Selalu makan mi goreng basah, rupanya daging goreng basah pun ada. Kaya dengan sos sampai berlengas, tapi itulah yang sedap. Makan dengan sambal belacan dan sayur goreng memang menjadi.
Bahan-bahan
800 gm daging, daging lemak dan daging urat
3 sb kunyit serbuk
3 sb pes cili Maepranom (boleh juga guna cili boh)
2 sb kicap
1 sb sos tiram
3 sb sos cili dan sos tomato
2 sb sos ikan
Garam dan perasa ( secukup rasa)
1/2 keping gula nisan
1 biji limau nipis
Bahan sayur sayuran
6 biji cili padi merah dan hijau
2 biji bawang Holland
Lada solok dan lobak merah jika suka
1. Daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaul rata.
2. Kemudian goreng daging dengan minyak dan api perlahan. Gaul sebati.
3. Masukkan pes cili, gaul rata. Masukkan air dan masak daging sampai empuk.
4. Selepas daging empuk masukkan semua jenis sos dan kicap, gula nisan kemudian goreng sampai masak.
5. Masukkan sayur dan goreng sampai sedikit layu. Masukkan perasa dan perah sedikit limau nipis. Kacau sebati kemudian boleh matikan api. Siap!
Kredit resipi & foto: Muliadi Ramli