Kalau anda suka masakan Minang, dah tentu suka dengan Dendeng Daging Minang yang garing dan pedas, sekali cuba gerenti ketagih. Bila ketagih kenalah buat sendiri kerana tidak banyak restoran yang menyediakan dendeng daging garing bercili ini. Oleh itu, RASA akan kongsikan bagaimana cara membuat dendeng daging yang garing, pedas dan empuk.
Rebus Daging
Daging batang pinang adalah bahagian daging paling baik, cuci bersih kemudian gaulkan dengan bahan kisar (bawnag putih. Halia dan buah keras). Kemudian rebus dengan air. Jika ingin lebih cepat empuk, rebusnya menggunakan air kelapa. Jangan lupa untuk lebih aroma dan perisa tambahkan lengkuas titik, daun salam, serbuk ketumbar, buah pala dan lada sulah. Rebus daging hingga empuk.
Simpan Air Rebusan
Setelah empuk, toskan daging dan simpan air rebusan tersebut untuk kegunaan semasa memasak dendeng nanti.
Ads
Hiris Nipis & Ketuk Daging Menjadi Nipis
Hiris nipis daging dengan cara melawan ira daging, kemudian ketuk menggunakan pengetuk daging atau anak lesung. Cara ini akan menjadikan daging lebih empuk dan mudah menyerap bahan perapan dan tumisan nanti. .
Goreng Daging Sekadar Berubah Warna
Walaupun dendeng daging jenis basah tetapi daging perlu digoreng untuk mendapatkan tekstur luar yang garing untuk rasa lebih sedap. Oleh itu, goreng seketika daging dalam minyak panas yang banyak, cukup sekadar bertukar warna sahaja, kemudian angkat dan toskan.
Ads
Cili Merah & Bawang Merah Dikisar Kasar
Sebaiknya, gunakan campuran cili merah dan cili kering. Ia dicampur dengan bawang merah yang kemudiannya dikisar kasar menggunakan pengisar kering atau tumbuk kasar dengan lesung batu.
Tumis Hingga Garing & Wangi
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar ini hingga garing dan wangi, kemudian tambahkan seddikit air asam jawa dan sedikit air rebusan daging tadi. Kemudian kacau rata hingga sebati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan daging. Gaul rata hingga garing dan tutup api.
Ads
DENDENG DAGING BAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
4 tangkai cili kering
300ml air kelapa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih daging lalu gaulkan dengan bahan kisar. Perap seketika.
2. Didihkan air kelapa, kemudian masukkan daging dan rebus hingga empuk, tambah air jika belum empuk.
3. Sementara tunggu daging empuk kisar kasar cili dan bawang merah tadi. Ketepikan.
4. Setelah daging empuk, hiris nipis dan tumbuk hingga nipis.
5. Panaskan minyak, goreng seketika daging, sekadar bertukar warna sahaja.
6. Keluarkan daging, tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
7. Tambahkan sedikit air asam dan air rebusan daging.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan daging.
9. Gaul rata dan tutup api. Dendeng daging sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam goreng masak cili merupakan antara menu yang sering menjadi hidangan untuk seisi keluarga. Rasa pedas yang ‘power’, dimakan pula bersama nasi putih memang padu. Resipi ayam goreng cili padi yang dikongsi oleh Asmida Asman ini mungkin boleh anda cuba buat di rumah. Cara nak masaknya juga cukup mudah. Jom cuba!
1. Bancuhan seperti buat onde-onde atau buah melaka. Campurkan bahan kering bersama. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. 2. Uli sehingga doh tak melekat lagi di tangan. Kemudian, ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti. Bulat-bulatkan, kemudian golekkan ke dalam bekas yang berisi bijan.
* Cara saya, selepas siap letak inti, buat 10 biji golek dalam bekas besar. Kemudian kita golek pulak guna dua tapak tangan. Buat yang lain pula sampai habis, letak dalam peti sejuk, kemudian baru goreng. *Inti kacang merah, saya masak guna periuk noxxa. Kacang saya tak rendam, cuma letak air lebih sikit pada kacang. Bila dah siap rebus, kemudian kisar guna alat pengisar. Selepas itu, masukkan gula dan garam. Kacau sekejap. Kemudian, masak lagi di dalam periuk noxxa.
Kenapa mesti beli Popia Basah ni, kalau anda boleh sediakan sendiri di rumah. Baru makan puas. Maklumlah bila beli harga boleh tahan mahalnya dan rasa belum tentu tekak anda. Supaya makan puas dan rasa sedap, anda boleh cuba resipi ni esok atau lusa, kan hujung minggu cuti boleh keluar beli barang-barang untuk membuatnya.
POPIA BASAH BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung gandum 1 biji telur putih 3/4 cawan air 2 sudu makan cuka Secubit garam
CARA MEMBUAT:
Masukkn semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati hingga mendapat bancuhan yang sesuai. Jika terlalu pekat tambah air sedikit.
Tutup mangkuk adunan dan perap selama 30 minit.
Selepas 30 minit, panaskan kuali leper non stick, ambil sejemput adunan dan lenserkan di atas kuali nipis-nipis menggunakan api perlahan.
Biarkan seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis kulit popia. (kulit popia ini boleh bertindih kerana ia tidak melekat). Ketepikan.
BAHAN SOS SAMBAL: 12-14 tangkai cili kering, potong, buang biji dan rebus. Kisar dengan 1 cawan air. 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 5 ulas bawang putih 2-3 sudu makan gula perang 1 sudu makan gula pasir 1 sudu makan kicap manis Minyak secukupnya untuk menumis
CARA MEMBUAT SOS:
Kisar bawang besar, bawang putih hingga halus.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan gula perang, gula pasir dan kicap manis
Tambah sedikit garam sebagai pelengkap rasa
Masak hingga pekat menggunakan api perlahan
Tutup api dan sejukkan.
BAHAN INTI POPIA: 1 biji sengkuang | hiris nipis kemudian potong memanjang Tauge secukupnya | bersihkan ½ biji kobis | hiris halus 1 batang lobak merah | hiris nipis dan potong memanjang Segenggam udang | buang kepala dan ekor | cincang kecil 2 ulas bawang putih | cincang halus 1/2 biji bawang besar | cincang halus Udang kering secukupnya | tumbuk halus Garam secukup rasa 2 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan putih hingga wangi. Masukkan udang dan kacau seketikaa.
Sederhanakan api, masukkan lobak merah dan kobis, kacau hingga layu.
Akhir sekali masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam.
Kacau rata sekejap dan rasa garamnya.
Tutup api dan sejukkan.
.BAHAN TABUR: Kacang tanah secukupnya | sangai, buang kulit dan tumbuk Udang Geragau kering secukupnya | sangai dan tumbuk halus Bawang goreng secukupnya.
CARA MENYIAPKAN POPIA:
Ambil sekeping kulit popia, sapukan dengan sos sedikit dan masukkan inti.
Gulang kemas, seperti buat popia goreng. Buat hingga habis.
Sapukan sos sambal di atas popia yang telah digulung tadi dan tabur dengan bahan tabur di atasnya.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.