Suka makan donut? Anda kena cuba resipi Bomboloni Hot Pink Velvet perkongsian saudari Ainur Aziana ni. Sedap, lembut dan gebu. Memang puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BOMBOLONI HOT PINK VELVET
BAHAN A:
- 1 paket yis ( 11gm)
- 2 sudu maka susu pekat manis
- 1 cawan air suam
- 1 sudu teh emulco red velvet
(campur semua bahan dan biar hingga yis naik)
BAHAN B:
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh bread improver ( pilihan)
- 2 sudu makan marjerin
- 1 sudu teh garam
( campur semua bahan dan ramas hingga jadi serbuk roti)
BAHAN C:
- 250gm krim keju
- Susu pekat manis – sukatan agak-agak
- Gula ising – sukatan agak-agak
- Krim putar ( whipping cream) – pukul hingga kental
(Pukul krim keju, gula ising dan susu pekat manis. Jumlah susu dan gula agak-agak ikut kemanisan yang anda suka. Campurkan dengan krim putar. Sebatikan dan simpan dalam peti sejuk.)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A ke dalam bekas berisi bahan B. Kacau sebati dan perap. Tak perlu uli lama. Adunan memang agak lembik. Asalkan doh tidak melekat di tangan, sudah dikira ok.
2. Perap doh selama 30 minit atau 1 jam. Tumbuk bagi membuang angin dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan doh dan biar hingga naik 2 kali ganda.
3. Goreng doh tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Bila bomboloni dah sejuk, isikan inti ( campuran bahan C) dengan secukupnya. Salut dengan gula (jika suka) dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ainur Aziana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI