Daging Dendeng memang tak dinafikan keenakannya, rasanya yang pedas manis dan kaya dengan aroma rempah ratus ni adalah menu autentik popular setiap kali raya. Di kalangan orang-orang Perak, selain Rendang Tok, Rendang Pedas, Dendeng juga menu warisan turun temurun. Anda yang ingin mencuba, berikut RASA kongsikan resipinya, sekurang-kurangnya bila masak, terubat rindu anak-anak perantauan yang tak dapat balik beraya,
DAGING DENDENG PERAK
BAHAN-BAHAN: 1 kg daging batang pinang
6 batang serai | ketuk
10 helai daun limau purut | hanya untuk aroma wangi
1 cawan air rebusan daging
1/2 – 1 cawan bawang goreng | lagi banyak lagi sedap.
1/2 kicap manis secukupnya
Kicap masin | sedikit sahaja
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR: 25 tangkai cili kering |nak pedas boleh tambah
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai | hiris
CARA MEMBUAT:
- Rebus hingga lembut & hiris nipis.
- Renjiskan kicap manis pada daging dan gaul rata.
- Panaskan sedikit minyak, goreng daging sekejap, angkat dan toskan.
- Kemudian tumbuk daging guna lesung batu (jangan sampai hancur).
- Panaskan minyak secukupnya, goreng serai hingga agak perang, angkat dan toskan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis pula bahan kisar. Tumis hingga garing dan timbul minyak.
- Kemudian masukkan 5 helai daun limau purut yang dicarik-carik dan serai yang digoreng tadi.
- Tumis hingga pecah minyak dan wangi aromanya.
- Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Tumis lagi.
- Masukkan air rebusan daging, Tambahkan kicap manis manis ( lebihkan) dan sedikit kicap masin (sekadar untuk kesan warna gelap).
- Bila kuah dah pekat dan hampir kering, masukkan daging dan baki daun limau purut. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan bawang goreng, kacau lagi. Sesuaikan rasa, jika perlu tambah garam, gula dan perasa secukupnya.
- Tutup api. Boleh buang lebihan minyaknya.
Kredit foto dan resepi :Mariana