Makan

Cara Buat Jeruk Maman, Pastikan Pilih Yang Berdaun Lima Saja

Share

Jeruk maman antara makanan tradisional yang popular di beberapa negeri. Jeruk maman dihasilkan daripada pokok maman sayur dengan proses menjeruk.

Air jeruknya menjadi cicah ikan bakar atau dihirup seperti sup. Rasa masam jeruk maman ini merangsang selera sehingga nasi lebih enak dimakan dan lebih berselera daripada biasa.

Kalau sekitar rumah ada pokok maman, boleh cuba buat sendiri jeruk maman ini. Tapi nak buat jeruk maman pun kena tahu caranya. Jangan ingat semua daun maman boleh dijadikan jeruk.

Menurut perkongsian Norhisham Rabat ini hanya maman yang berdaun lima boleh dibuat jeruk maman dan maman yang berdaun tiga agak tidak sesuai.

Cara buat jeruk maman
  1. Ambil pucuk, daun dan batang lembut. Potong pendek-pendek.

2. Basuh dan toskan airnya.

3. Ambil nasi sejuk dan basuh dengan air panas.

4. Sejukkan dan campurkan garam. Gaulkan maman dengan nasi yang telah bergaram tadi.

5. Masukkan ke dalam bekas dan tambahkan air suam.

6. Biarkan suhu bilik sehari semalam, kemudian simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama. Simpan beberapa hari barulah boleh dimakan.

Jeruk maman ini lebih sedap jika dicampur dengan cili padi, ikan bakar atau ikan goreng. Memang penambah selera makan.

 

Selamat mencuba.

Artikel ini diolah dari Mingguan WanitaNorhisham Rabat

 

Published by
Rose