Cara Buat Dadih Mudah Gerenti Tak Cukup Sebekas

Share

Ada yang menyukai dadih? Sedap dimakan ketika sejuk, nikmat rasanya. Teksturnya lembut. Bila masuk mulut, memang puas makan.Anak-anak pasti suka dengan dadih homemade ni.Jika ada yang nak mencuba, Novelis Affieyza Isahak berkongsi resepi

membuatnya.

DADIH

Bahan-bahan:
1 liter susu kotak
Agar-agar tali 20g. Guna 1/3 saja
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar

Cara membuat:

1.Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.

2.Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Tunggu mendidih sikit baru tutup api.

3.Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

4.Siap untuk dinikmati
Kredit resipi : Puan Niswah Hasina
Novelis Affieyza Isahak

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri Adila Saari