
Honey lemon chicken ini kalau buat memang anak-anak akan suka. Tak pedas, rasa masam manis yang sedap. Boleh dijadikan lauk tapi paling best diratah. Jadi pastikan buat banyak. Cara membuat pun mudah, goreng dalam airfryer saja. 20 minit siap!
Resipi honey lemon chicken

Bahan-bahan
Ayam bahagian drummet
Bawang putih -dihiris
Perencah New Orleans
Hirisan lemon
Madu
Cara memasak
1. Bersihkan ayam dan campur dengan hirisan bawang putih.
2. Tabur perencah New Orleans dan sedikit gula jika suka.
3. Perap ayam selama sejam.

4. Susun hirisan lemon dalam airfryer, kemudian susun ayam di atas lemon tadi satu demi satu.
5. Setkan suhu 180 darjah dan masa 10 minit.
6. Selepas 10 minit sapu madu di atas ayam dan tambah lagi 10 minit.

Siap.
Kredit resipi & foto: Linda Safar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Sosej Ayam Jumbo. Sedap, Murah & Boleh Frozen

Suka makan sosej? Biasa anda beli je kan sosej sejuk beku di pasaraya. Malah sosej bersaiz jumbo ni boleh tahan mahal harganya. Jadi apa kata anda belajar buat sosej ayam secara homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Zaini Talib. Rasanya dijamin lebih sedap malah anda juga boleh kawal kandungan garam serta bebas MSG. Amat mudah! Anda pasti sukakannya. Malah lebih yakin untuk dihidangkan buat anak-anak.
SOSEJ AYAM JUMBO HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping isi dada ayam – berat lebih kurang 200gm setiap satu
- 1 biji bawang besar @ 3-4 biji jika guna bawang kecil
- Cili kering – jika mahu rasa pedas
- 4 ulas bawang putih
- Sedikit lada hitam – jika suka
- Sedikit garam
- 2 biji telur
- 4 sudu tepung ubi
- Sedikit serbuk oregano – jika suka
- Sedikit daun ketumbar – saya tambah sebab suka
- Sayur-sayur seperti lada benggala, lobak merah, cendawan butang ( jika suka)
CARA MEMASAK:
1. Potong isi ayam kecil-kecil dan satukan bersama bahan-bahan lain ( kecuali tepung ubi).

2. Masukkan ke dalam food processor. Kisar halus.
3. Letak bahan kisar tadi ke dalam mangkuk. Tambah tepung ubi dan kacau sebati.
4. Ambil piping bag dan isi dengan isi ayam kisar tadi.

5. Seterusnya paipkan isi ayam ke dalam plastik aiskrim. Boleh juga paip ata cling film dan gulung ketat-ketat. Pintal kedua-dua hujung untuk membentuk sosej.
6. Kukus atau rebus sosej selama 15 minit atau sehingga masak. ( empunya resipi masak guna teknik kukus).

7. Buang plastik dan boleh dipanggang. Jika ada lebihan, boleh juga disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.

INFO RASA:
- Jika tiada food processor, boleh tumbuk atau kisar guna blender kering.
- Andai tak mahu masak sosej sekali dengan plastik pembungkus ( atas sebab kesihatan), anda boleh bekukan sosej terlebih dahulu. Setelah keras, buang plastik dan boelh direbus atau dikukus.
Kredit resipi & foto: Zaini Talib
Ini 5 Menu Olahan Pecal Yang Sangat Sedap.

Sesekali pekena pecal memang sedap. Sebab kaya dengan rasa kuah kacang yang lemak pedas digaul dengan pelbagai jenis sayur dan isian, hemm… Memang terangkat. Cuba korang bayangkan bila kuah pecal selain digaul dengan sayur-sayuran, rupanya pecal sedap juga bila ditambah telur, mi dan ayam. Kalau korang lebih kreatif boleh je tambah dengan isian lain, ikut selera korang.

KUAH PECAL:
BAHAN KUAH KACANG:
- 200gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
- 4 sudu besar gula perang atau pasir
- 1 biji cili merah | dihiris
- 6 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih |dihiris
- 3 biji bawang merah |dihiris
- 1cm halia | dihiris
- Sedikit belacan
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Air panas secukupnya |untuk membancuh sambal kacang
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
- Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
- Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
- Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati, tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
- Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
- Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
- Sedia hidangkan dengan bahan isian ikut cita rasa.

