
Jom buat Jamu Kempis Perut homemade perkongsian saudari Masz Rita ni. Maklumlah setelah sakan beraya dan makan macam-macam, pasti ramai yang mengalami masalah penambahan berat badan, badan rasa berangin, perut sebu dan sebagainya. Bagi yang nak atasi masalah ni secara sihat, boleh cuba buat jamu kempis perut ni. Tidak menggunakan bahan kimia dan hanya bahan semulajadi sahaja digunakan. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT JAMU KEMPIS PERUT SECARA HOMEMADE MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI
BAHAN-BAHAN ( hasil 345 biji):
- 8 ulas bawang putih – beli online disini
- 5-6cm halia
- 1/2 sudu makan lada hitam – beli online disini
- 6 sudu makan halba – beli online disini

CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan semua bahan. Kemudian tumbuk bahan-bahan tadi hingga agak-agak hancur kemudian kisar tanpa air.
2. Kemudian bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. Biarkan jamu kering dan simpan dalam peti sejuk.

3. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan.

4. Jamu ini boleh membuang angin dalam badan, mengempiskan perut dan menurunkan berat badan secara semulajadi.
Kredit resipi & foto: Masz Rita
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Mudah Buat Ikan Bilis Pintal Rangup

Biskut raya dah hampir nak habis. Tetamu bakal berkunjung lagi . Bolehlah fikirkan menu yang boleh dijamu untuk tetamu selain biskut. Ini antara yang disukai dan tidak menjemukan. Ini resipi ikan bilis rangup ibu mentua Puan Norhidayah Kurdus.
Bahan-bahan:
Doh adunan tepung gandum, daun sup, daun bawang, planta, santan dan air garam sedikit.

Cara membuat:
1.Proses melenyek doh dan dipotong memanjang.

2.Ikan bilis sederhana bsr sng utk melilit.

3.Proses melilit ikan bilis seekor2 perlu kesabaran yg tinggi ya

4.Hasilnya setelah dililit kemas kt ikan bilis.

5.Siap digoreng !! Rangup & sedap.

Credit : Norhidayah Kurdus
Tortilla Wrap, Idea Buat Ibu Bekalkan Anak Ke Sekolah

Cuti sekolah bakal berakhir. Ibu-ibu dah fikir nak bekalkan makanan apa untuk anak-anak ke sekolah? Tortilla wrap ini mungkin salah satu idea bekal yang mudah dan berkhasiat untuk anak-anak.
Nak sediakan pun tak renyah. Waktu pagi pun masih sempat lagi nak buatkan untuk bekalan anak-anak. Bila digulung, anak-anak nak pegang dan makan pun mudah. Tak comot!
Ikuti perkongsian Nur Mimie menyediakan tortilla wrap yang lazat ini. Selain dijadikan sarapan pagi, sesuai juga dijadikan snek minum petang.
BAHAN-BAHAN:
Roti tortila
Isi ayam
Tepung Bestari – Boleh beli online di sini
Cornflake – Boleh beli online di sini
Nestum – Boleh beli online di sini
Telur
Sos cili
Sos Thousand Island – Boleh beli online di sini
Sos Kewpie Roasted Sesame
Mayones – Boleh beli online di sini
Timun
Tomato
Salad

CARA MEMASAK:
1. Perap seketika isi ayam dengan tepung Bestari. Lagi lama, lagi sedap.
2. Campurkan tepung Bestari, Cornflake dan Nestum dan gaul rata. Ketepikan.
3. Ketika nak menggoreng, celupkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam telur.
4. Kemudian, celupkan pula ke dalam campuran tepung Bestari, Cornflake dan Nestum tadi untuk menambahkan kerangupan ayam goreng. Sedap kan nampak. Krup krap krup krap lagi bertambah crunchy!

5. Selesai menggoreng, potong isi ayam goreng tadi menjadi kepingan-kepingan kecil.

6. Letakkan roti tortila, sapu rata mayones di atasnya. Susunkan pula sayuran seperti kepingan salad, tomato dan juga timun yang telah dihiris.

