Kalau anda suka masakan Minang, dah tentu suka dengan Dendeng Daging Minang yang garing dan pedas, sekali cuba gerenti ketagih. Bila ketagih kenalah buat sendiri kerana tidak banyak restoran yang menyediakan dendeng daging garing bercili ini. Oleh itu, RASA akan kongsikan bagaimana cara membuat dendeng daging yang garing, pedas dan empuk.
Rebus Daging
Daging batang pinang adalah bahagian daging paling baik, cuci bersih kemudian gaulkan dengan bahan kisar (bawnag putih. Halia dan buah keras). Kemudian rebus dengan air. Jika ingin lebih cepat empuk, rebusnya menggunakan air kelapa. Jangan lupa untuk lebih aroma dan perisa tambahkan lengkuas titik, daun salam, serbuk ketumbar, buah pala dan lada sulah. Rebus daging hingga empuk.
Simpan Air Rebusan
Setelah empuk, toskan daging dan simpan air rebusan tersebut untuk kegunaan semasa memasak dendeng nanti.
Hiris Nipis & Ketuk Daging Menjadi Nipis
Hiris nipis daging dengan cara melawan ira daging, kemudian ketuk menggunakan pengetuk daging atau anak lesung. Cara ini akan menjadikan daging lebih empuk dan mudah menyerap bahan perapan dan tumisan nanti. .
Goreng Daging Sekadar Berubah Warna
Walaupun dendeng daging jenis basah tetapi daging perlu digoreng untuk mendapatkan tekstur luar yang garing untuk rasa lebih sedap. Oleh itu, goreng seketika daging dalam minyak panas yang banyak, cukup sekadar bertukar warna sahaja, kemudian angkat dan toskan.
Cili Merah & Bawang Merah Dikisar Kasar
Sebaiknya, gunakan campuran cili merah dan cili kering. Ia dicampur dengan bawang merah yang kemudiannya dikisar kasar menggunakan pengisar kering atau tumbuk kasar dengan lesung batu.
Tumis Hingga Garing & Wangi
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar ini hingga garing dan wangi, kemudian tambahkan seddikit air asam jawa dan sedikit air rebusan daging tadi. Kemudian kacau rata hingga sebati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan daging. Gaul rata hingga garing dan tutup api.
DENDENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih daging lalu gaulkan dengan bahan kisar. Perap seketika.
2. Didihkan air kelapa, kemudian masukkan daging dan rebus hingga empuk, tambah air jika belum empuk.
3. Sementara tunggu daging empuk kisar kasar cili dan bawang merah tadi. Ketepikan.
4. Setelah daging empuk, hiris nipis dan tumbuk hingga nipis.
5. Panaskan minyak, goreng seketika daging, sekadar bertukar warna sahaja.
6. Keluarkan daging, tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
7. Tambahkan sedikit air asam dan air rebusan daging.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan daging.
9. Gaul rata dan tutup api. Dendeng daging sedia dihidangkan.