PECAL SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN SAYURAN:
- 5 batang kacang panjang | dicelur dan potong 3cm
- 5 pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
- 50gm timun |dihiris memanjang
- 50gm lobak merah |dihiris memanjang
- 50gm sengkuang |dihiris memanjang
- 500ml kuah pecal.
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan sayuran yang dicelur dan dihiris halus di dalam pinggan hidangan.
- Kemudian tuangkan kuah pecah di atasnya dan gaul rata.
- Pecal sedia dihidangkan. Atau boleh saja dihidangkan secara berasingan.

PECAL MI CAMPUR SAYUR
BAHAN-BAHAN
- 200gm mi kuning | dicelur
- 50gm tempe | dihiris dan goreng
- 50gm tauhu | digoreng dan hiris nipis
- 1 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
- 1 biji kentang | digoreng dan dihiris nipis
- Sedikit tauge | dicelur
- Sedikit kangkung | dicelur dan potong 3cm
- 500ml kuah pecal.
CARA MEMASAK:
- Masukkan mi dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan hirisan tampe, kentang, tauhu, tauge,dan kangkung.
- Hidangkan bersama kuah kacang.
- Gaul sekali dengan kuah baru hidang pun boleh.

PECAL AYAM GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm dada ayam goreng | dihiris nipis
- 50gm lobak merah | diparut halus
- 50gm sengkuang | diparut halus
- 300ml kuah pecal.
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan sayuran dan isi dadaa yang yang telah digoreng dalam pinggan.
- Kemudian hidangkan dengan kuah pecal.
- Jika ingin terus makan boleh saja tuangkan kuah atas bahan hirisan dan gaul rata.

PECAL NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
- 200gm nangka muda | dipotong dadu dan rebus
- 2 batang pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
- Sedikit hirisan timun
- 300ml kuah pecal
CARA MEMASAK:
- Masukkan campuran nangka muda dalam mangkuk.
- Kemudian tuangkan kuah kacang di atasnya dan hidangkan.

PECAL TELUR KENTANG GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
- 2 bji kentang rebus | digoreng dan belah empat
- 50gm lobak merah | diparut kasar
- 50gm timun | diparut kasar
- 300ml kuah pecal
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan isian dalam pinggan.
- Kemudian hidangkan bersama kuah pecal.
PECAL TAUHU TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 tiup tauhu Jepun | dihiris bulat
- 1 biji telur
- 50gm lobak merah | diparut halus
- 50gm sengkuang | diparut halus
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tauhu yang telah dicelup telur hingga kuning keperangan
- Hiris dan susun dalam piring bersama parutan lobak merah dan sengkuang.
- Hidangkan bersama kuah pecal.
Cara Memasak Masakan India Ayam Varuval , Warisan Turun Temurun…


Varuval tu maksudnya garing..haa terjadilah ayam masak garing yang sungguh lazat ini. Masakan India ini antara sajian popular di kalangan masyarakat India. Orang Melayu pun gerenti suka lah.
Jom ikut langkah memasaknya seperti yang dikongsikan oleh Kalaivani a/p Krishnasamy ini.
AYAM VARUVAL
- 1/2 ekor Ayam
- Halia
- Bawang putih
- Serbuk kunyit
- Serbuk kari
- Garam
CARA MEMASAK:


- 4 sudu besar jintan manis
- 15 ulas bawang putih
- Daun kari
- Cili kering
- 3 biji bawang besar
- Halia-ditumbuk halus
- 1 biji tomato
- 3 sudu besar serbuk cili/ cili kering kisar

CARA MEMASAK:
- Goreng jintan manis dalam minyak. Ketepikan.

2 Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari. Ketepikan juga. Bahan-bahan ini nak letak banyak pun boleh sebab tidak akan pedas dan tidak akan ade bau bawang putih. Lagi tambah lagi sedap.

3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan tomato. Tumis sampai bawang tukar warna.

4. Sudah bertukar wana boleh masukkan serbuk cili kering atau cili kering kisar. Tambah ikut selera masing-masing sebab varuval tidak boleh pedas sangat sebab nanti tidak sedap. Masak atas minyak jangan letak air sebab air dari bawang itu pun dah cukup. Kalau mahu lebih sedap tambah lagi bawang.

5. Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu sampai garing dan pecah minyak sebab varuval kena garing dan rasa manis sedikit


7. Selepas itu masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sebati dan rasakkan lagi jika perlu tambah bahan perasa.

8. Sudah siap boleh tutup api. Boleh taburkan daun pudina atau daun ketumbar.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Kalaivani Krishnasamy