7. Selepas itu, bolehlah diletakkan isi ayam di atasnya. Lagi banyak, lagi sedap dan mengenyangkan.

8. Letakkan pula sos-sos pilihan seperti sos cili, sos Thousand Island dan sos Kewpie.

9. Kemudian, bolehlah digulung mengikut kreativiti masing-masing.

Nah, mudah kan buat tortilla wrap. Buat lebih beberapa keping. Boleh juga dijadikan sarapan untuk kita dan juga pasangan.
Kredit: Nur Mimie
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Roti Puri Kelapa Tanpa Yis, Mengimbau Memori Ketika PKP Dulu
Boba Kampung Ni Boleh Dimakan Panas & Ditambah Ais Pun Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cuba Dulu! Ni 7 Resipi Salad Untuk Yang Bukan Pemakan Salad.

Kalau nak makan salad yang ada sayuran saja, memang membosankan. Tapi lain lah kalau anda tahu akan resepi salad yang unik dan bermacam jenis perisa, kan?
Pada masa kini pemakanan salad semakin popular dan menjadi antara makanan pilihan orang ramai. Ini kerana mereka sedari bertapa pentingnya menjaga kesihatan kepada tubuh badan mereka.
Kepada mereka yang was-was tentang sajian salad atau baharu mahu menjinak-jinaknya diri, ada beberapa resepi salad yang boleh anda cuba untuk menyenangkan anda menjadikan salad sebagai sebahagian daripada pemakanan seharian anda. Perkongsian dari Butterkicap
1. Salad Cajun Ayam Goreng

Kepada mereka yang mengemari ayam goreng tetapi masih mahu mengamalkan pemakanan yang sihat, kami mengesyorkan agar anda mencuba resepi salad ini. Keunikan salad cajun ayam goreng ialah pada kombinasi kerangupan ayam dan sayuran, sambil memberi perisa yang lebih enak dengan campuran ayam Cajun.
Bahan-bahan:
- 2kg ayam ( dihiris sederhana )
- 2 sudu kecil Garam dan lada sulah
- 2 liter buttermilk
- 2 lbs tepung
- 120g perasa cajun
- 3 bawang merah
- 2 lada merah
- 2 lada hijau
- 2 lada kuning
- Sebiji daun salad
- 2 liter mayonis
Cara penyediaan:
- Sadurkan ayam dengan garam dan lada sulah serta biarkannya diperap dengan buttermilk.
- Gaul semua campuran tepung tersebut dan masukkan perasa Cajun.
- Toskan ayam yang telah dicampurkan dengan tepung. Buang lebihan tepung.
- Goreng ayam dalam minyak yang panas (180 selsius). Toskan ayam tersebut dan biarkannya sejuk.
- Apabila ayam telah sejuk, gaulkan ayam tersebut dengan mayonis, hiris bawang merah dan juga lada.
- Letakkan ayam tersebut diatas daun salad yang dihiris nipis.
2. Salad Tembikai, Salmon dan Kacang Badam

Sajian ini mungkin pelik bagi sesetangah orang, namun begitu campuran manis dan masin sajian ini sebenarnya sangat mengamit selera. Campuran sayuran, ikan dan kacang yang rangup bukan saja penuh dengan khasiat tapi memang sesuai untuk yang kurang gemar makan salad yang hanya ada sayuran biasa.
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar badam dicincang
- ½ cawan daun pudina dicincang halus
- ½ sudu kecil oren yang diparus halus
- 2 sudu besar jus oren segar
- 1 sudu besar minyak zaitun
- ½ sudu kecil garam
- 1 biji tembikai (dibuang kulit serta dipoton 1 inci)
- 2 sudu besar cuka
- 60 gram ikan salmon dihiris
Cara penyediaan:
- Panaskan kuali kecil dan bakar badam sehingga coklat keemasan (kira-kira 5 minit)
- Campurkan badam, pudina, oren yang dicincang serta jus oren dan minyak dalam mangkuk kecil.
- Campurkan tembikai yang telah dipotong dengan cuka dan garam.
- Pindahkan campuran tembikai tersebut dalam pinggang dan letakkan ikan salmon beserta dengan campuran badam diatasnya.
- Makan selepas badam telah dicampurkan.
3. Salad Ambrosia

