Cara Buat Daging Masak Hitam Gula Apong Yang Sungguh Sedap.

Share

Ramai akui Daging Hitam orang Sarawak memang terbaik. Patutlah ia menjadi kebaggaan orang Sarawak, rasanya pedas manis yang sungguh sedap, sekali makan memang nak lagi. Kalau nak tahu apa rahsia kesedapannya, korang kenalah cuba resipi Daging Masak Hitam Gula Apung ni.

DAGING MASAK HITAM GULA APONG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis
  • 4 sudu makan kicap pekat
  • 4 sudu makan gula Apong
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 batang serai
  • 3cm lengkuas
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan hirisan daging bersama kicap pekat dan gula Apong, perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan cili kering.
  3. Setelah garing masukkan bahan kisar. Kacau rata hingga timbul minyak.
  4. Seterusnya masukkan daging yang telah diperap tadi.
  5. Kacau rata hingga air daging kering.
  6. Akhir sekali perasakan dengan air asam jawa, serbuk perasa serta garam secukup rasa.
  7. Setelah daging empuk, sedikit garing dan cukup rasa tutup api.
  8. Daging masak hitam sedia dihidangkan.
Published by
webadmin