Cucur udang ini comel rupanya, bulat montel. Tak seperti cucur udang biasa resipinya berbeza sedikit. Udangnya tak diletakkan di atas cucur sebaliknya dipotong kecil dan digaul sekali. Memang lagi terasa enaknya.
Cucur udang ini walau montel tapi ia rangup di luar dan lembut di dalam. Cuma untuk dapat bentuk cucur yang bulat ini ada cara menggorengnya.
1 1/2 cwn (190gm) tepung gandum
1 sd kecik yis segera
1 sd kecik garam
1 1/4 cwn air suam
Tauge, kucai, cili merah
Sedikit serbuk kunyit
8-10 ekor udang sederhana besar – buang kulit dann potong kecil
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Perap selama 20 minit.
2. Rendam senduk bulat dalam minyak sederhana panas, letak adunan cucur dalam senduk (hampir penuh senduk.
3. Masuk senduk dalam minyak dan biar dalam 45 saat sebelum tanggalkan cucur dari senduk.
4. Goreng hingga perang dan toskan.
5. Untuk membuat sos cili, sediakan bahan-bahan;
-3 batang cili merah
-1 biji tomato
-3 ulas bawang putih
-Air
6. Kisar semua bahan, masuk dalam kuali bersama dua sudu besar sos cili, satu sudu besar sos tomato dan sedikit gula. Masak hingga pekat.
Resipi: Nor Izan Mustafar