Cara Buat Ikan Sepat Tumis Cili Kering, Macam Sambal Ikan Kering

Share

Selalunya, kita makan ikan kering sepat dengan cara menggoreng. Kali ini RASA ingin tunjukkan cara lain bagi menikmati ikan kering sepat dengan lebih wow lagi.

Dengan cara masak begini, ikan kering sepat itu menjadi bagaikan sambal ikan kering. Anda bukan sahaja dapat menikmati ikan kering sepat itu tetapi turut dapat makan bawang dan cili kering yang ditumis. Jadi lebih sedap.

Jom kita lihat resipinya.

IKAN SEPAT TUMIS CILI KERING

BAHAN-BAHAN
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
3 ekor ikan kering sepat
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT
1. Hiris bulat bawang besar.
2. Hiris halus bawang putih.
3. Potong-potong cili kering dan buang bijinya.
4. Ikan kering sepat dibasuh dan dipotong-potong.
5. Panaskan minyak masak. Goreng ikan kering sepat.
6. Agak-agak separuh masak, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering.
7. Goreng lagi sehingga semerbak baunya.
8. Angkat dan sedia dihidang.

Tip: Cili kering boleh juga diganti dengan cili padi.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas