Kalau ada roti yang hampir tamat tempoh, eloklah jika buat garlic bread. Nak buat garlic bread ni sangatlah mudah. Tahu-tahu habis licin sepinggan. Lagi-lagi kalau makan panas-panas dan dicicah dengan sup cendawan, memang layan. Kalau ikut resipi yang dikongsi oleh saudari Aya Zuki, senang je. Anak-anak pun boleh makan sebab tiada perisa tambahan. Jom kita lihat resipinya. Selamat mencuba!
GARLIC BREAD
BAHAN-BAHAN:
- Roti | potong panjang-panjang
- 1 ulas bawang putih (beli online DISINI)
- Parsley flakes
- Unsalted butter (beli online DISINI)
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan kuali, masukkan unsalted butter dan tumis bawang putih sehingga sedikit garing. Dah garing, tutup api.
3. Kemudian, masukkan tumisan bawang putih tadi dengan butter. Butter ni bergantung kepada jumlah roti yang mahu digunakan.
4. Gaul kedua-dua bahan ini hingga sekata. Masukkan daun parsley sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati.
5. Ambil roti dan sapukan butter tadi pada roti.
6. Seterusnya, bakar roti di dalam oven atau pemanggang ajaib.
7. Siap & sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Aya Zuki
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kari Ikan Kembung Stail Mamak. Ini Resipi Kuah Cantik, Rasa Pun Umph!
Sebut tentang lauk kari ikan, memang terasa-rasa kesedapannya. Apatah lagi, saat menjamu selera dengan Kari Ikan Kembung Stail Mamak yang pekat dan sedap kuahnya.
Nak tahu apa rahsia kari ikan stail Mamak ini sedap? Boleh tengok pada cara memasaknya di bawah ini yang dikongsikan oleh Siti Nor Azizah Rahim.
Menurutnya, kari ikan kembung ini pasti sedap jika mengikut sukatan yang sama seperti di dalam resipi ini. Jika nak lebihkan ikan, maka lebihkan juga sukatannya. Jom kita buat.
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembung
(Bahan A)
Daun kari (lebih banyak, lebih aroma)
Rempah 3 sekawan – Boleh beli online di sini
½ paket halba campur (wajib ada kalau buat kari ikan) – Boleh beli online di sini
(Bahan B)
1 biji tomato (dipotong dadu – wajib ada kalau masak kari ikan)
Sedikit halia (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
5 biji bawang kecil (dikisar halus)
(Bahan C)
1 paket rempah kari cap O – Boleh beli online di sini
1 sudu serbuk kunyit
2 sudu serbuk cili – Boleh beli online di sini
*Bancuh dengan air kesemua bahan ini.
(Bahan D)
Air asam jawa – Boleh beli online di sini
(Bahan E)
4 sudu santan (pilihan)
(Bahan F)
Bendi/ terung
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan A sampai naik bau. Gunakan minyak yang banyak untuk menjadikan kuah kari cantik warnanya. Ini tips paling penting. Bahagian ini, ada sesetengah orang gagal buat.
Setelah bahan tumisan naik bau, masukkan bahan B. Apabila semua telah sebati, masukkan pula bahan C.
Tumis lagi sampai pecah minyak. Tumiskan sekali tomato yang telah dipotong dadu tadi sehingga semuanya sebati.
Kemudian, baru masukkan air asam jawa. Agak-agak sama ada mahukan kuah banyak atau sedikit. Sesuaikan dengan kuantiti ikan. Cuma, jangan cair sangat. Nanti kurang sedap. Lebih baik buat kuahnya agak pekat, barulah stail mamak!
Selepas itu, bolehlah dimasukkan ikan kembung. Masukkan juga santan. Ini pilihan. Jika tak mahu letak santan pun tak mengapa.
Biarkan masak sampai pecah minyak, sehingga kuahnya jadi cantik begini.
Perasakan dengan garam. Masukkan pula sayur bendi, terung atau tomato dibelah empat mengikut cita rasa masing-masing.
Dah siap. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
NOTA: Lauk kari ini akan sedap dan sebati setelah satu jam selepas masak.
Kuah kari akan rasa masam masa kita merasa ketika sedang memasak. Ini kerana air asam jawa masih belum sebati lagi dengan kuah. Selepas 1 jam, ketika kita makan, ketika itulah baru rasa sempurna lauk kari kita.
Selamat mencuba. Memang umph, memang terangkat!
Kredit: Siti Nor Azizah Rahim
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Masak Lemak Cili Padi Isi Durian Muda. Dah Rasa Baru Tau Sedapnya
Ayam Goreng Bawang Putih, Goreng Sampai Garing, Wangi Aromanya
Jom Buat Sendiri Air Lai Chi Kang, Redakan Panas Penyejuk Tekak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Nasi Beringin dan Variasi Lauk Pauk Ayam & Daging, Sedapnya.
Lauk pauk kali ini resipi warisan keluarga Maliza Ghani, pemilik Manisa Cafe di Accentra Glenmarie, Shah Alam ini. Dimakan pula dengan Nasi Beringin sajian Johon yang cukup popular, perrgh memang ‘terangkatlah’. Memang sesuai sangat dimasak untuk tetamu datang beraya.
Cukup berperisa, dan cukup rempah ratusnya. Jom cuba menu ini…
1. NASI BERINGIN
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg beras basmathi | direndam setengah jam terlebih dahulu
- 2 biji bawang besar | dimayang
- 2 ulas bawang putih | dimayang
- 4 sm halia | ditumbuk
- 5 batang serai | diketuk
- 2 helai daun pandan | disimpul
- 1 biji kelapa | ambil santannya
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 biji bunga lawang
- 5 tangkai bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 helai daun pandan
- 1/4 cawan minyak masak
- 2 sudu minyak sapi
- 1 liter air
- Beberapa titik pewarna kuning @serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan beras dan rendamkan sekurang-kurangnya setengah jam. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan pula serai.
4. Kemudian sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi.
5. Kemudian masukkan santan dan air dan masukkan air.
6. Masukkan pewarna atau serbuk kunyit dan pewarna atau serbuk kunyit.
7. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila hampir kering, tutup periuk dan kecilkan api.
8. Biarkan ia masak dan kacau sekali.
9. Taburkan bawang goreng sebelum dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 30 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan rempah ratus beraroma yang wangi
INFO : Anda boleh juga menambah daun pudina untuk rasa yang lebih lazat dan berperisa.
2.AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam | digoreng setengah masak (sudah dipotong beberapa bahagian)
- 2 sudu makan tomato puri
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 biji tomato belah empat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
BAHAN DIKISAR :
- 10 tangkai cili kering | rebus sebentar baru kisar
- 5 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar. Tumis hingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan tomato puri dan sos tomato, kacau sebati.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng setengah masak tadi (yang telah digaul garam dan serbuk kunyit.
4 .Kecilkan api dan balik-balikkan dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa, dan biarkan ayam masak.
5. Lauk siap dihidang.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Masa memasak : 30 minit
Keistimewaan : Rasa masam manis dan pedas yang lazat
INFO : Anda boleh menambah kacang peas hijau jika suka, tapi bahan ini opsyenal sahaja. Sedap dimakan dengan nasi minyak, tomato dan nasi impit.
3. AYAM BAKAR TIKKA
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam | dikukus atau rebus dengan garam dan kunyit selama 20 minit
- 1/2 sudu makan asam jawa | campur sedikit air
- 1/2 biji gula Melaka
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk memasak
BAHAN DIKISAR :
- 10 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
- 6 tangkai cili kering | direbus sebentar baru dikisar
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau..
2. Masukkan gula Melaka, asam jawa dan garam secukup rasa. Ketepikan
3. Susun ayam yang direbus (dipotong beberapa bahagian) atas pemanggang yang arangnya sudah dinyalakan dan tersedia.
4. Panggang atau bakar ayam sambil sapukan / siramkan dengan bahan tumisan.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Masa memasak : 30 minit
Keistimewaan : Rasa masam manis dan pedas yang lazat
INFO : Bakar hingga 7-8 minit setiap bahagian dan balik-balikan. Ayam bakar tikka adalah menu berasal dari India yang sangat popular.
4. AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam | dipotong beberapa bahagian
- 3 sudu makan rempah kari | campur sedikit air jadikan pes
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Beberapa helai daun kari
BAHAN DIKISAR :
- 2.5 sm halia
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan dikisar bersama serbuk cili, kunyit dan garam secukup rasa. Perap selama 30 minit.
2. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Masa memasak : 30 minit
Keistimewaan : Enak dengan rasa ayam yang kaya dengan rasa rempah
INFO : Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih supaya rempahnya sebati dan meresap ke daging.
5. DAGING DENDENG HITAM
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg daging batang pinang | digoreng dan diketuk terlebih dahulu
- 1 cawan kicap manis
- 1 biji buah pala | ditumbuk
- 3 biji buah keras | ditumbuk
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 4 biji pelaga
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 tangkai bunga cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN DIKISAR :
- 7 tangkai cili kering | direbus dahulu sebelum mesin
- 2 biji bawang besar
- 3 sm halia
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Hiris daging sederhana tebal.
2. Rebus daging dengan sedikit air.
3. Tos daging dan tumbuk atau ketuk hirisan daging hingga leper dan bertekstur halus
4. Kemudian goreng dan ketepikan sebentar.
5. Panaskan minyak tumis bahan kisar dengan rempah empat sekawan (kulit kayu manis, pelaga,cengkih dan bunga lawang). Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
6. Masukkan buah pala, buah keras dan serbuk jintan manis. Kacau sebati
7. Masukkan daging dan kicap manis. Kecilkan api dan biarkan daging mereneh dan sebati dengan semua bahan-bahan di dalam kuali.
8. Perasakan dengan garam dan gula
9. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 6-7 orang
Masa memasak : 30 minit
Keistimewaan : Daging dimasak hingga empuk dan lembut dan kaya dengan rasa kicap lemak manis berempah
INFO : Jika suka daging yang sudah direbus juga boleh diperap dengan kicap manis selama setengah jam untuk rasa kicap yang lebih sebati. Pastikan setiap hirisan daging diketuk hingga teksur halus dan lembut.
TERIMA KASIH : Manisa Cafe, 16, Jalan Presiden F U1/F, Accentra Glenmarie, Shah Alam, Selangor. FB :manisacatering, IG:manisa_catering
Buat Sendiri Bingka Jagung, Puas Hati & Makan Puas.
Kalau korang suka makan Bingka Jagung, ini resipi Bingka Jagung sukatan cawan yang mudah korang nak buat sendiri di rumah. Lagi pun nak beli bingka sepotong boleh tahan harganya, kalau buat sendiri baru puas makan. Buat lebih boleh sedekah pada jiran-jiran atau bawa bekal ke pejabat.
BINGKA JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan gula
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung kastard
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- 2 sudu besar mentega
- 4 biji telur
- Secubit garam
- 1 tin jagung krim manis
- Biijan untuk hiasan
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
2. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
3. Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api perlahan.
4. Sentiasa kacau hingga timbul wap dan sedikit kental. Tutup api.
5. Sapikan mentega dalam loyang pembakar, tuangkan aduanan tadi di dalamnya.
6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 45 minit hingga 1 jam.
7. Setelah masak, guna api atas selama lima minit. Kemudian tutup ketuhar.
8. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.