Lauk gulai kuning lengkuas ikan aya atau ikan tongkok selalu jadi hidangan pagi di negeri Pantai Timur. Makan dengan sambal belacan memang padu rasa.
Dapat pula kalau yang memasaknya mak-mak yang mahir memasak memang lagi sedap rasa. Cukup rasa dan pekat gulainya. Cuma bila kita buat sendiri rasanya tak sama, gulai tak jadi pekat dan kurang ‘kick’.
Bagi yang menikmati gulai kuning lengkuas ikan yang sedap perkongsian dari Afy Al Habibi boleh dijadikan panduan untuk masak sendiri.
Menurut Afy cara masak yang dikongsi ini adalah dari mok atau ibunya, cara orang tua dulu. Hasilnya memang dijamin sedap teruk!
-7 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
-3 ulas bawang putih
-7 hiris bulat nipis lengkuas
-3 inci kunyit hidup
-1/2 sudu teh serbuk kunyit
-3 sudu besar cili kering kisar
Bahan rebusan bersama ikan aya
1 kg ikan aya
3 sudu besar garam
1 keping nisse (gula kerek/gula nisan)
4-5 hiris nipis lengkuas
3 hiris nipis halia
Cara membuat:
1. Masuk ikan dalam periuk, tambah air separuh dari sukatan ikan. Rebus sehingga masak. Jangan terlalu lama takut isi hancur. Dah masak ketepikan dulu.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan santan pekat asli 1/2 kg. Masukkan air. (Sukat ikut kuantiti santan; contoh kalau guna santan dalam plastik, sukat ikut kuantiti santan tadi).
3. Masukkan juga air rebusan ikan 2 senduk.
4. Masak atas api dapur. Perasakan dengan garam gula dan perisa ikut citarasa. Seimbang rasa masin manis sahaja.
5. Selepas kuah mendidih, susun ikan tadi dalam periuk gulai.
6. Ambil juga 2 kepingan asam keping dari rebusan ikan tadi masukkan dalam periuk.
6. Tambah potongan timun batang, kacang panjang dan 3 tangkai lada solok Siam.
7. Tutup api selepas 10 minit.
Selamat mencuba.
Sumber: Afy Al Habibi