
Nama saja ikan kukus tapi sebenarnya lauk ini langsung tak perlu keluarkan periuk pengukus bagai. Resipi ala Chinese style ini diolah oleh Fienaz Shafie dengan cara yang mudah, boleh dimasak hanya menggunakan microwave saja.
Resipi ikan tilapia kukus ala Chinese style

Bahan-bahan
1 ekor ikan talapia
Halia (hiris)
Daun bawang
10 ulas bawang putih
1 sudu besar salt & spice
1 biji cili merah besar
2 sudu besar bawang putih goreng
Bahan sos
4 sudu besar taucu
1 sudu kecil gula
1 sudu bedar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Cara memasak
- Sediakan pinggan mesra microwave. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan daun bawang ke dalam pinggan dan letakkan ikan diatas bahan tadi.

2. Kemudian masukkan juga 3 ulas bawang putih, hirisan halia dan daun bawang ke dalam perut ikan. ikan talapia
3. Taburkan salt & spice atas ikan dan lumur ke seluruh ikan kemudian taburkan juga hirisan halia di atas ikan.
4. Masukkan ikan tadi ke dalam microwave dan pilih mode auto Steam Fish.

5. Setelah 4 minit siap masak keluarkan ikan.
6. Campurkan kesemua bahan sos di dalam mangkuk mesra microwave dan panaskan menggunakan microwave selama 2 minit (pilih mode auto reheat selama 2 minit).
7. Setelah siap panaskan, curahkan sos taucu di atas akan, dan hias ikan dengan hirisan halia, daun bawang dan cili merah.

8. Curahkan minyak yang telah dipanaskan di atas ikan dan taburkan bawang putih goreng. Siap!

Kredit resipi & foto: Fienaz Shafie
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Resipi Mudah Guna Ikan Bilis. Merecik Sedap!

Orang kata, ikan bilis ni menu sementara menunggu gaji masuk. Kini tidak lagi. Ikan bilis pun mahal ye harganya. Jika dah bosan atau tak ada selera makan, ikan bilis ni boleh jadi lauk penyelamat. Dengan nasi panas je pun dah cukup berselera. Jom cuba!
1. SAMBAL HIJAU PETAI BILIS

BAHAN-BAHAN:
- 250gm ikan bilis | kopek
- 200gm cawan isi petai
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- Minyak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili hijau
- 10 biji cili padi hijau
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2.Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
3.Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
4.Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
5.Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
6.Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7.Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
8.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
2. SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | kopek
- 200gm isi petai
- 3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3 tangkai cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2.Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
3.Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4.Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
5.Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
6.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7.Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8.Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
3. SAMBAL GORENG JERING BERSAMA IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
- 300gm jering tua | hiris melintang
- 200gm ikan bilis | kopek
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 3-4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3 biji cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan.
2.Seterusnya goreng jering hingga garing, angka dan ketepikan.
3.Menggunakan kuali yang sama tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili.
4.Kacau hingga pecah minyak.
5.Masukkan air asam jawa, diikui dengan ikan bilis dan jering goreng tadi.
6.Kecilkan api, kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
7.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8.Apabila sambal sudah kelihatan kering dan warna coklat kehitaman, tutup api.
9.Sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jering selain goreng boleh juga rebus dahulu, jika tidak mahu ia terlalu keras.
4. SAMBAL IKAN BILIS GARING

BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | dikopek
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 6 ulas bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 15-20 tangkai cili kering | dikisar
- 1 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2.Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4.Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
5.Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
6.Masukkan pula hirisan bawang besar.
7.Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
8.Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
INFO CHEF:
1.Gunakan ikan bilis saiz sederhana dan putih kerana ia lebih ranggup.
2.Untuk pastikan pes cukup masam masin dan manisnya, pes akan bertukar warna merah menjadi merah kehitaman.
5. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
- 150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
- 6 ulas bawang merah | dikisar kasar
- 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
- 10 tangkai cili kering | dikisasr halus
- 10 biji cili padi | dikisar halus
- 1 sudu besar air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
2.Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
4.Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
5.Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
6.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain terung pipit boleh juga gunakan lobak jeruk manis atau masin. Tetapi potong dadu kecil.
6. SAMBAL BILIS TUMBUK

