Cara Buat Doh Pizza Homemade Yang Gebu.Uli Guna Tangan Je

Share

Nak buat pizza homemade tapi tak yakin nak uli dohnya? Resipi perkongsian saudari Amie Samuri ni memang terbaik kerana bahan yang digunakan tidak banyak malah anda tak perlu adun doh guna mesin atau uli banyak kali. Hanya gaul menggunakan tangan je. Mudah kan? Sesuai sangatlah buat untuk anak-anak di musim cuti sekolah ni.

 

CARA BUAT DOH PIZZA HOMEMADE TANPA ULI

 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung roti – boleh juga guna tepung gandum
  • 350-370gm air
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan yis
  • 2gm pelembut roti ( bread softener)

CARA MEMBUAT:

1. Satukan semua bahan, adun sebati dan masukkan ke dalam bekas bertutup yang telah disapu minyak. Tutup.

2. Setiap 30 minit, tarik dan lipat doh (stretch and fold). Buat 4 kali. Pastikan tangan dibasahkan dengan air sewaktu membuat proses ini.

3. Sapu acuan pizza (pan) dengan mentega atau minyak. Tekan-tekan doh guna tangan hingga memenuhi pan. Cucuk tengah pizza dengan garpu. Doh memang lembik (high hydration).

4. Untuk inti (topping), boleh sapukan sos pizza dan tabur mozarella. Boleh juga tambah apa-apa inti kegemaran ikut citarasa.

5. Perap pizza selama 1/2 jam. Kemudian bakar pada suhu 180C hingga masak. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Amie Samuri

 

Tercari-cari BREAD MAKER untuk mudahkan anda buat roti? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi roti? Boleh cuba resipi di bawah ni:


Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur