Bagi anda yang suka minum minuman sejuk berperisa, boleh cuba buat Jeruk Limau Kasturi Asam Boi ni. Jika minum di kedai, mesti ada yang terlebih manis atau terlebih masam,. Buat sendiri boleh ‘adjust’ rasa. Malah puas minum! Kulit limau tu pun boleh dimakan dan tak pahit. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sue Bertley. Lepas ni tak perlu beli kordial berwarna dari kedai lagi.
RESIPI JERUK LIMAU KASTURI ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
Limau Kasturi
Asam boi putih
Candy brown sugar- boleh beli di pasaraya
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih limau kasturi.
2. Rebus air hingga mendidih. Pastikan kuantiti air dapat menenggelamkan Masukkan limau ke dalam periuk dan biar mendidih 8-9 minit. Kacau sekali sekala supaya masak sekata. Kemudian toskan. Biar kering, tiada air di kulit luar limau. Nak lagi mudah, ambil tisu dan golek limau sambil keringkan dengan kipas.
Ads
3. Bila kulit limau sudah kering,ambil pisau tajam dan potong limau seperti dalam gambar. Jangan sampai putus.
4. Ambil penapis dan mangkuk kemudian picitl limau sampai habis jus. Buang semua biji yang ada.
5. Hasil jus limau yang diperah tadi.
6. Kemudian, ambil asamboi dan sumbat masuk dalam limau. Lebih mudah jika beli limau kasturi bersaiz besar.
Ads
7. Hasil limau kasturi yang telah disumbat dengan asam boi.
8. Seterusnya, tumbuk Candy Brown Sugar sampai hancur.
9. Ambil balang kaca dan letak limau asam boi di bahagian dasarnya. Kemudian masukkan candy brown sugar yang sudah ditumbuk tadi. Lakukan secara berselang seli.
Ads
10. Setelah siap dilapis, beginilah rupanya nanti. Lapisan paling atas tu haruslah gula.
11. Akhir sekali, tuang jus limau kasturi yang telah diperah tadi.
12. Tutup balang kaca tdan simpan di tempat redup dan kering. Perap selama 3 bulan supaya limau dan asam boi menjadi lembut dan manis. Dalam 2-3 hari sekali, goncangkan balang agar jus terkena pada limau yang dibahagian atas.
13. Setelah cukup tempoh pemeraman, limau dan asam boi akan menjadi lembut macam ni. Untuk menikmatinya, ambil limau dan tambahkan air sejuk. Ubah suai rasa ikut selera.
Bila sakit lutut je mesti susah nak aktif macam biasa. Nak bersolat rasa sakit setiap kali nak bangun dan rukuk. Sakit lutut ini disebabkan sendi yang lusuh dan haus. Jom cuba petua semulajadi untuk hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia. Halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat anti-radang di dalamnya.
Petua Mudah Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat
BAHAN-BAHAN:
1 ketul halia
1 cawan air
Sedikit perahan jus lemon
Sedikit madu
CARA-CARA:
1. Hancurkan 1 ketul halia dan masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air.
2. Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk. Didihkan selama 10 minit.
3. Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi. Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.
4. Kemudian masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon. Kacau hingga sebati.
5. Sedia untuk dinikmati. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang.
Minuman yang menyegarkan boleh membantu mood pada hari tersebut jadi lebih menyeronokkan. Apa kata anda cuba buat minuman daripada lemon dan madu. Rasanya sedap dan menyegarkan.
JUS LEMON MADU
BAHAN-BAHAN
2 biji lemon
2 gelas air masak
1 sudu kecil gula
2 sudu besar madu
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Perah jus lemon. Ketepikan. Separuh biji dihiris bulat.
2. Isi air masak dalam bekas. Masukkan gula pasir. Kacau sehingga gula larut.
3. Masukkan madu. Kacau sebati.
4. Tuangkan ais. Sedia diminum.
Ibu-ibu yang ada anak kecil yang masih menyusu, boleh cuba buat dan amalkan minuman ini untuk menambah susu badan. Resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ini adalah yang diamalkan oleh beliau sendiri. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MINUMAN PENAMBAH SUSU
BAHAN-BAHAN:
1 cawan barli
Gula batu / madu – ikut citarasa masing-masing.
1 liter air
Daun pandan – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Basuh barli dan toskan.
2. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air, daun pandan serta gula batu atau madu. Jumlahnya ikut kemanisan yang digemari.
3. Rebus semua bahan-bahan hingga barli kembang. Pastikan guna api perlahan sahaja.
4. Buang daun pandan dan boleh simpan dalam bekas bersesuaian. Minum 3 kali sehari.
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!