Cara Buat Jeruk Cili Muda Rangup, Tahan Lama & Sedap.

Share

Sedapnya Jeruk cili muda ni kalau dimakan dengan aneka mi goreng sebagai penyedap rasa. Jika anda ingin mencuba, berikut resipi dikongsikan. Bukan hanya jimat kerana buat sendiri, tapi anda boleh hasilkan cili jeruk yang rangup, cukup rasa masam, masin dan sedikit manisnya. Anda boleh buat lebih dan ia tahan lama, bila-bila teringin dah ada depan mata, tinggal makan je.

JERUK CILI MUDA
BAHAN-BAHAN:
250 gram cili hijau muda
1 cawan cuka makan
4 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
2 cawan air untuk masak cili
1 sudu teh kapur makan

CARA MEMBUAT:

  1. Basuh bersih cili hijau muda dan dipotong serong ketebalan yang seragam .
  2. Lepas siap masukkan dalam bekas, ketepikan.
  3. Larutkan kapur makan dalam air. rendamkan cili selama 1 – 2 jam di dalamnya, kemudian toskan dan basuh bersih sekurang-kurangnya 3 kali untuk hilangkan bau kapur (fungsi kapur adalah untuk rangupkan cili jeruk walaupun sudah lama) .
  4. Didihkan 2 cawan air dan bila telah mendidih tutup api.
  5. Masukan cili potong tadi, kacau rata dalam masa 20 – 30 saat sahaja, jangan terlalu lama nanti cili lembik .
  6. Terus tos cili . Isikan dalam bekas kaca yang telah dibasuh dengan air panas .
  7. Panaskan sekejap cuka gula garam dengan api kecil. Tak perlu sampai mendidih. Cukup sekadar larutkan semua bahan .
  8. Tutup api, teruskan masuk dalam botol kaca yg mengandungi cili potong tadi .
  9. Biarkan 45 minit, cili jeruk sudah sedia dihidangkan. Jika belum sedia dihidangkan, simpan dlm peti sejuk & cili jeruk anda boleh bertahan selama sebulan.
  10. Jangan letakan di luar untuk elakkannya berkulat kerana kita tak guna pengawet .

Kredit: Suriawati

Published by
webadmin