Cara Buat Ikan Masam Goreng, Lagi Lama Perap Dengan Asam Lagi Sedap

Share

Namanya ikan masam, bukan ikan pekasam tau. Memang nampak hampir sama tapi ikan ini ada rasa unik tersendiri.

Rasanya masam kerana diperap menggunakan asam keping dan asam jawa. Bila goreng, efeknya seperti goreng ikan kering, harum bau satu rumah. Katanya, lagi lama diperap lagi sedap.

Nak buat sekilo ikan terus pun boleh. Nak makan bila-bila masa, goreng saja dan lebihannya bolehlah di simpan dalam peti ais. Cara membuat ikan masam seperti yang dikongsikan oleh Ida Shahida ini.

Cara buat ikan masam, lagi lama perap lagi sedap

Bahan-bahan:

1kg ikan
1 sudu kecil garam kasar
20 keping asam keping
1 sudu besar asam jawa
Gula secukup rasa
2 sudu besar air

Cara membuat:

1. Kembangkan asam keping, masukkan air dan dan asam jawa. Satukan dalam bekas.

2. Air tak perlu banyak kerana semasa perap ikan akan mengeluarkan airnya juga.

3. Perap selama 24 jam (dah boleh dimakan) tapi kalau nak sedap lagi perap 2-3 hari baru digoreng.

4. Jika agak kekeringan bila sudah diperap beberapa hari, boleh masukkan 2-3 sudu air untuk mengembangkan ikan semula.

5. Ikan ini boleh disimpan dan akan tahan lama asalkan dimasukkan ke dalam peti ais.

6. Cara menggoreng, basuh sedikit ikan sekadar nak bersihkan atau tak perlu cuci pun boleh. Kemudian terus digoreng.

 

Sumber : Ida Shahida

 

 

Published by
Rose