
Potato Fritters atau Cucur Kentang ni memang sangat mudah dan sedap. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan snek minum petang untuk anak-anak dan suami. Ada pelbagai jenis resipi yang boleh dicuba namun resipi perkongsian saudari Nurul Natasya Tasya ni antara yang terbaik yang boleh dihasilkan. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI CUCUR KENTANG (POTATO FRITTERS) SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji ubi kentang – kupas kulit dan parut
- 4 sudu makan tepung jagung
- 3 sudu makan tepung gandum
- 1 biji telur
- Daun sup/ daun bawang secukupnya
- Sedikit emping cili ( chilli flakes)
- Serbuk lada putih secukupnya
- Serbuk pati ayam secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian. Gaul rata.
2. Biarkan adunan selama 5 minit dan gaul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi basah. Adunan tidak perlu ditambah air kerana air dari ubi kentang akan keluar.
3. Panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Natasya Tasya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Buat Pulut Pagi Untuk Sarapan

Hari raya ni, sedap juga kalau makan pulut kan? Pulut Pagi antara popular dalam kalangan masyarakat Pantai Timur. Hidangan ini menggunakan beras pulut yang dimasak dengan gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Gabungan pulut yang manis lemak kelapa, menjadiakan ia sangat sedap dijadikan menu sarapan minum petang ringkas. Kepada korang yang teringin membuatnya, RASA sharekan resipi dan korang boleh cuba sendiri.
PULUT PAGI
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut | kukus sekurang-kurangnya setengah jam
2 keping gula Melaka | parut
2 helai daun pandan | simpul
BAHAN TOPPING:
1/2 biji kelapa muda | putih saja & gaul dengan sedikit garam
1 sudu makan beras pulut | goreng sangai hingga keperangan
CARA MEMASAK:
- Kukus atau tanak pulut bersama daun pandan sehingga masak.
- Tuangkan dalam bekas, kemudian gaulkan pulut dengan parutan gula Melaka.
- Gaulkan kelapa parut bersama garam, kemudian kukus sekejap.
- Hidangkan pulut dengan kelapa parut dan taburkan beras pulut sangai di atasnya.
Selamat mencuba!
Resipi Donut & Roti Sosej Homemade Gebu. Begini Cara Uli Dohnya

Donut dan Roti Sosej begini sememangnya menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Namun nak menjadikannya gebu dan lembut, ada kalanya susah nak jumpa resipi yang kena dengan selera kita. Nak cuba? Saudari Salimah Olie ada kongsikan satu resipi mudah dan dijamin gebu yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan Donut dan Roti Sosej yang gebu gebas. Wow… Boleh cuba ni. Jom lihat bahan-bahan serta cara penyediaannya.
CARA MEMBUAT DONUT & ROTI SOSEJ HOMEMADE GEBU
BAHAN A:
1 paket yis (mauripan) – beli online disini
2 sudu besar susu pekat manis – beli online disini
1 sudu besar gula
1 cawan air
BAHAN B:
4 cawan tepung gandum – beli online disini
2 sudu besar mentega/marjerin – beli online disini
2 sudu kecil baking powder – beli online disini
1 sudu kecil garam
Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Dalam bekas bersesuaian, campur semua bahan A dan biarkan hingga berbuih dan naik.
2. Kemudian campurkan semua bahan B dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan campuran yis yang telah berbuih tadi sambil diuli hingga sebati.
Tutup doh dengan kain lembab atau cling wrap.
4. Perap hingga doh naik 2 kali ganda.
5. Bila doh sudah naik, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin kemudian terus bentukkan menjadi donut. Untuk membuat Roti Sosej, boleh uli doh dan lilitkan pada sosej.
6. Kemudian boleh terus goreng hingga keemasan guna api sederhana kecil sebab donut cepat garing.
7. Donat boleh digaul dengan gula atau dideko ikut kegemaran.
8. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Salimah Olie
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar teknik buat biskut yang enak? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Biskut Kudap-Kudap
Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
APA YANG AKAN ANDA DAPAT?
* Ketahui teknik hasilkan biskut yang enak
* Berpeluang mulakan bisnes biskut sendiri
* Demo step by step oleh pakar
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
4 Menu Berasaskan Lobak Merah Sungguh Sedap.

