Cara Buat Gulai Tulang Ikan Masin & Terung, Sedap Ye.

Share

Orang utara mesti suka gulai tulang ikan masin campur terung, sesetengah tempat menu ni selalau menjadi menu rewang atau bila ada kenduri kendara. Bunyi macam biasa-biasa tapi kalau dah rasa memang bertambahlah nasi. Tapi kalau korang teringin boleh je cuba buat sendiri, tak perlulah tunggu kenduri. Resipi ada disertakan ini:-


.

GULAI TULANG IKAN MASIN & TERUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam
  • 2 biji terung bulat | belah empat
  • 500ml santan kelapa
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup

BAHAN TUMIS DARAT:

  • 4 biji bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 1 sudu makan rempah campur
  • 1 tangkau daun kari | lurut dari tangkai

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.
  2. Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.
  3. Renehkan atas api sederhana hingga mendidih dan terung empuk.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).
  5. Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.
  6. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.
  7. Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.
  8. Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dalam periuk gulai tadi.
  9. Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.
Published by
webadmin