Garlic Butter Spread ni jika di pasaraya, sebotol kecil harganya boleh tahan mahal. Berbelas ringgit. Kalau nak tahu, anda boleh je buat sendiri di rumah guna bahan-bahan yang sangat ringkas. Malah kosnya berkali-kali ganda lebih murah tau. Nak cuba? Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA BUAT GARLIC BUTTER SPREAD
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih – cincang halus (beli online DISINI)
Marjerin (sapuan ini tidak rasa masin. Jika mahu masin, tambahkan sedikit garam bukit)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan 1 sudu makan merjerin guna api perlahan. Masukkan bawang putih cincang.
2. Setelah bawang telah naik bau dan sedikit garing, masukkan 2 sudu makan mixed herbs. Kacau rata. Bila mixed herbs tadi naik bau, padamkan api. Biarkan sejuk.
Ads
3. Dalam mangkuk lain, masukkan 9 sudu makan marjerin. Tambahkan tumisan bawang putih dan herba tadi. Gaul rata.
4. Simpan garlic spread butter dalam bekas kedap udara.
5. Untuk menikmati garlic spread ni, sapu tipis pada roti sebelum dibakar.
6. Bakar atas non-stick pan. Lebih garing roti, lebih sedap rasanya.
7. Selain disapu pada roti, anda juga boleh menggunakan sapuan ini untuk menyediakan apa-apa sajian kegemaran anda.
Kudap-kudap mudah yang anda boleh hasilkan secara homemade. Makan sambil tengok TV, memang ralit. Sekejap je habis satu balang. Jom cuba resipi perkongsian saudari E-cah Katman ni.
KACANG TANAH GORENG
BAHAN-BAHAN:
Kacang tanah besar
Bawang putih – hiris
Halia – hiris
Serbuk nasi goreng
Air secukupnya
Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.
3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.
4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Jika tak nak guna serbuk nasi goreng, boleh juga guna garam halus biasa.
Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya kerepek dan kudapan tradisi. Kerepek Bawang, Kuih Siput dan Putu Kacang adalah antara yang masih menjadi pujaan penggemarnya tidak kira tua atau muda. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat resipinya.
1. KEREPEK BAWANG
BAHAN DOH BAWANG:
500gm tepung gandum
100gm bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
3 sudu makan pes cili kering
125ml air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DOH MARJERIN:
500gm tepung gandum
180gm marjerin
1/2 sudu teh garam halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bagi menghasilkan doh bawang, kisar bawang merah, bawang putih dan serai bersama air sehingga halus. Tapiskan. Jangan buang air kisaran bawang.
Satukan tepung gandum, bawang yang ditapis, udang kering dan juga garam. Gaul rata.
Masukkan air kisaran bawang tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.
Tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
Bagi menyediakan doh marjerin, gaul tepung bersama marjerin dan garam. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh seakan doh bawang tadi.
ahagikan doh bawang dan doh marjerin menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan canai hingga nipis.
Tindih doh bawang dan doh marjerin. Gulung dengan kemas.
Hiris gulungan doh dengan nipis menggunakan pisau tajam dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
Angkat dan toskan minyak. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Semasa menguli, masukkan air sedikit demi sedikit bagi memastikan doh tidak terlalu lembik.
2. KUIH GUNTING
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
5 ulas bawang merah | dihiris dan digoreng garing
2 ulas bawang putih | dihiris dan digoreng garing
1 sudu makan jintan manis | dikisar halus
2 sudu makan serbuk kari
50gm udang kering | direndam dan ditumbuk halus
250ml air
125ml minyak masak | dipanaskan
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumbuk bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng garing hingga hancur. Ketepikan seketika.
Satukan tepung gandum, udang kering, jintan manis dan serbuk kari ke dalam mangkuk.
Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
Seterusnya, tuang minyak masak panas dengan berhati-hati. Gaul rata.
Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi sebati serta tidak melekat pada bekas. Biarkan doh seketika.
Canai doh hingga nipis dan potong mengikut saiz yang bersesuaian. Goreng dalam minyak yang panas bersama daun kari sehingga menjadi warna keemasan.
Angkat dan toskan minyak. Simpan di dalam bekas kedap udara.
3. KUIH SIPUT
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
250ml minyak masak
180ml air
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan minyak masak. Gaul hingga rata.
Kemudian masukkan air yang telah dilarutkan dengan garam dan gula. Tuang sedikit demi sedikit.
Uli doh sehingga sebati dan tidak melekat pada bekas. Bahagiakan doh kepada beberapa bahagian kecil dan uli memanjang.
Potong doh yang diuli tadi secara kecil dan bentukkan doh menggunakan acuan siput.
Panaskan minyak dan goreng kuih siput hingga garing. Masukkan daun kari ketika kuih siput hampir masak.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Doh dipotong kecil bagi mendapatkan saiz kuih siput yang sama besar.
4. POPIA SIMPUL
BAHAN POPIA:
Kulit popia bersaiz kecil secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SERUNDING IKAN:
1kg ikan sardin | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
500ml santan
20 tangkai cili kering | dikisar
20 ulas bawang merah | dikisar
10 ulas bawang putih | dikisar
7 batang serai | dikisar
5cm halia | dikisar
Garam dan gula secukup rasa
120ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Asingkan isi ikan dan tumbuk halus. Ketepikan seketika.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
Kemudian masukkan isi ikan dan tambahkan santan sedikit demi sedikit.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Kacau sehingga serunding menjadi kering.
Bagi menyediakan popia simpul, potong kulit popia menjadi tiga bahagian.
Letakkan serunding di tengah-tengah kulit popia. Gulung dan simpul dengan berhati-hati.
Panaskan minyak dengan banyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Info chef: Biarkan popia sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan popia menjadi lemau.
Adunan Lempengyang sedap, lembut dan gebu tentunya jadi kegemaran ramai. Bagi penggemar hidangan ini, resipi adunan lempeng sedap perkongsian saudara Fuad Ismail Iskandar ini tentunya harus dicuba.
Lempeng ni cukup mudah.Bahan-bahannya juga tidak terlalu banyak. Orang bujang pun boleh buatnya dengan senang.
Lempeng sedap dan gebu ini boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Antaranya boleh dimakan bersama Sambal Tumisa tau kari. Kalau nak cicah susu pekat manis pun boleh. Jomlah cuba. Anda pasti sukakannya.
RESIPI ADUNAN LEMPENG YANG MUDAH, SEDP & GEBU
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan tepung gandum – beli online disini
3 ½ cawan air
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit aji/perasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1.untuk membuat adunan lempeng, satukan semua bahan dan adun hingga sebati.
2.Untuk lebih mudah, satukan semua bahan dan kisar guna blender hingga halus dan tidak berketul.
3.Panaskan kuali nonstick kemudia masak adunan lempeng tadi hingga habis.
4.Angkat dan nikmatinya bersama pelbagai menu sampingan seperti sambal tumis, sambal sardin, kari atau pun susu pekat manis ( RASA)
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...