Cara Buat Fishball Homemade Sedap Guna Isi Ikan Tongkol

Share

Mudahnya buat fishball homemade ni.  Letak dalam sup sayur atau apa-apa hidangan, memang boleh menaikkan selera. Nak buat pun sangat mudah dan tanpa guna tepung. 100% isi ikan. Sesuai sangat buat untuk kegunaan keluarga tercinta. Jom cuba resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin

ni. Pasti puas hati.

 

CARA BUAT FISHBALL HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping ikan tongkol – dibuang tulang dan ambil isi sahaja
  • 1 sudu teh lada hitam kasar
  • 1 biji bawang merah saiz sederhana
  • 1/2 sudu teh gula
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk lada hitam hingga halus.

2. Masukkan bawang merah. Tumbuk lumat.

3. Seterusnya tambahkan isi ikan yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi hingga lumat.

4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

5. Gaul isi ikan tadi sehingga adunan boleh digentel.

6. Cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.

7. Panaskan air dan rebus bebola hingga mendidih.

8. Toskan bebola tadi dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sup atau apa-apa sajian kegemaran.

 

Kredit resipi & foto: Bahiah Saripuddin

 

JANGAN LUPA CUBA YA

 

Published by
Nur