Kebiasaannya, kita akan lihat dumpling yang kulitnya jernih dan lutsinar. Namun kali ini kita tukar kepada dumpling yang menggunakan tepung dan air panas saja.
Menerusi perkongsian daripada Ida Alina Salleh ini, dumpling jenis ini tidak lutsinar seperti dumpling ‘har gow’. Sebaliknya, hanya canai senipis yang boleh.
RESIPI DUMPLING WRAPPER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
160gm tepung gandum – beli online di sini
90ml air panas (tak mendidih, dalam 65-70 darjah C)
TONTON Dapur Rasa Live: Kuah Rojak Mi
TONTON Dapur Rasa Live: Buko Pandan versi Ketodiet
CARA BUAT:
1. Campurkan guna sudu sebab panas. Bila dah tak panas, uli sampai tak melekat dan adunan licin (dalam 3-4 minit).
2. Biarkan dalam bekas bertutup 45 minit. Kemudian, jadikan 12 bebola kecil. Saya guna tortilla press untuk leperkan. Kalau tak mahu melekat antara satu sama lain, tabur tepung jagung.
3. Kalau nak saiz serupa, guna acuan/mulut cawan untuk potong bulat-bulat sekata.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
*Kenapa best buat sendiri kulit ni? Sebab bahan memang ada di rumah, dapat ketebalan yang macam kita suka, saiz yang kita nak, dan boleh buat cukup-cukup untuk kita nak makan.
*Kalau nak buat wrapper gyoza, canai adunan senipis yang boleh. Kalau kulit wantan tak perlu nipis sangat.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
*Untuk 12-16 wrapper (ikut berapa nipis dicanai dan saiz)
*Adunan ni lembut, senang nak canai. Tapi mesti rehatkan sekurangnya 45 minit, jadi bila dicanai dia tak mengecut.
CARA BUAT INTI GYOZA AYAM HOME MADE
INTI CHICKEN GYOZA:
350gm isi ayam
*Saya proses isi ayam dengan 2 ulas bawang putih dan sedikit halia
3 helai daun kobis | dilayur sikit & dicincang
2 cendawan shiitake kering | rendam & hiris – beli online di sini
3 daun bawang
1 sudu kecil minyak bijan – beli online di sini
1 sudu kecil kicap cair – beli online di sini
Garam & black pepper
*Campur semua inti dan uli hingga warnanya pucat dan inti mula melekit.
SOS: 1 sudu besar cuka + 1 sudu besar kicap cair
CARA MASAK GYOZA:
1. Panaskan sikit minyak dalam non-stick pan. Bila dah panas, susun gyoza, masak hingga kekuningan di bawah. Masukkan ¼ cawan air panas. Tutup kuali, biar gyoza berkukus hingga air mula kering.
2. Buka penutup. Bila air kering. Letak sedikit minyak bijan. Angkat dan hidang.
CARA BEKUKAN GYOZA LEBIHAN / DUMPLINGS YANG BELUM DIMASAK
1. Susun dalam bekas/tray. Bekukan dalam freezer. Bila dah keras betul, baru masukkan dalam freezer bags agar tak melekat-lekat antara satu sama lain.
2. Kalau nak defrostkan, keluar dan susun macam ni balik. Baru defrost dan masak.
3. Bekukan dulu dalam dulang. Dah beku, boleh masukkan dalam plastik.
Kredit resipi: Ida Alina Salleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: