Anda suka guna kek ikan / fish cake dalam masakan bergoreng atau sayur? Ha…anda harus cuba resipi fish cake homemade perkongsian saudari Tahrunnisah Jali ni. Mudah je cara pembuatannya. Boleh buat stok banyak-banyak. Dari segi kebersihan pula, tentunya lebih terjamin, diyakini halal dan dapat makan puas-puas. Selamat mencuba!
RESIPI FISH CAKE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecik (menggunung) tepung jagung
1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap kisar, cuba rasa. Jangan masin sangat ye sebab nanti bila sejuk, ia akan rasa lagi masin)
Sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dari air batu)
** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet. Tetapi jangan masukkan air ye sebab dalam fillet sudah ada kandungan air. Jadi abaikan sukatan air.
Ads
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ikan tenggiri sahaja, Buang kulitnya. Kisar helus menggunakan food processor atau tumbuk.
2. Kemudian masukkan sedikit air ais. Kisar lagi dan masukkan garam, serbuk lada putih dan ajinomoto. (ajinomoto adalah optional. Boleh abaikan jika tidak suka.)
3. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar lagi hingga rata.
4. Sebelum itu, panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Jika tiada loyang, boleh guna bekas lain yang tahan panas.
5. Masukkan adunan ikan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik terlebih dahulu. Ia bertujuan bagi memudahkan proses mengeluarkan fish cake dari loyang.
6. Ratakan adunan fish cake serta padatkannya. Sapu sedikit minyak di jari dan licinkan permukaan kek ikan tadi.
Ads
7. Masukkan ke dalam pengukus dan masak selama 15 minit atau sehingga masak.
8. Setelah masak, terbalikkan dan potong kecil menyamai bentuk fish cake yang dijual di kedai.
Ads
9. Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Semua orang boleh buat sambal ikan, tidak kira sambal itu sambal cili padi, sambal cili kering mahu pun menggunakan cili boh, tetapi hasilnya pelbagai . Sebenarnya apa yang penting jika mahu sambal sedap, sambal kena tumis sampai masak, mesti ada asam, garam dan gula dan paling penting gunakan ikan yang segar, goreng minyak banyak supaya garing dan tidak lekat di kuali. Sambal Bawal Tiga Rasa ini boleh anda semua cuba, gerenti tak menyesal punya.
SAMBAL BAWAL TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersih, kelar-kelar dan gaul bersama sedikit garam kunyit
1/2 biji bawang besar | hiris
1/2 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
BahanKisar:
2 biji cili merah
5 tangkai cili padi
2 biji bawang merah
1 batang serai | jika suka
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil jus limau kasturi
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH1: Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan sampai garing. Angkat dan ketepikan.
LANGKAH 2: Keluarkan minyak tinggalkan sedikit dan tumis hirisan bawang besar tadi.
LANGKAH 3: Masukkan bahan kisar.
LANGKAH 4 : Kacau sebati hingga pecah minyak.
LANGKAH 5: Masukkan sos cili dan kacau rata lagi.
LANGKAH 6 : Perasakan dengan garam dan gula, kemudian tuangkan sos di atas ikan goreng tadi.
Teringin nak makan ikan bawal masak masam manis tapi malas nak keluar untuk ke restoran? Haa boleh buat sendiri dengan menggunakan resepi yang disediakan ini. Yang pasti mudah & sedap! Selamat mencuba!
Resepi Bawal Masam Manis
Bahan A
2 ekor ikan bawal
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya rasa
Minyak untuk menggoreng
Tumbuk / Kisar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Bahan Sos
3 sudu besar sos cili
5 sudu besar sis tomato
1 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato (belah 8)
1 chili merah / hijau (potong pendek)
1/4 cawan sayur campur (mix vegetables)
1 labu bawang holland / bawang besar (hiris bulat)
Cara Penyediaan 1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 2. Tinggalkan sedikit minyak bekas menggoreng ikan tadi. Tumis bahan yang ditumbuk atau kisar tadi. Tumis hingga wangi. 3. Masukkan sis cili, sis tomato, dan sis tiram. Gaul. 4. Masukkan sedikit air. Kacau lagi. 5. Masukkan gula dan garam secukupnya. Kacau. Rasa. 6. Masukkan tomato dan cili. 7. Masukkan mix vege. Kacau. 8. Masukkan bawang. Apabila bawang layu, tutup api. 9. Tuang bahan sos ke atas ikan. Tabur daun sup. Siap!
Ikan bawal sedap digoreng. Sedap juga dimasak tiga rasa. Cukup pedas, manis dan masamnya. Kalau dimakan panas-panas, boleh buat bertambah-tambah nasi. RASA kongsikan resipi daripada Isya Sandra. Memang nampak sedap ikan bawal masak tiga rasa ni. Simple tapi sedap.
IKAN BAWAL MASAK TIGA RASA
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 biji bawang holand (potong dadu)
5 ulas bawang putih (potong dadu)
Sos tomato
Sos cili
Sedikit air
1/2 biji bawang holland (potong bulat)
3 biji cili padi (dipotong kecil)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang holand yang dipotong dadu dan juga bawang putih.
2. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air. Kacau dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan bawang holand yang dipotong bulat dan cili padi.