Bila sebut lobak merah mesti ramai yang terbayangkan sayur dan paling tidak pun sebagai jus. Tapi cer korang cuba inovasikan lobak merah jadi makanan seperti pancake dan bergedel yang sungguh sedap dan korang patut cuba sebab ia kaya dengan khasiat kesihatan. Rasanya sesuai sangat ni dijadikan hidangan sampingan ataupun kudapan di majlis open house yang bakal korang adakan nanti.
CARROT PANCAKE
BAHAN-BAHAN:
- 1 3⁄4 cawan susu segar
- 2 biji telur
- 1⁄4 cawan mentega
- 4 batang lobak merah | kisar
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 1sudu teh garam
- 4 sudu makan gula
- 2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- 2 sudu teh serbuk buah pala
BAHAN SOS KASTARD:
- 1/2 tin susu cair
- 1/2 cawan air
- 1 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
1 Masukkan susu, mentega dan telur dalam mesin pengisar.
- Kisarnya hingga sebati.
- Masukkan pula lobak merah yang dikisar halus.
- Keluarkan adunan dan masukkan dalam mangkuk.
- Seterusnya masukkan garam dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
- Selepas digaul sebati, tambahkan serbuk kulit kayu manis dan buah pala.
- Adun lagi, dan bancuhan sedia digoreng.
- Panaskan kuali leper dan sapukan dengan sedikit menteg.
- Gunakan senduk bulat sebagai ukuran dan mulakan membuat pancake.
- Lakukan hingga bancuhan habis.
- Sediakan pula sos kastard. Campurkan semua bahan, kacau rata dan renehkan atas api perlahan. Kacau hingga kuah pekat. Tutup api.
- Hidangkan pancake dengan sos kastard
JEJARI LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 4 batang lobak merah | potong memanjang
- 1 sudu garam
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu teh garam halus
- 1 sudu teh herba campuran
- 1 sudu teh bawang putih yang dicincang
- 1 sudu teh serbuk paprika
- Serbuk roti secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Gaulkan jejari dengan semua bahan kecuali serbuk roti dan minyak.
- Perapkan lebih kurang7-10 minit.
- Toskan, kemudian gaulkan dalam serbuk roti.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Goreng jejari kentang hingga garing.
- Sedia dihidangkan dengan sebarang sos yang anda suka.
BEBOLA LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 2 batang lobak merah | kisar & perah airnya
- 1/4 cawan kismis | kisar
- 21/2 cawan badam | goreng sangai, kisar kasar
- 6 biji kurma | cincang halus
- 11/4 cawan kacang pecan| goreng sangai dan kisar kasar
- 1 sudu makan gula perang
- 1/2 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- 1/2 sudu teh serbuk buah pala
- 1/2 cawan bijan | goreng sangai
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kisar di dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan serbuk koko, gula perang serbuk kulit kayu manis dan buah pala.
- Gaul sebati dan bulat-bulatkan sebesar bola pingpong hingga habis doh.
- Salutkan bulatan doh di dalam mangkuk berisi bijan.
- Setelah siap susun dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk.
- Atau boleh sahaja terus hidang bebola lobak merah ini.
BERGEDIL LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan lobak merah yang telah dikisar halus
- 2 batang seleri | cincang halus
- 1/2 cawan bawang besar | cincang halus
- 1/4 cawan serbuk roti
- 2 biji telur | kacau
- 1/2 cawan parseli | cincang halus
- 1 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu makan serbuk lada sulah
- 2 sudu makan mayones
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
- Adun rata dan bentukannya menjadi leper. Buat hingga habis.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali non stick.
- Goreng bergedil dengan api kecil hingga kuning keemasan.
- Setelah habis digoreng, hidangkan bergedil dengan sos yang ada suka.