Jom kali ini kita mendonut lagi! Kali ini, kita kongsikan resipi dan cara macam mana nak buat donut pandan pula.
Resipi yang dikongsikan SuiSan Aliezsha ini, ditambah susu full cream dan diuli secara manual, menjadikan rasanya sangat sedap dan gebu.
Buat anda yang ada mesin bread maker, boleh saja buat terus putar dan diadun sehingga menjadi doh.
DONUT PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum (saya guna baker choice, mana-mana pun boleh) – beli online di sini 2 peket yis mauripan – beli online di sini 4 sudu marjerin (saya guna marjerin pelangi) – beli online di sini Daun pandan (kisar untuk dapatkan 1 cawan air pandan + pewarna hijau apple, pewarna ni ikut suka nak letak atau tak nak letak pun tak apa) 1 cawan susu full cream + 5 sudu susu pekat + 1 sudu teh cuka apple (dijadikan buttermilk)
1. Masukkan tepung, marjerin dan mauripan. 2. Gaul sebati. Kemudian, masukkn air pandan dan air susu. 3. Gaul sampai jadi doh. Kalau kurang, tambah susu full cream.
4. Uli sehingga kembang. Biarkan seketika, kemudian dah boleh mendonut. 5. Biarkan donut kembang 2 kali ganda. Kemudian, boleh goreng macam biasa. 6. Apabila goreng donut, api jangan terlalu panas.
7. Apabila dah masak, angkat dan toskan. Sejukkan dulu. Kemudian, boleh gaulkn dengan gula icing. 8. Ikut anda nak salutkan dengan gula kastor atau snow powder. Mana-mana pun boleh.
Siapa yang tak inginkan keenakan donat gebu gabas bersira sambal. Dah goreng donat tu kemudian sira dengan sambal. Resipi ini adalah perkongsian Chef Fauzi Karim yang juga dikenali sebagai Chef Fauzi Poji.
Chef Fauzi adalah baker dan pakar kek yang menjalankan perniagaan kek Poji Cakeland di Klang, Selangor. Selain kek tentulah bab memasak ni memang jadi kemahirannya. Donat sira sambal dari Chef ni menggunakan sambal sira sendiri. Tapi dibuat manis dibuat manis sedikit untuk jadi likat dan meletop rasanya.
CARA MEMASAK : 1. Larutkan susu gula dan yis dgn 1 cawan setengah air biarkan sehingga berbuih.. 2. Satukan tepung marjerin dan garam ramaskan bagi rata. 3. Masukkan bancuhan yis yang dah berbuih tadi sehingga menjadi doh dan tak lekat ditangan.(masuk sedikit-sedikit kalau kurang tambah air lagi).. 4. Uli lama bagi doh cantik dan rehatkan doh sehingga kembang . 5. Bila dah kembang tumbuk-tumbukkan bagi keluarkan angin , selepas itu bolehlah dibentuk ikut suka, boleh guna acuan donat 6. Bolehlah digoreng.
.
RESIPI SAMBAL SIRA
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Sedikit air asam
CARA MEMASAK : 1. Kisar semua bahan di atas kemudian tumis sehingga garing letak gula, gula dan serbuk perasa (jika suka) 2. Masukkan sedikit air asam
.
3.Chef Fauzi letak gula lebih sedikit, nak bagi manis dan likat.
Kuih Qasidah; salah satu kuih tradisional klasik yang digemari ramai. Biasanya orang dulu-dulu suka menyediakan kuih ini terutamanya di bulan puasa. Kuih Qasidah dikatakan ada dua jenis iaitu versi Pantai Timur dan juga versi Utara. Tidak kira mana pun, kedua-dua ada kelainan dan keistimewaan tersendiri. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ini, saudari Jes Tham kongsikan resipi Kuih Qasidah versi Utara yang sangat sedap dan mudah. Selamat mencuba!
RESIPI KUIH QASIDAH VERSI UTARA
BAHAN-BAHAN: 1 cawan tepung gandum – beli online disini 2 1/2 cawan air 1/4 cawan gula – beli online disini 1/2 sudu teh garam – beli online disini 1 sudu teh air kapur makan (tak letak pun tak apa. Tujuannya untuk memudahkan proses seterusnya dan kuih lebih berkilat) – beli online disini 1 sudu makan minyak sapi (tak letak pun tak apa. Tujuannya untuk lebih enak dan wangi) – beli online disini
BAHAN HIASAN: 6 ulas bawang merah (hiris) dan secubit garam.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dengan secukupnya. Tambah secubit garam dan goreng bawang merah sehingga kekuningan. Ketepikan.
2. Sediakan periuk, masukkan air, tepung gandum, gula, garam dan air kapur makan.
3. Menggunakan api yang perlahan, kacau sehingga pekat dan berkilat. Anggaran 15 minit.
4. Apabila sudah pekat tambah sedikit minyak sapi atau minyak gorengan bawang tadi untuk menambahkan rasa. 5. Akhir sekali, tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan minyak.
6. Ratakan adunan dan tabur bawang goreng tadi. Nak tambah lagi dengan sedikit minyak bawang pun boleh. Siap.
7. Sejukkan dulu sebelum dihidangkan. Selamat mencuba.
Kuih tradisional memang sangat enak dan punya kelompok peminatnya yang tersendiri tidak kira tua atau muda. Khusus buat penggemar Kuih Dangai Kukus harus cuba resipi perkongsian saudari Zailina Wanaman ini. Sangat mudah, tidak menggunakan banyak bahan. Pendek kata kalau pertama kali mencubanya pun pasti elok hasilnya. Bahan-bahannya hanya lima. Kebanyakannya memang sedia ada di dapur masing-masing. Penambahan gula melaka di tengahnya, menambahkan lagi keenakan kuih ini. Sekali cuba memang puas la makan. Malah kalau dibeli pun, rasa juga berbeza. Jadi jomlah cuba buat sendiri! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk kecuali gula melaka @ gula merah. Gaul sebati. 2. Masukkan campuran ke dalam acuan Kuih Lompang. Tekan-tekan manja sedikit adunan. 3. Buatkan lubang kecil di tengahnya dengan menggunakan jari dan isi gula melaka @ gula merah dengan secukupnya.
3. Panaskan pengukus dan balut penutup dengan kain. Ia bertujuan supaya air tidak menitis pada kuih ketika dimasak. 4. Kukus Kuih Dangai selama 15 minit. Siap dan bila sedikit sejuk, bolehlah dikeluarkan dari acuan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!