Cucur Jagung ini tentunya disukai ramai. Nampak sangat sedap dan cara membuatnya juga cukup mudah. Bulat elok bila digoreng. Makan panas-panas, memang layan ni. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ana Mariana Ismail ni. Pasti anda akan sukakannya.
CARA MEMASAK: 1.Kupas kulit jagung pastu hiris isi jagung. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
2. Masukkan tepung gandum. Jumlahnya agak-agak padan dengan bahan-bahan lain sahaja. 3. Masukkan juga bawang besar, isi udang (boleh ganti dengan ikan bilis), serbuk kunyit, garam, gula, sedikit serbuk pati ikan bilis, cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh, ikut selera sendiri) dan telur.
4. Bancuh adunan cucur jangan terlalu pekat atau cair. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang senang nak dijemput dengan jari.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng adunan cucur menggunakan api sederhana hingga garing dan keemasan.
6. Angkat, toskan minyak dan nikmatinya bersama sos cili.
Sedapnya Ayam Bistik perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni. Jika anda dan keluarga sukakan menu yang bersos, nah…lauk sebegini tentunya sangat sesuai untuk anda. Bahan-bahannya mudah didapati malah rasanya juga enak sekali. Andai tiada ayam, boleh sahaja gantikan dengan telur ataupun daging. Sama sedapnya. Enak dimakan bersama nasi dan juga roti benggali. Jomlah cuba! Anda pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Cincang atau kisar isi ayam hingga lumat. 2.Kemudian satukan dengan tepung jagung, serbuk lada sulah dan telur. Gaul rata dan biarkan sekejap. 3.Bulat-bulatkan adunan dan goreng dengan sedikit minyak dalam non-stick pan hingga kekuningan. 4.Angkat dan ketepikan seketika. BAHAN KUAH BISTIK:
1.Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kekuningan. Ketepikan. 2.Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat. Panaskan sedikit minyak dan tumis hingga naik bau. 3.Masukkan lada hitam tumbuk dan kesemua jenis sos. Kacau rata dan masukkan air, kiub ayam, gula dan garam dengan secukup rasa. 4.Masukkan isi ayam dan kentang goreng tadi. Biarkan kuah mendidih. 5.Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sesekali biar rata. 6.Masukkan hirisan cili merah, buah tomato dan kacang peas atau mix vege. Masak sampai kuah nampak sedikit pekat. 7.Hiaskan dengan hirisan daun sup hiris. Siap. Ayam Bistik juga sedap dimakan bersama roti benggali. Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
Drummet ayam dan peha memang jadi kegemaran tiap kali bila dihidangkan sajian ayam . Ni dia resipi yang sangat mudah dan sedap untuk tetamu anda, boleh diratah begitu sahaja.
1. DRUMMET GORENG MENTEGA MADU
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet ayam | dibersihkan dan tos
10gm serbuk lada sulah
10gm garam
10gm sos tiram
250gm mentega
1 biji bawang besar | dimayang
2 biji cili besar | dihiris nipis
1 tangkai daun kari
3 sudu makan madu
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.
Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.
Panaskan mentega, goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga garing.
Taburkan di atas ayam goreng.
Akhir sekali tuangkan madu di atas gorengan ayam.
INFO CHEF: Enak dihidangkan panas-panas.
2. DRUMMET GORENG PEDAS ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet | bersihkan dan toskan
10gm bawang putih | dikisar
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Bahan Sos Pedas
50gm cili padi | dikisar
50gm cili merah | dikisar
30gm bawang merah | dikisar halus
3 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang merah | dikisar halus
Sedikit gula
Sedikit gula dan madu
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan drummet dengan bawang putih, garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng drummet hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.
Sebelum diangkat, masukkan garam, gula dan madu secukup.
Tuangkan sos di atas ayam tadi.
INFO CHEF: Jika tidak ada drummet boleh gunakan ayam bahagian lain.
3. AYAM KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
10ketul drumstick | dibersihkan dan tos
2sudu makan serbuk kari
Rempah penumis | kulit kayu manis dan bunga lawang
2 biji cili hijau |dibelah dua
1 biji bawang besar | dihiris bulat
3 ulas bawang merah | dimayang halus
3 ulas bawang putih |dimayang halus
3cm halia muda | mayang halus
1 batang serai titik
1 tangkai daun kari
1 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang bersama rempah penumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan rempah, gaul rata dan masukkan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, serai dan daun kari.
Masukkan pula kicap pekat dan kicap manis, garam dan gula secukupnya.
Setelah secukup rasa, masukkan ayam goreng bersama cili hijau. Gaul rata.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Ayam kicap perempah enak dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.
4. AYAM GORENG NESTUM
BAHAN-BAHAN-BAHAN:
5 ketul drumstick – bersihkan dan tos
Sebiji telur
Garam secukupnya
Lada sulah
300gm serbuk nestum
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam bekas berisi drumstick.
Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain nestum boleh juga gunakan cornflaks. Tetapi cornflaks perlu dikisar kasar sebelum digaul dengan ayam.
5. AYAM LEMON
BAHAN-BAHAN:
6 ketul paha ayam
2 biji lemon
3 sudu makan madu
2 sudu teh Rosemary kering
½ sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
3 sudu makan minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
Bancuh minyak zaitun bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam. Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair. Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.
Kadangkala buntu juga untuk memikirkan menu pagi yang tidak menjemukan dan anak-anak pun suka makan. Selain menu berat boleh buat menu sihat dan mengenyangkan ini. Sangat mudah dan bahan-bahannya senang untuk didapati. Kombinasi ubi kentang dan keju mozarella sungguh menyelerakan.
BEBOLA KENTANG CHEESE
3biji kentang
2biji telur(sebiji pun boleh)
1tangkai daun bawang
1biji cili merah(dicincang halus)
1cawan tepung gandum
2cawan serbuk roti
1sudu kecil lada hitam/lada sulah
1sudu besar butter
150g keju mozzarella
minyak secukupnya
Cara-caranya:
1.Rebus ubi dan letakkan sedikit garam.
2.Setelah ubi lembut,bolehlah dilenyekkan.
3.Masukkan tepung gandum setelah ubi lumat.
4.Masukkan telur, daun bawang dan butter.
5.Gaul hingga sebati adunan tadi.
6.bentukkan bola dan leperkan untuk letakkan keju mozzarella.
7.Letakkan bebola tadi ke dalam serbuk roti.
8.Sedia untuk digoreng.
9.Setelah kekuningan boleh angat dan toskan minyak.