Kepada mereka yang mengemari rasa susu dan inginkan sesuatu yang mudah dibuat, salad ambrosia merupakan resepi salad yang mudah dibuat dan ianya juga boleh dimakan bila-bila masa yang anda ingini. Cubalah resepi salad yang tertera dibawah ini.
Bahan-bahan:
- ½ cawan krim pekat
- 1 sudu besar gula
- 120g krim masam
- 170g marshmallow
- 1 cawan nenas yang dicincang
- 1 cawan kelapa parut
- 1 cawan kacang pecan yang dicincang
- ½ cawan ceri
Cara penyediaan:
- Campurkan krim dan gula dalam mangkuk pengadun dan gaulnya hingga puncak tebal terbentuk.
- Kemudian, campurkan krim masam ke dalam campuran tadi dan gaul hingga menjadi sebati.
- Tambah marshmallow, nenas, kelapa parut, kacang pecan serta ceri dan gaul hingga menjadi sebati.
- Pindahkan bahan-bahan tersebut dalam mangkuk, kemudian tutup dengan pembalut plastik dan letakkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum ianya disajikan.
4. Salad Strawberi dan Bit

Resepi salad ini ialah bagi mereka yang gemari perisa strawberi beserta dengan rasa bit dan keju. Sajian salad ini akan menyegarkan mereka yang memakannya dan memberi satu perisa yang baharu kepada mereka yang kurang mengemari salad.
Bahan-bahan:
- 4 bit kecil
- 16 strawberi
- 1 cawan keju ricotta
- 2 sudu kecil madu
- 2 cawan gula
- ½ cawan cuka
- ½ cawan madu
- 1 batang kayu manis
- 2 sudu besar daun pudina
- ½ sudu kecil garam
- ¼ cawan minyak zaitun
- 1 sudu besar cuka buah
- ¼ cawan badam marcona
Cara penyediaan:
- Panaskan ketuhar hingga 200 darjah celcius. Panas bit tersebut dengan meletakkanya dalam foil aluminium. Sadurkan dengan minyak zaitun dan garam. Letakkan dalam ketuhar selama 20-25 minit dan bila sudah lembut, biarkannya sejuk sebelum mengupas kulit dan mengirisnya.
- Pada periuk kecik yang lain, rebus strawberi dengan cuka dan masukkan 1 sudu kecil madu kedalamnya. Tambah kayu manis dan sambung merebusnya selama 3 minit. Selepas itu, toskan strawberry dan biarkannya ditepi.
- Sos salad dibuat dengan mencampurkan minyak zaitun, 1 sudu kecil madu. Gaul hingga sebati.
- Kemudian dalam mangkuk yang kecil, campurkan keju ricotta dengan 1 sudu kecil madu. Kemudian campurkan dengan strawberi tersebut dan bit. Selepas itu, hiaskan dengan badam dan juga daun pudina.
5. Salad Brokoli, Beri dan Walnut

Kepada mereka yang tidak beberapa gemar dengan salad, apa kata anda mencuba resepi salad ini yang diperbuat daripada brokoli. Campuran brokoli dengan walnut membuat sajian salad ini ada keranggupan yang tersendiri, dan campuran beri biru dan kranberi memberi perisa masam manis yang unik.
Bahan-bahan:
- 7 cawan brokoli
- ¼ bawang merah (dihiris nipis)
- 130g beri biru
- ½ cawan kranberi
- 2/3 cawan yogurt
- 1 kulit limau
- 2 sudu besar jus limau
- 2 sudu besar madu
- 2 sudu besar garam
- 2/3 cawan kepingan walnut
- 2 sudu kecil minyak zaitun
Cara penyediaan:
- Letakkan kuali kecil dengan api yang sederhana. Masukkan kepingan walnut, minyak zaitun, madu dan ½ sudu kecil garam. Gaul campuran tersebut hingga ianya menjadi gelembung dan berkaramel. Walnut akan selesai dalam masa 5 hingga 8 minit. Apabila ianya sudah sejuk, hiris nipis walnut tersebut.
- Potong kepala brokoli dan batangnya hingga menjadi satu inchi. Masukkan ke dalam mangkuk salad besar dan letakkanya di tepi dahulu.
- Dalam mangkuk yang kecil, gaul yogurt, minyak zaitun, hirisan kulit limau, jus limau, madu dan satu sudu kecil garam. Tuangkanya ke atas brokoli tadi.
- Masukkan bawang merah, beri biru, kranberi dan walnut yang telah disadurkan dengan madu ke dalam mangkuk salad.
- Hiaskan dengan beberapa helai warna hijau dan nikmatinya.
6. Salad Kentang dengan Kerepek

