Cara Mudah Buat Hokkaido Cupcake Lembut & Gebu

Share

Sedapnya bila dapat makan kek Hokkaido yang gebu dan lembut untuk minum petang kan. Lagi-lagi dengan isian fillingnya yang tidak terlalu manis.

Tapi kali ini, kita kongsikan resipi cara nak buat kek Hokkaido mini atau Hokkaido cupcake. Mudah je nak buat.

Resipi yang dikongsi oleh Sha Roziah Al Yahya ini, sesuai buat hidangan untuk anak-anak. Pasti mereka suka!

 

HOKKAIDO CUPCAKE

Cara Mudah Buat Hokkaido Cupcake Lembut & Gebu

BAHAN A:

4 biji kuning telur
3 sudu besar gula kastor (gula kisar)
1 sudu kecil esen vanilla

BAHAN B:

4 biji putih telur
4 sudu besar gula kastor (gula kisar) – beli online di sini
1 sudu kecil cream of tar tar @ 1 sudu kecil perahan lemon

BAHAN C:

½ cawan tepung gandum – beli online di sini
½ sudu kecil baking powder
Garam halus
2 sudu besar tepung jagung @ kastard – beli online di sini

BAHAN D:

½ cawan susu cair – beli online di sini
¼ cawan @ 5 sudu besar minyak masak – beli online di sini

CARA MEMBUAT:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder, garam halus dan tepung jagung. Ketepikan.
2. Untuk bahan A, kacau-kacau guna whisk atau senduk sampai sebati.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit. Kacau rata.
4. Masukkan minyak masak. Kacau lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.


5. Mix bahan B selama 20 minit dengan hight speed sampai jadi meringue.
6. Ambil 1 senduk meringue tadi masuk dalam adunan dan kaup balik. Buat seterusnya sampai habis.
7. Masukkan adunan dalam cup 3/4 atau hampir penuh.
8. Panaskan ketuhar dengan suhu 180C selama 5 minit. Masukkan cup dan turunkan suhu 160 atau 170C.


9. Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sampai permukaan perang. Boleh juga cucuk lidi untuk periksa sama ada sudah masak atau tidak. Jika lidi bersih, tanda sudah masak.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

BAHAN FILLING:

125g cream cheese
3 sudu besar gula aising (boleh lebihkan kalau nak manis)
2 sudu besar whipping cream @ susu cair (optional)

CARA MEMBUAT:

1. Mix sampai kembang dan tambah sedikit perahan lemon kalau nak masam sikit. Boleh abaikan kalau tak suka.
2. Masukkan whipping/susu cair bagi filling leleh-leleh sikit. Pilihan tak nak letak pun boleh.
3. Mix sebati. Masukkan dalam piping bag, gunting hujungnya dan paipkan cup cake.

BAHAN KRIM KASTARD:

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad – beli online di sini
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur (saiz L)
1 sudu besar mentega

CARA MEMBUAT:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat.
Bila dah sejuk paipkan ke dalam cupcakes menggunakan nozel, taburkan gula icing dan siap dihidang.

Resipi asal: Azlina Ina
Dicuba oleh: Sha Roziah Al Yahya

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff