Cara Buat Ikan Lengat Yang Sedap, Tak Hanyir & Tahan Lama.

Share

Pernah cuba makan Ikan Lengat? Ha…bagi yang biasa, pasti tahu macam mana seleranya kalau makan lauk ni kan? Sangat ringkas tapi ia mampu membuka selera makan. Kalau orang Pantai Timur, Ikan Lengat ni dikenali dengan nama ikan rebus atau ikan kukus. Kalau orang Utara, panggil Temenung lengat. Ada rasa masam-masam masin sikit. Memang sedap! Nak cuba resipi Ikan Lengat sedap perkongsian Chef Sue M Arukin

ni? Jom lihat bahan-bahannya.

 

RESIPI IKAN LENGAT YANG SEDAP SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 kg ikan temenung segar – boleh juga guna ikan kembung atau sardin
  • 3 sudu makan garam
  • 7-8 keping asam gelugur/ keping

 

CARA MEMASAK:

1. Siang ikan dan bersihkan. Kemudian perap bahan-bahan diatas bersama ikan selama 1 jam.

 

2. Susun dalam periuk kukusan dan kukus sehingga ikan masak.

 

 

3. Bila dah masak, simpan ikan dalam bekas tertutup. Simpan dalam peti sejuk.Lagi lama disimpan, lagi sedap dan masam. Ikan ini tahan lama.

 

4. Bila nak digoreng, jangan letak garam atau serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sahaja.

 

5. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin

 

Nak lebih banyak resipi berasaskan ikan? Dapatkan disini.

Published by
Nur