasnya dan tabur sedikit serbuk oregano di atasnya.
- Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C.
- Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit mentega. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak roti dan keenakan sosej
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM13
Info chef: Anda boleh sosej ayam atau roti mengikut kesukaan masing-masing.
Resipi: Terima kasih Nor Azizah Ghazali, Shah Alam Selangor
https://www.rasa.my/apam-kampung-disukai-ramai/
Resipi Capati Asli. Mudah & Cepat Disediakan.

Anda boleh mencampurkan 1-2 sudu makan yogurt asli ke dalam adunan roti untuk rasa masam yang lebih enak. Capati ini enak dinikmati bersama Kari Ayam Masala atau tandoori.
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg tepung atta
- 25 gm marjerin
- 1 sudu makan minyak
- 125 ml susu segar
- 250 ml air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan-bahan tersebut dalam bekas adunan. Gaul rata dan uli sehingga menjadi doh. Biarkan selama setengah jam.
- Bulatkan kecil-kecil dan dileperkan.
- Panaskan kuali tanpa menggunakan minyak. Goreng capati tadi sehingga garing dan warnanya kekuning-kuningan.
- Akhir sekali, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Pizza Sedap 100% Homemade. Ikut Cara Step By Step Gerenti Jadi!

Musim rumah terbuka masih berlanjutan, hidangan apa yang nak di buat selain menu tradisi wajib rendang, lemang dan ketupat. Apa kata cuba buat sendiri pizza 100% homemade mesti teruja tetamu, keluarga dan saudara mara untuk merasainya. Selamat mencuba!
PIZZA HOMEMADE
Penyediaan ada 3 bahagian :
1. Doh
2. Sos
3. Topping
Ikut langkah-langkah di bawah untuk setiap bahagian.
Bahan-bahan untuk doh:
1. 3/4 cawan air
2. 1 sk yis mauripan
3. 2 cawan tepung gandum, lebih jika perlu
4. 1 1/2 sk garam
Cara-cara:
1. Campur yis dengan air, tunggu hingga yis mengembang
2. Gaul tepung dengan air bercampur yis tadi
3. Masukkan garam
4. Uli tepung 10 minit (kalau tak pakai mixer)
5. Masukkan adunan ke dalam bekas dan tutup dengan kain – biar 2 jam
6. Selepas 2 jam, dh bole start guna
7. Tips – bole buat lebih dan simpan dalam freezer, kira macam doh segera la nanti, boleh tahan 3 bulan
Bahan-bahan untuk sos:
1. 2 ulas bawang putih (chopped)
2. 1/2 biji bawang holland (chopped)
3. 1/2 tin sos prego tradisi
4. 1 sk oregano (kering)
5. 1 sk basil (kering)
6. 1 helai daun bay
7. 1 sb butter
8. Chicken stock
Cara-cara:
1. Cairkan butter
2. Tumis bawang putih dan bawang holland
3. Bila dah lembut, masukkan sos prego
4. Masukkan oregano dan basil
5. Lepas 5 minit masukkan chicken chicken stock
6. Gaul, rasa, ngam? Ok dah siap
Topping (ikut selera)
Sy peminat super supreme, jd di bawah adalah topping pilihan :
1. Cheese mozarella
2. Cendawan shitake (hiris)
3. Bawang holland (potong dadu)
4. Capsicum hijau dan merah (hiris)
5. Beef pepperoni
6. Black olive (saya tak letak sebab tak jumpa kat kedai)
Penyedian untuk 3 bahagian dah pun selesai.
Cara-cara untuk start mempizza, ikut turutan yang betul:
1. Pre heat oven 180°c
2. Sapu planta atas pan, canai doh letak atas pan, cucuk doh guna garfu
3. Sapu sos
4. Tabur cheese mozarella
5. Tabur cendawan shitake
6. Tabur bawang holland
7. Tabur capsicum hijau dan merah
8. Susun beef pepperoni
9. Tabur sikit je lagi cheese mozarella
10. Masuk oven 20 minit ke 30 minit
Dah siap……
Kongsi resipi: Mohd Afyf