Salad ini dikhaskan kepada mereka yang inginkan sesuatu yang garing dan sihat. Berbeza daripada salad kentang yang biasa, resepi salad ini tidak mempunyai mayonis yang akan menambah lemak dibadan anda. Salad ini juga antara yang paling mudah dibuat kerana ianya hanya memakan masa selama 20 minit untuk membuatnya.
Bahan-bahan:
- 1kg kentang
- ½ sudu besar garam
- ¼ cawan minyak zaitun
- 1 bawang merah kecil ( dihiris nipis )
- ¼ sudu besar cuka epal
- 1 sudu kecil lada hitam
- ½ sudu kecil lada cayenne
- 2 cawan kerepek kentang
- ¼ cawan pasli
- 3 sudu kecil daun kucai
Cara penyediaan:
- Letakkan kentang dalam periuk besar dan tuangkan air sejuk dan garam kemudian tutupnya. Biarkanya dalam periuk tersebut hingga mendidih (15-18 minit) dan kemudian tuangkannya kembali ke periuk untuk dikeringkan.
- Sementara ianya disejukkan, panas kuali dengan minyak dan letakkan bawang dengan garam. Masak dan kacau bahan tersebut sehingga lembut.
- Pindahkan bawang ke mangkuk besar. Gaulkan dengan cuka, lada hitam dan lada cayeene. Kemudian tambah kentang, kerepek kentang, daun pasli dan kucai.
- Selepas itu, gaulkan bahan-bahan tersebut dengan ¼ sudu kecil minyak dan nikmatinya.
7. Salad Almond dengan Quinoa

Disamping rupa yang seperti nasi dan rasa yang unik, tahukah anda quinoa sebenarnya salah satu superfood yang paling berkhasiat? Salad bercampur quinoa memang sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang akan luar biasa. Ianya bukan sahaja penuh dengan zat, malahan ianya turut memberikan anda tenaga dari pagi sehingga ke petang. Cuba resepi salad yang unik ini dibawah.
Bahan-bahan:
- ¾ cawan quinoa kering
- 1 hirisan stawberri
- 450 gram beri biru
- 1 cawan ceri
- 2 sudu besar sirup maple
- 1 sudu kecil cuka balsamic
- 1 sudu besar jus limau
- ½ sudu kecil gara
- ½ badam yang dicincang
Cara penyediaan:
- Didihkan satu periuk besar dan masukkan quinoa mengikut arahan pakej. Kembangkannya dengan garpu apabila selesai.
- Potong strawberi dan ceri, kemudian masukkan ke dalam mangkuk besar dengan beri biru.
- Dalam mangkuk yang kecil, buat kuah salad tersebut dengan mengaulkan sirap maple, cuka balsamic, jus limau dan garam
- Selepas itu, masukkan quinoa ke dalam mangkuk buah dan gaulkanya. Tuangkan kuah salad ke atas bahan tersebut dan biarkannya sejuk dalam peti sejuk.
- Keluarnya dari peti sejuk apabila anda mahu memakanya.
Kepada mereka yang tidak mengemari salad, cubalah resepi salad di atas kerana anda mungkin mengubah pandangan anda tentang salad. Selamat mencuba!
Kongsi resipi:Y. Helmy
CUBA JUGA RESIPI SALAD INI:
Idea Makan Malam Paling Mudah! Salad Ayam Pasta Memang Sempoi!