BAHAN-BAHAN:
- 100gm ikan bilis | dikopek
- 10 tangkai cili padi
- 1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
- 1 biji limau nipis
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Cuci ikan bilis dan toskan.
2.Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
3.Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
4.Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
5.Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
6.Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
INFO CHEF: Selain tomato, boleh juga gunakan belimbing buluh (hiris nipis atau tumbuk bersama ikan bilis).
7. SAMBAL BILIS BERTELUR

BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis | dikopek
- 2 biji telur
- 20 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
2.Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
3.Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
4.Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
5.Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
6.Tutup api angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Isi ikan masin talang juga enak dimasak seperti ini tetapi ia perlu didadu kecil sebelum dijadikan sambal dan dicampurkan telur.
Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari, Mudah & Sedap. Campak-campak Siap!

Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari menu mudah untuk disediakan. Bak kata empunya resipi campak-campak siap. Rasanya pun sedap dan cukup menyelerakan.
Bagi yang suka ikan tenggiri ini antara salah satu menu yang boleh anda buat untuk ikan kegemaran anda. Nak tukar ikan lain pun boleh juga tapi cara masaknya tetap sama.
Buat lauk makan tengah hari atau makan malam ni memang membangkitkan selera. Bolehlah cuba nanti!
Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari

BAHAN-BAHAN
3 keping isi ikan tenggiri – gaul garam kunyit dan goreng
2 biji bawang besar – hiris dan belah 6
2 inci halia
1 sudu halba campur
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih – diketuk
5 biji cili padi
2-3 sudu cuka makan
1 cawan air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa

CARA PENYEDIAAN:
- Perap ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng dan ketepikan.
- Panaskan minyak tumis bawang besar, halia, halba dan daun kari.

- Tumis sampai kekuningan dan terbit bau.
- Kemudian masukkan cuka makan. Kacau sebati.

- Masukkan air dan biarkan mendidih.

- Masukkan ikan, bawang besar yang dibelah 6, bawang putih yang diketuk dan cili padi. Kacau sebati.

- Masukkan garam dan serbuk perasa, gaul sebati dan biarkan seketika.

- Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Liza Idris
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Gulai Ikan Utara, Letak Halba Baru Ngam, Makan Dengan Nasi Putih Memang Surrr…
Ikan Rebus Ayaq Asam, Menu Pembuka Selera. Letak Kerisik Lagi Mantap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Pedas & Menyengat. Ini Resipi Cencaru Sumbat Paling Sedap.

Anda dan keluarga suka makan hidangan pedas? Jika ya, menu Cencaru Sumbat perkongsian saudari Ratna Sari Zain ni pasti kena dengan selera. Menu mudah dan memang membuka selera. Sesuai sangatlah cuba untuk sajian makan tengahari atau makan malam ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
IKAN CENCARU SUMBAT BERASAP
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan cencaru – saiz sederhana
- Air belacan
- Air asam jawa
- Garam & serbuk kunyit untuk perapan
- Gula
- Limau kasturi ( tambahan)
BAHAN KISAR:
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 4 batang serai
- 10 biji cili burung ( cili padi/kampung)
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan dan belah belakang.

2. Kemudian lumur garam serta serbuk kunyit. Jumlahnya agak-agak sahaja.

3. Potong kecil bahan-bahan kisar supaya senang lumat.

4. Masukkan sedikit air dan kisar jangan hancur sangat. Pastikan teksturnya kasar sedikit.

5. Ambil sedikit bahan kisar tadi dan sumbat ke dalam perut ikan. Jangan gunakan semua kerana ia akan digunakan untuk buat kuah nanti.

6. Perap ikan selama 3 jam atau lebih. Kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan.

7. Untuk kuah, panaskan minyak dan masukkan lebihan bahan kisar tadi.

8. Bila dah garing dan naik bau, masukkan air belacan dan air asam jawa secukupnya.

9. Tunggu sekejap sehingga kering. Kemudian barulah dimasukkan garam serta gula. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi.

10. Gaul rata dan siap untuk dinikmati. Perah limau kasturi untuk lebih sedap.

https://www.facebook.com/poh.ratnasari/videos/10209427225709580/?t=0
Kredit resipi & foto: Ratna Sari Zain






