Cara Buat Dadih Susu Topping Mangga Homemade Paling Sedap.

Share

Dadih memang sedap lebih-lebih lagi kalau makan sejuk-sejuk. Menerusi perkongsian saudari Yang Ku Rodzmah, beliau menunjukkan cara-cara menyediakan dadih susu yang diletak topping mangga. Rasanya seakan manisan yang dibeli di restoran. Wow…Bolehlah cuba nanti. Mudah dan pastinya kena dengan selera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI DADIH SUSU TOPPING MANGGA

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 liter air
  • 20gm agar-agar – bagikan kepada 3 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja (anggaran 7gm)
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit garam
  • 1 liter susu full cream

BAHAN TOPPING:

  • Buah mangga ranum secukupnya
  • Pes jus mangga

CARA MEMASAK:

1. Satukan air, agar-agar, gula dan sedikit garam di dalam periuk. Masak hingga semua bahan larut.

2. Bila semua bahan sudah hancur, masukkan susu. Tunggu susu naik wap kemudian barulah padamkan api. Jangan biarkan susu mendidih nanti tekstur jadi tidak cantik.

3. Isikan ke dalam bekas bersesuaian dan bekukan.

4. Bila sudah kental, bolehlah dimasukkan topping dengan secukupnya.

5. Bagi membuat topping, campuran buah mangga yang dipotong dadu bersama pes jus mangga. Gaul sebati dan sedia untuk digunakan tanpa perlu dimasak.

Kredit resipi & foto: Yang Ku Rodzmah

Published by
Nur