Anda suka guna kek ikan / fish cake dalam masakan bergoreng atau sayur? Ha…anda harus cuba resipi fish cake homemade perkongsian saudari Tahrunnisah Jali ni. Mudah je cara pembuatannya. Boleh buat stok banyak-banyak. Dari segi kebersihan pula, tentunya lebih terjamin, diyakini halal dan dapat makan puas-puas. Selamat mencuba!
RESIPI FISH CAKE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet. Tetapi jangan masukkan air ye sebab dalam fillet sudah ada kandungan air. Jadi abaikan sukatan air.
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ikan tenggiri sahaja, Buang kulitnya. Kisar helus menggunakan food processor atau tumbuk.
2. Kemudian masukkan sedikit air ais. Kisar lagi dan masukkan garam, serbuk lada putih dan ajinomoto. (ajinomoto adalah optional. Boleh abaikan jika tidak suka.)
3. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar lagi hingga rata.
4. Sebelum itu, panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Jika tiada loyang, boleh guna bekas lain yang tahan panas.
5. Masukkan adunan ikan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik terlebih dahulu. Ia bertujuan bagi memudahkan proses mengeluarkan fish cake dari loyang.
6. Ratakan adunan fish cake serta padatkannya. Sapu sedikit minyak di jari dan licinkan permukaan kek ikan tadi.
7. Masukkan ke dalam pengukus dan masak selama 15 minit atau sehingga masak.
8. Setelah masak, terbalikkan dan potong kecil menyamai bentuk fish cake yang dijual di kedai.
9. Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: FB Tahrunnisah Jali