
Teringin nak makan dumpling daging tapi kurang yakin tentang halal jika nak makan di restoran? Usah khuatir kerana anda boleh hasilkannya secara homemade. Resipi perkongsian saudari Cik Lin Lyna ni antara yang terbaik boleh dicuba. Mudah je. Untuk kulit dumpling, boleh beli kulit gyoza pastri readymade dan anda hanya perlu buat inti sahaja. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI DUMPLING DAGING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang holland – dicincang
- 5 ulas bawang putih – dicincang
- 1 inci halia – dicincang
- Daging kisar secukupnya
- Lobak merah – dicincang. Boleh gandi dengan kubis cincang
- Cendawan King Oyster – potong dadu
- Daun bawang secukupnya
- Sos tiram
- Garam secukup rasa
- 1 sudu teh tepung jagung
- 2 batang sosej – cincang
- Kulit dumpling ( boleh guna Japanese Gyoza Pastry. Ada jual di tesco.)
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan (kecuali Gyoza Pastry) di dalam bekas. Adun hingga sebati.
2. Ambil sekeping Japanese Gyoza Pastry dan letakkan inti ditengahnya. Kelim dengan kemaskan mengikut kreativiti anda.
3. Lakukan sehingga habis adunan inti.
4. Susun dumpling diatas bekas yang ditabur sedikit tepung supaya ia tidak melekat. Untuk memasak, anda boleh pilih sama ada nak rebus, stim atau goreng. Semuanya sedap!
5. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Cik Lin Lyna
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Bakar Telur Hancur Berkeju, Sarapan Senang Nak Buat, Mengenyangkan

Waktu pagi selalu terkejar-kejar. Sibuk, kan? Apa kata buat sarapan simple tapi sedap ni. Jom try.
ROTI BAKAR TELUR HANCUR BERKEJU
BAHAN-BAHAN
• 4 biji telur ayam
• 60 ml susu
• Garam dan lada hitam
• Mentega 10 gram
• 25 gram keju cheddar (parut)
BAHAN HIASAN
• Mayones
• Serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam dan susu. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
2. Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng telur ayam dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau telur ayam sesekali. Jangan terlalu hancur. Biarkan selama 4 minit. Akhir sekali masukkan keju.
4. Bakar roti. Letakkan salad dan telur hancur berkeju tadi.
5. Letak mayones dan sedikit serbuk lada hitam kalau nak cantikkan.
Resipi Oleh unknown dari Telegram KakiMakan
5 Aneka Roti Bijirin Gebu. Lembut Tapi Rangup, Jom Ikut Cara Membuatnya.

Roti enak gebu dan lembut, keluar panas-panas dari oven , huh, tak boleh ceritalah nikmatnya.
Yang penting cara ulinya kena betul dan gunakan bahan bermutu. Jom cuba aneka resipi roti buku (loaf) yang enak ni.
1.HEAVY WHOLEMEAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 20gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 450gm Air sejuk
- 120gm Serat gandum kasar
- 20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
3. Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu.
4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar ( 5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas.
7. Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening.
8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yang sudah kembang.
10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.
INFO CHEF : Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Roti yang menyihatkan
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
2. 7 GRAINS LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 70gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 450gm Air sejuk
- 50gm Serat Gandum kasar
- 150gm – Bijian Campuran – 7 jenis
- 20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah.
7. Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
8. Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Mengandungi tujuh jenis bijirin
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
3. GREEN TEA LATTE LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 250gm Air sejuk
- 30gm serbuk teh hijau
- 50ml Espresso Double Shot
CARA MEMASAK:
1. Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan.
2. Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
3. Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit.
4. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
5. Setelah itu, kelim doh dengan cermat.
6. Letakan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening.
7. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
8. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan.
9. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas-panas.
Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Rasa teh hijau yang beri keunikan pada roti
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
4. HONEY OAT LOAF
BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 80gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 60gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 350gm Air sejuk
- 150gm – Oat Bermadu ( seperti dia atas )
- 150gm Oat
- 100gm Madu
1. Untuk membuat oat madu; Campurkan Oat dan Madu ke dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan.
3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan.
4. Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti.
5. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
6. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit.
7. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
8. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
9. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
10. Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi.
11.Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk menggelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.
Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Rasa madu dan oat yang sedap
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
5. DARK CHARCOAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 350gm Air sejuk
- 30gm Black Charcoal Powder
- 20gm Brown Malt Flour
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
4. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening.
8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yang sudah kembang.
10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.
Saiz Hidangan : 4 biji loaf
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Rasa yang amat berbeza
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
Terima kasih : Chef Sharizat, Golden Republic
Buat Lasagna Guna Roti Sandwic Je, Jom Cuba!

Ramai dalam kalangan masayarakat kita suka makan lasagna. Nak buat sendiri, ada kalanya memang sukar. Namun tahukah kita, lasagna boleh dibuat dengan menggunakan roti sandwic? Haaa senang saja kan?
Jom kita cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Ieda Jahaya ini. Beliau berkongsi resipi di facebook group Rasa Share Resipi. Jom buat!
LASAGNA DAGING GUNA ROTI
BAHAN-BAHAN
500 gram daging kisar
1/2 kiub ayam
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 tangkai cili padi (dihiris halus)
Minyak masak untuk menumis
4 ulas bawang putih
Sedikit serbuk lada
Garam secukup rasa
Sedikit marjerin
2 biji telur ayam
1 cawan susu segar
Roti sandwic secukupnya
Sos pasta secukupnya
Keju keping
Keju mozarella
Sedikit daun parsley
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan daging kisar. Hancur-hancurkan daging kisar itu.
2. Masukkan kiub ayam. Hancurkan dan gaul rata dengan daging kisar tadi.
3. Masukkan pula bawang besar dan cili padi. Gaul lagi. Ketepikan.
4. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumis bawang putih.
5. Masukkan daging kisar yang telah diperap tadi. Gaul rata.
6. Masukkan pula serbuk lada dan garam. Gaul lagi.
7. Masak sehingga air daging kering. Matikan api.
8. Sapu loyang dengan menggunakan marjerin. Sementara itu panaskan oven pada suhu 80 darjah selsius.
9. Dalam pinggan, pecahkan telur ayam. Masukkan susu segar dan kacau telur tersebut.
10. Ambil sekeping roti, rendam sekejap dalam bancuhan telur dan susu segar tadi. Masukkan roti dalam loyang.
11. Susun selapis memenuhi bahagian bawah loyang. Kemudian taburkan daging kisar menutupi roti tadi.
12. Sapukan sos pasta di atas tapisan daging. Kemudian taburkan kepingan keju dan keju mozarella.
13. Ambil pula roti dan ulangi langkah 10, 11 dan 12 sehingga muat loyang.
14. Lapisan atas sekali, taburkan lebih banyak keju. Taburkan juga daun parsley. Boleh tabur cili padi sedikit jika suka.

15. Masukkan dalam oven. Bakar selama 40 minit.


Selamat mencuba!
Sumber: Ieda Jahaya