Cara Buat Cream Cheese Homemade Guna 2 Bahan.

Share

Wow…Rupanya kita boleh buat krim keju @ cream cheese secara homemade. Guna keju cheddar dan susu je. Memang sangat mudah resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni. Lepas ni kalau nak buat kek atau manisan tapi kehabisan cream cheese, bolehlah cuba resipi ni. Memang memudahkan kerja.

 

CARA BUAT CREAM CHEESE HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm keju cheddar
  • 120ml susu UHT

CARA MEMASAK:

  1. Parut keju cheddar dan masukkan ke dalam bekas tahan panas. Kemudian masukkan susu.
  2. Panaskan keju menggunakan kaedah double-boiler dan api yang kecil.
  3. Kacau keju supaya sekata. Bila keju mula larut dan pekat, padamkan api.
  4. Ketepikan bekas berisi campuran keju tadi dan biarkan sejuk seketika.
  5. Bila keju sudah suam, tuang ke dalam mesin pengisar (blender) dan kisar dengan lembut.
  6. Krim keju siap untuk digunakan. Bolehlah letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.

INFO:

  • Pastikan guna susu UHT. Jangan guna susu pekat manis atau susu cair.
  • Sukatan resipi diatas adalah untuk hasil 200gm cream cheese homemade.
  • Simpan cream cheese dalam bekas berpenutup serta letak dalam peti sejuk.
  • Cream cheese homemade ini boleh tahan selama 1-3 hari.

 

Kredit resipi & foto: Ig Mak Frida @fridajoincoffee

Published by
Nur