Kalau ada anak anak di rumah, makanan memang kena sentiasa ada.Biasanya bila dah makan makanan berat, mereka mahukan jajan pula. Salah satu yang boleh kita buat adalah coklat chip cookies.
Kalau nak buat cookies yang sedap ala ala jenama terkenal Famous Amos yang memang anak-anak suka boleh ikut cara yang dikongsi oleh Norhaidar ini. Bukan saja sedap, cara buat pun senang. Tak payah guna mixer pun.
Bahan-bahan:
250gm butter
1 1/2 cawan brown sugar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 1/2 cawan tepung (saya guna tepung Rose)
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
6 sudu minyak masak
Coklat cip
Badam cincang
Ads
Cara membuat:
Satukan butter, brown sugar, telur dan esen vanila kemudian gaul guna spatula, tak perlu mixer.
2. Selepas adunan sebati masukkan tepung, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonar dan secubit garam.
3. Gaul adunan hingga sebati, kemudian masukkan minyak masak. Gaul lagi.
Ads
4. Seterusnya masukkan coklat chip dan badam cincang. Gaul sebati dan simpan adunan dalam peti sejuk selama setengah jam.
5. Selepas satu jam keluarkan, ceduk agak-agak saiz sudu kecil (sudu KFC) dan susun jarak-jarak. Biarkan adunan kembang.
6. Kemudian bakar dalam oven guna api atas dan bawah, suhu 160 darjah Selsius selama 25 minit ikut kesesuaian oven masing-masing.
Ads
7. Sejukkan biskut yang dah masak dan simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.
Tengok rupa biskut ni alahai nampak comel aje. Macam pisang emas kuning dengan tompokan coklat.
Ni lah biskut pisang atau Banana Cookies ada rupa pisang emas kan, tapi sebenarnya disadur coklat berwarna kuning dan coklat. Tu yang sedap sangat tu. Ada inti kacang pulak tu. Ni resepi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria. Jom semak resipi biskut sedap ni.
BANANA🍌 COOKIES🍪
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
170gm mentega
60gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen pisang
* Kacau dengan senduk sahaja semua bahan-bahan di atas
Bahan B :
300gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm susu tepung
Bahan inti :
Kacang tanah secukupnya | disangai dan ditumbuk
Gula secukup rasa
* Campurkan dan gaulkan sekali
CARA MEMASAK : 1. Ayak semua bahan., masukkan ke dalam bahan A.
2. Uli sampai jadi doh, kalau nak sama besar timbang doh 15gm tiap satu
3. Masukkan inti kacang tanah yang dicampur dgn gula
4. Bentukkan doh jadi bentuk pisang
5. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 30 minit
Bahan Coklat
Coklat putih dicampur beberapa titik pewarna lemon kuning
Dark coklat
* Masak coklat guna kaedah ‘double boil’,celup biskut satu-satu dalam coklat kuning, coklat dah keras baru sapu dark coklat.
Kek Sarang Semut adalah salah satu dari kek tradisional yang menjadi kegemaran ramai masa hari raya. Dari orang dewasa hinggalah kanak-kanak. Semua sukakan rasanya. Nak buat pun tak susah. Bagi anda yang nak cuba buat kek ini tetapi tak ada ketuhar? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Ella Suhaila ini. Hanya masak guna pemanggang ajaib. Memang mudah! Hasilnya pun nampak sempurna. Jom cuba!
KEK SARANG SEMUT/GULA HANGUS
BAHAN GULA HANGUS:
1/2 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar margerin atau mentega
CARA-CARA:
Buat gula hangus. Bila gula dah cairatau perang,masukkan air panas (hati-hati nanti gula melompat @ merecik)
Bila dah mendidih, masukkan margerin atau mentega. Sebatikan dan padam api.
BAHAN KEK:
4 biji telur
1/3 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar soda bikarbonat
1 cawan tepung naik sendiri
CARA MEMASAK:
Kacau sebati telur,susu, esen vanilla & soda bikarbonat. (empunya resipi hanya kacau guna garfu je. Kacau-kacau manja, pusing 1 arah).
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kacau sampai tepung sebati.
Masukkan gula hangus yang masih panas dalam adunantepung dan kacau lagi.
Lapik dasar pemanggang ajaib dengan aluminium foil. Oles sedikit margerin padaaluminium foil.
Tapis adunan ke dalam pemanggang. Bakar menggunakan api kecil selama 20-30 minit atau hingga kek masak.
Sedia untuk dinikmati.
NOTA:
Gandakan adunan supaya kek memenuhi pemanggang ajaib.
Adunan tidak perlu diperap.
Bakar hanya menggunakan pemanggang ajaib. Guna api kecil sahaja.
Menu kek antara yang digemari dan mudah disediakan. Rata-rata menyukai kek zaman mak kita dulu bukan hanya mudah buat malah tidak menjemukan. Boleh ikut langkah yang dikongsikan ini.
Bahan-bahan:
Step 1
Mixkan bahan dalam mangkuk hijau hingga kembang/gebu (10-15 minit)
Step 2
Masuk telur 1 by 1 sampai habis. Mix hingga sebati.
Step 3
Masukkan tepung sikit² hingga habis (TJ kebushkan saja sekali gus😂). Mix sebati.
Step 4
Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 campurkan 2 sudu kecil serbuk koko. 1 lagi biarkan ori.
Masukkan selang seli 2 adunan ni ke dalam loyang sampai abes. Kali ni TJ taburkan choc chip (sesekali mengkhianat resepi 😝)
Panas kan oven 200c 15minit (kenali oven memasing, oven TJ jenis lambat panas🥴)
Step 5
Bakar 180c 45-50 minit. Dah ada bunyi keting keluarkan dan terbalikkan atas redai. Lepas tu terbalikkan semula.
Ok kek dah ready untuk di ngap. Kek paling mudah nak buat. Kalau malas memang jadi susah.😂🤣
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.